Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Motivasi: Berbeza Itu Serasi Namanya

on Friday 31 August 2012



Amat jarang seorang wanita banyak mulut, jodohnya juga seorang lelaki yang banyak mulut atau seorang wanita yang sangat pendiam, jodohnya pula seorang lelaki yang sangat pendiam. Selalunya sifat semula jadi pasangan adalah berlawanan atau bertentangan.

Apakah itu dikira serasi? Ya, itu adalah serasi. Bayangkan anda seorang yang kuat bising sedangkan suami juga seorang yang kuat melalak, bagaimana keadaan rumah tangga anda? Selalunya rumah tangga seorang pemarah akan distabilkan oleh pasangannya yang cukup penyabar.

Amat jarang suami isteri merupakan pasangan penjenayah, selalunya kalau suami ‘syaitan’, isterinya ‘malaikat’. Suaminya sangat zalim dan sampai hati, isterinya sangat berbudi dan baik hati. Seorang pelawak selalunya tidak berpasangan dengan pelawak juga. Lihatlah para pelawak di negara kita, rata-rata pasangan masing-masing bukanlah pelawak. Mereka adalah orang biasa yang berkahwin dengan pelawak. Bukankah baik andainya pelawak berkahwin sesama pelawak supaya gegak gempita rumah tangga oleh hilai tertawa.

Sekarang lihatlah pasangan anda, bagaimanakah dia? Jika anda seorang suami yang pendiam, redhalah dengan isteri yang bising, sebab itu memang kebiasaan. Bahkan isteri Sayidina Umar, seorang khalifah merupakan seorang yang kuat mengomel.

Pada zaman baginda, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Tidak tahan, si suami pun pergi berjumpa Sayidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya itu. Sebaik sahaja sampai dia terdengar isteri Sayidina Umar, sedang membebel tidak berhenti-henti. Tidak terdengar pula suara Sayidina Umar membalas.

Katanya dalam hati, kalau isteri khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku. Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Sayidina Umar, memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab, “Aku datang hendak mengadu hal isteri ku, tapi aku lihat isteri mu pun berkelakuan demikian terhadap mu.”

Sayidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

Isteri memang suka berleter
Sementara itu, satu kajian terbaru mendapati isteri tidak berasa bersalah berleter terhadap suami mereka manakala si suami secara rahsia merasakan bahawa mereka sentiasa betul.

Golongan isteri juga dianggarkan menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun untuk berleter kepada suaminya mengenai rutin rumah tangga dan soal kesihatan mereka. Ia bersamaan dengan dua jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau hampir enam hari setahun.

Satu kajian membabitkan lebih 3,000 orang oleh kumpulan kempen kesihatan Everyman merumuskan, perkara biasa yang dileteri wanita tentang pasangan mereka adalah tidak membantu mengemas rumah. Aduan lain termasuk tidak membantu membersihkan pinggan mangkuk, terlalu banyak minum dan tidak mendapatkan rawatan doktor.

Majoriti wanita tidak berasa malu suka berleter dengan 87% mengakui sukar untuk memastikan pasangan melakukan sesuatu. Manakala lelaki pula berkata, mereka tidak mengakui perkara itu dengan 83% berasakan mereka sentiasa betul. (Agensi 20 Jun 10) 

Begitulah hidup, ibarat tangan kanan dengan tangan kiri, yang kanan biasanya lebih kuat daripada yang kiri, tapi andainya kedua-dua tangan boleh bekerjasama banyak kerja selesai dengan sempurna.

Sumber:  mingguanwanita
try buat duit

Sakitnya Sakaratul Maut - 4,000 Tahun RASA SAKIT Itu Belum Tentu Hilang!

on Thursday 30 August 2012

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: “Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300 kali tetakan pedang.”


Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.  

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.  


Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.  Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. 


Antaranya:- 


Sebelum tidur: 

1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali 
2] Selawat ke atas Nabi 
3] Membaca tasbih 

Amalan harian: 

1] Sentiasa membaca Al-Quran 
2] Memelihara solat terutama solat fardu 
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan 
4] Membaca tasbih 
5] Membanyakkan sedekah 
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah 

Amalan yang perlu dijauhi: 

1] Dusta 
2] Khianat 
3] Mengadu domba 
4] Kencing berdiri  

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.”  


Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris A.S lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris A.S mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. 


Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.  


Setelah di dapati Nabi Idris A.S sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: “Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?” 


Jawab Nabi Idris: “Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya.” 


Kata malaikat maut: “Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.”  


Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa A.S telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: “Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.”  


Kata Nabi Isa A.S: “Cubalah kamu pilihkan?” 


Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh A.S (Sam Bin Nuh).”  


Maka Nabi Isa A.S pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam Bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban.  


Nabi Isa A.S hairan kenapa jadi begitu. 


Berkata Sam Bin Nuh: “Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa A.S: “Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?” 


Kata Sam: “Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut.”  


Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya.  


Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.  


Sebuah hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Abbas R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” 


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.  


Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut. Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.  


Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi’e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja.  


Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya. Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta’un dan sebagainya.  


Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, “Sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?” 


Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.  


Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan mala petaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.  


Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat. Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan pelbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya.  Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.  


Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna. Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. 


Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.  


Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas R.A dalam sebuah hadis Nabi yang panjang.  


Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul S.A.W., para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin.  Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.  


Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka.  Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.  


Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat mala petaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.  


Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.  


Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu.  


Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar. Firman Allah Taala Yang bermaksud: “Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya.” (Surah Al-A’raf: ayat 34)  


Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak. 


Rehat Minda - Mahu Berbisik


bisik lawak
Seorang anak kecil berlari masuk ke ruang tamu ketika ibu dan bapanya sedang melayan tetamu yang berkunjung ke rumah.

Anak: Mama! Boboy nak kencing.

Si ibu lantas membawa anak kecilnya itu ke bilik air lalu berkata...

Ibu: Boboy, tak mahu begitu. Tak sopan.

Anak: Habis itu, macam mana mama?

Ibu: Lain kali kalau kamu hendak ke bilik air untuk kencing, Boboy cakap macam ini, “Mama, saya mahu berbisik.”

Anak: Baiklah mama. Boboy faham.

Selang beberapa malam kemudian, si anak terbangun pada tengah malam dan terasa hendak membuang air kecil. Dia terus masuk ke bilik orang tuanya lantas mendekati ibu yang sedang tidur lena.

Anak: Mama, saya mahu berbisik.

Ibu: Aduh Boboy. Mama penatlah, kamu jangan ganggu mama.

Anak: Tapi mama, Boboy...

Ibu: Kalau nak berbisik, pergilah berbisik di telinga Papa sana.


Lebih GEMBIRA berada di sini

Motivasi: Hubungan Intim Biar Berkualiti


Setelah berusaha keras dan berfikir sebegitu lama, akhirnya Formula 3E (Extra MIND, Extra MILD, Extra MILE) telah dapat dijelmakan sebagai produk, yang boleh di rasa, dilihat dan digunakan untuk mendapat seluruh kebaikan motivasi kaedah 3E. Bagaimana ini mungkin?

Sememangnya ia sesuatu yang mustahil sehinggalah pada suatu hari saya berkenalan dengan pengasas Jershima Intergrated sebaik sahaja selesai satu rancangan di TV1. Bermula dari situ, kira-kira tiga bulan kemudian satu produk istimewa yang saya namakan 3E BEST dapat diedarkan ke tengah-tengah masyarakat.

Apa istimewa dan lainnya 3E BEST? Selain bertindak sebagai bahan kesihatan dan penyembuhan, ada 1001 lagi kegunaan untuk penyempurna dan penguat motivasi diri, pengawal emosi, membetulkan psikologi termasuk mengatasi pengaruh jin, insya-Allah.

Kadang-kadang terjadi apabila saya didatangi orang bermasalah, setelah dinasihati selama berbulan-bulan lamanya masih juga digelut masalah. Setelah disuruh membaca ke semua buku motivasi saya, perasaannya masih terbelah. Kadang-kadang saya temui orang begini dalam program complete 3E yang saya jalankan. Memang ada orang yang tidak jalan oleh apa-apa cadangan dan saranan sehinggakan zikir Al-Mathurat pun mereka  kata tiada berkesan untuk mengembalikan keyakinan dan kebahagiaan.

Lalu apa lagi? Maka itulah, setelah berfikir sebegitu lama untuk menjelmakan Formula 3E menjadi satu bentuk produk yang boleh digunakan secara mudah, ia adalah alternatif yang boleh dicuba oleh semua orang.
Setakat hari ini saya telah mendapat beberapa testimoni. Seorang anak muda penghidap resdung semenjak kecil, dengan izin ALLAH sembuh setelah menyapu minyak 3E BEST ke bahagian hidung selama beberapa minggu sahaja. Seorang lelaki berusia 50-an apabila tidur akan berasa sakit di bahagian punggung belah kiri. Ini menyebabkan dia tidak dapat bergerak untuk mengalih-alih kedudukan baringnya. Setelah menggunakan produk ini beberapa hari kemudian penyakitnya telah hilang.

Menariknya 3E BEST dihasilkan secara tradisi, malah proses pembungkusan dilakukan secara manual dengan mengekalkan kaedah pembuatan ubat zaman silam.

Mengeluarkan produk secara manual memang lambat tapi pengeluaran 3E BEST bukan semata-mata bermatlamatkan duit, ia lebih pada tuntutan fardu kifayah, bahawa umat Islam hanya boleh menggunakan produk yang suci lagi halal. Sihat memudahkan ibadah.

3E BEST adalah inti pati minyak dari campuran buah zaitun, habbatus sawda, minyak bunga matahari, minyak bijan dan beberapa bahan lagi. Proses merelau pula hanya dilakukan pada sebelah malam, siang hanyalah kerja-kerja pembungkusan.

Kelebihan dan kelainan 3E BEST adalah pembacaan doa pada setiap botol sebelum dibungkus kembali sebelum dihantar menggunakan khidmat penghantaran kepada pengguna. Botol hidraulik yang digunakan ini diimport khas dari China adalah yang tercanggih, dan ia adalah plastik, tidak mudah pecah untuk penghantaran yang jauh dan lasak.
Rasulullah saw bersabda, ”Bahawa ALLAH telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” (Abu Daud)

Motivasi sememangnya sukar tumbuh dalam tubuh yang sakit, malah terkadang kesakitan menyebabkan tercabutlah iman. Tatkala sihat seseorang itu boleh melakukan apa sahaja, apabila diterapkan motivasi ia sangat-sangat menjadi tetapi apabila sakit motivasi kadang-kadang menjadi sesuatu yang dibenci.

Berusahalah sihat, 3E BEST salah satu caranya. Oh ya, bukan itu sahaja, 3E BEST juga berkesan untuk ‘hubungan suami isteri’ yang penuh berkualiti. Lawat www.shop.drtuah.com untuk mengetahui.

Sumber:  mingguanwanita

Jika suka klik sini: churpchurp

6 Senaman Bagi Mendapatkan Six Pack



Lelaki pasti kelihatan macho jika mempunyai tubuh badan yang sihat dan tegap.  Salah satu dari bentuk badan yang diidamkan pastinya mempunyai "six pack" iaitu perut yang berotot.

Bagaimana ingin memperolehi six pack dan senaman apa yang perlu dilakukan?

#  Adakah anda hebat dan mampu lakar sejarah di sini?

Apa kata jika anda lakukan senaman seperti di bawah (English dikekalkan bagi mengekalkan maksudnya secara tepat) :

Lie flat with knees bent, then using your abs, not your neck, lift your torso off the ground. When it is about 45 degrees relative to the ground, hold for two seconds then return to starting position. Repeat 8-10 times.

Lie flat with arms and legs straight, keeping palms flat on floor. Keeping your legs together, slowly raise them till they are 90 degrees relative to the ground. Then slowly lower them. Repeat 10-15 times.

Lying face down with legs straight behind you, rest your upper body on your forearms. Then get into a push-up. Repeat 10-12 times

Lying face down with legs straight behind you, rest your upper body on your forearms. Tensing your abs, lift your left leg and hook it over your right ankle and hold the pose for 45 secs. Repeat for the other leg.

Lie flat with knees raised and arms straight by your side. Slowly pull your knees to your chest, raising your hips off the floor.  For the more experienced, you may want to try this with ankle-weights.
Lie flat with knees raised holding a light dumb-bell. Raise your arms behind your head then slowly lift your torso off the floor. Return to the starting position.

Rehat Minda - Buruk Perangai

on Wednesday 29 August 2012


buruk perangai
Seorang gadis menghadiri sebuah makan malam di rumah orang tua kekasihnya. Teruja bercampur gelisah kerana ini merupakan perjumpaan pertama dengan keluarga kekasih. Tambahan pula dia mahu memberikan tanggapan yang baik kepada bakal mertua. Maka duduklah mereka di sebuah meja makan sambil menikmati hidangan yang enak.

Beberapa saat kemudian si gadis mula berasa kurang selesa akibat gugup yang keterlaluan. Tidak cukup dengan itu, sambal petai yang dimakannya tidak begitu membantu. Setelah beberapa minit menahan kentut, akhirnya dia sudah tidak tahan lagi. Tidak mempunyai pilihan lain, dia memutuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar berasa lega.

Kentut itu tidak begitu nyaring tapi semua orang di meja makan mendengarnya. Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke kucing keluarga yang asyik berpusing-pusing di kaki si gadis. Dalam nada yang agak tinggi, si bapa menjerit, “Jack!”

Si gadis terfikir dirinya selamat dan segaris senyuman menghiasi wajahnya. Beberapa minit kemudian, dia mula berasa tidak selesa lagi. Kali ini, tanpa segan silu dia melepaskan kentut dengan bunyi yang lebih kuat. Bapa kekasihnya kembali menatap kucing keluarga dan berteriak, “Cis, Jack!”

Sekali lagi si gadis tersenyum dan terfikir dia berjaya melepaskan diri. Selang seketika, si gadis perlu mengeluarkan angin lagi. Namun tanpa berfikir panjang dia melepaskan angin begitu saja, lantas bunyinya begitu kuat sekali.

Sekali lagi bapa kekasihnya terpandang ke arah kucing keluarga dengan pandangan jijik dan menjerit, “Cis, Jack! Cepat pergi daripada perempuan itu sebelum dia berak di atas kamu!”

Suka Mari Klik


Rehat Minda - Putus Tunang

on Monday 27 August 2012


Putus Tunang
Tunang Khairil bernama Liyana menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Liyana: Saya mahu pertunangan kita diputuskan!

Khairil: Mengapa?

Liyana: Saya dah bosan dengan awak! Kini saya dah ada teman baru.

Khairil: Katakan ini tidak benar!

Liyana: Saya tidak bergurau! Tapi sebelum itu, awak mesti kembalikan semua gambar saya.

Khairil: Baiklah, tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak. Nanti awak pilihlah sendiri ye? yang selebihnya kembalikan kepada saya.

Liyana: Apa?

Motivasi: Bila Isteri Kutampar


Siang hang bang pelempang. Malam suruh dia kankang. Ishh! Tak patut..tak patut. Tanpa banyak ngomel apa kata kita baca pendapat Dr. Tuah yang bernas. 

Kena tampar memang sakit. Tidak mengapa dipukul di tempat lain tetapi tampar di muka, jangan. Lihatlah ahli gusti, apabila kena tampar kemarahannya boleh naik mendadak. Walaupun dia dipukul dengan teruknya tiba bab tampar, dia boleh jadi terlalu marah. Serta merta tenaganya bertambah berkali-kali ganda dan tindak balasnya selepas itu sangat ganas. Dia akan membalas sama ada dengan tamparan juga ataupun pukulan yang lebih kuat lagi.

Itulah kesan tamparan. Jadi, kalau hendak memukul usah menampar. Pukullah di bahagian-bahagian yang tahan sakit, sekuat mana pun kesannya tidaklah terlalu sakit berbanding menerima tamparan di pipi.

Sedaya mungkin janganlah memukul tetapi kalau hendak memukul juga janganlah menampar di muka. Apalagi jika yang hendak ditampar itu adalah isteri. Boleh seseorang isteri itu dipukul dengan syarat tidak mencederakan terutama muka dan tujuannya hendak mendidik, itu pun kalau isteri terlalu degil atau terlalu bersalah.

Memaafkan adalah lebih baik, tetapi kalau hendak memukul juga pukullah di lengan, ataupun tangan ataupun di belakang. Usah sekali-kali di muka, ia sangat dilarang.

“Apabila seseorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan yang dibenarkan syarak) hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya.” (Bukhari dan Muslim)

Suami yang paling lemah adalah suami yang menampar muka isterinya biar sejahat mana isteri itu.

Sebenarnya sebelum seseorang isteri itu boleh dipukul, ia perlu melalui beberapa proses nusyuz iaitu menasihati dahulu dengan cara penuh hikmah, penuh kelembutan, penuh kesabaran dan penuh kasih sayang.

Firman Allah SWT, maksudnya, “Isteri yang kamu takuti kederhakaan mereka, maka berilah nasihat kepada mereka. (Surah An-Nisa ayat 34) Kalau setelah dinasihati sedikit pun tidak memberi kesan, tinggalkanlah dia tidur seorang diri. Jangan pukul dahulu tetapi pisahkan tempat tidur dahulu. Kalau nasihat itu tidak sedikit pun memberi kesan, maka hendaklah suami berpisah tidur sebagaimana firman Allah SWT bermaksud, “... Dan tinggalkan dari seketiduran dengan mereka.” (sambungan ayat 34 Surah An-Nisa)

Kalau setelah dipisahkan tidur pun tidak memberi apa-apa kesan, barulah harus memukul tetapi dengan syarat pukulan itu tidak sekali-kali mencederakan ataupun memberi bekas seperti lebam, calar dan sebagainya, sebagaimana fi rman Allah SWT maksudnya, “... dan pukullah mereka (isteri).” (sambungan ayat 34 Surah An-Nisa)

Itu pun jika suami merasakan cara itu boleh memberi kesan kesedaran. Jika isteri memang seorang yang biasa kena pukul oleh ibunya sewaktu kanak-kanak atau ketika anak dara oleh kedegilannya, atau mungkin juga oleh bekas suaminya dahulu, dan dipercayai pukulan boleh jadi tidak memberi apa-apa kesan, maka elakkan sajalah.

Sebagaimana saya perkatakan tadi, kena tampar ini kesannya lain daripada kena pukul. Walaupun tamparan di muka itu tidaklah kuat mana tetapi apabila namanya menampar atau menempeleng, kesannya berbeza. Biar dipukul sekuat mana pun, kalau ditampar atau ditempeleng memang tidak akan diterima
.
Kepada para suami yang panas baran, jangan senang-senang menampar isteri anda sebab pipi adalah bahagian tubuh manusia yang paling sensitif dan lembut. Ia mudah cedera sedangkan kecantikan seseorang isteri itu juga terletak pada pipinya yang licin, gebu lagi kenyal. Kuat manalah seorang suami yang menunjukkan kekuatannya dengan menampar isteri? Sebenarnya itulah lambang paling lemah sebab yang ditampar adalah kawasan paling ditegah.

Orang yang suka menampar sememangnya harus ditampar supaya dia merasai betapa sakit dan hina rasanya, agar dengan itu dia sentiasa berfikir banyak kali sebelum sedap-sedap hendak menampar.


Sumber: mingguanwanita


Pasangan Suka Membebel - Apa Nak Buat?

on Sunday 26 August 2012


Pasangan Suka Membebel - Apa Nak Buat?
Pasangan Suka Membebel - Apa Nak Buat?
Sering kali kita dengar si suami akan meluahkan perasaannya tentang pasangan masing-masing. 
Biarpun wanita itu sering dipujanya, lelaki tetap tidak akan berkompromi jika perkara remeh temeh
turut dibebel pasangan. Maskulin mendalami isi hati wanita untuk mengetahui sebab mereka suka 
membebel.

KENAPA PASANGAN SUKA MEMBEBEL?
  • Pasangan memang suka bercakap
  • Akan menegur sesuatu yang dirasakan perlu
  • Inginkan suatu kepastian
  • Berasa diri tidak dihargai
  • Berasa sunyi
  • Berasa tertekan kerana penat
  • Menganggap lelaki (pasangan) tidak memahami dirinya
  • Tempat untuk meluahkan rasa marah dan geram
  • Sebagai tanda amaran

FAHAMI JIWA DAN PERASAAN
1. Jangan buat tidak tahu sahaja
Perkara yang paling geram ialah apabila si dia membebel, si lelaki boleh pula buat tidak tahu sahaja. 
Lebih teruk ada yang terus pakai earphone atau pasang radio kuat-kuat supaya suara si isteri tenggelam 
dalam bunyi radio. Perlu diingat, wanita tidak akan membebel sembarangan jika pinggan mangkuk dibiarkan 
bertimbun di dalam sinki sedangkan si isteri tidak menang tangan menguruskan anak-anak yang nakal. Cuba 
fahami jiwanya.
2. Berdiam diri, jangan menjawab
Ada wanita yang membebel tetapi lelaki boleh pula mengeluarkan kata-kata kesat seperti, “Awak ni 
tidak ada kerja ke membebel sahaja! Atau paling teruk, “Janganlah membebel sahaja, naik pening 
kepala saya ni!. Seboleh-bolehnya janganlah mengharapkan si isteri yang hanya berdiam diri ketika 
anda balik lewat, ketika anda bangun lewat atau ketika anda terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga 
tidak membalas setiap pesanan ringkasnya. Gunakan peranan “senyap” sebagai reverse psychology.
3. Belajarlah memujuk
Biasanya wanita akan membebel jika ada sahaja perkara yang menyakitkan hatinya. 
Sikap dan tingkah laku seseorang lelaki juga boleh menyebabkan si dia membebel tanpa sebab. 
Jadi janganlah biarkan wanita merajuk sepanjang hari. Kalau boleh pujuklah dia dengan kata-kata 
manis yang boleh mengubat hatinya. Wanita akan berasa dirinya dihargai setelah seharian penat 
menguruskan anakanak dan keperluan rumah.
4. Jangan pandang remeh dengan perkataan ‘ Maaf’
Ucapan maaf tidak hanya tertumpu ketika Hari Raya sahaja. Kadang-kadang tingkah laku yang
tidak disedari boleh menguris hati dan perasaan pasangan. Biarpun anda merasakan tidak melakukan 
sebarang kesalahan, jangan pula ego untuk meminta maaf.
Kalau boleh elakkan bergaduh besar sebelum tibanya waktu tidur. Lelaki akan setia dengan egonya dan 
wanita pula janganlah turut ego. Sama-samalah bertolak ansur dan ‘cool’ demi sesebuah perhubungan 
yang baik dan bahagia.
5. Cuba tanya apa masalahnya
Pekalah dengan setiap perubahan yang berlaku kepada pasangan. Kalau muka si isteri berkerut 
seribu atau pertanyaan anda tidak berjawab, cubalah selidik apa masalah yang dihadapi. Mungkin 
anda mengabaikannya atau lebih mementingkan anak-anak daripada dirinya atau perkataan anda menguris 
hatinya.

INFO PATUT TAHU
  • Lumrah semula jadi perempuan yang memiliki paras hormon estrogen berlebihan gemar meluahkan perasaan dan pendapat seolah-olah seperti sedang membebel.
  • Telah terbukti perempuan boleh melontarkan 30,000 kuota simbol dan kata-kata dalam sehari sedangkan lelaki hanya mampu melontarkan sebabnya 7,000 kuota simbol sahaja.
  • Lelaki akan membebel jika dirasakan wanita suka dipengaruhi sahaja.
  • Lelaki pula jarang membebel, tetapi jika dia membebel akan disusuli dengan sikap tegas dan ada kalanya sedikit marah.
  • Pakar Motivasi, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah memberitahu tujuan utama wanita terutama isteri berleter ialah untuk membuktikan kasih dan sayang kepada pasangan.
Dipetik dari majalah Maskulin : Orang pompuan aku? Mana ada dia membebel. Dia bagi nasihat sahaja.

Kenapa Semua Iklan Jam Tangan Menunjukkan Pukul 10:10?

on Friday 24 August 2012


Kenapa semua iklan jam tangan menunjukkan pukul 10:10? Pasal apa semua geleng kepala? Tak tahu. Pasalnya kita  tak sedar dan anggap benda ni enteng sahaja. Betul tak?

Kalau hampa perasan mana-mana jam tangan berjenama gambar-gambar jamnya pasti menunjukkan pukul 10:10. Kalau hampa nak tau  hampir 90% iklan-iklan jam berjenama akan memaparkan iklan imej jam mereka dengan jarum menunjuk pukul 10:10. Persoalan, kenapa?  Ikuti penjelasan di bawah ini:


Apa yang dapat kita lihat gambar di atas adalah beberapa koleksi jam tangan berjenama dengan jarum jam memaparkan pukul 10:10.

Okay penjelasannya :  

✐ Pertama sekali fikir secara logik kebiasaannya semua jam mempunyai logo atau jenama berada di atas atau di bawah posisi 12 atau 6, jadi dengan kesempatan ini digunakan untuk tidak melindung logo atau jenama syarikat jam tangan tersebut. 

✐ Angka tersebut merupakan salah satu struktur angka yang terbagus untuk strategi marketing, perspective, cuba perhatikan dari angka tersebut sebenarnya seperti membuat logo “smiley” pada jam. Angka-angka tersebut sebelumnya ingin di tetapkan pada 8:20, tetapi diubah lagi kerana seperti muka yang masam atau nampak seperti orang marah. 

✐ Selain itu, angka-angka tersebut jarum tersebut tidak menutup fungsi tarikh atau kelendar pada jam tersebut. 

✐ Lagi satu adalah Fakta yang mungkin korang tak tau dimana  10:10 adalah merupakan tanda penghargaan terhadap Abraham Lincoln yang mati di tembak pada jam/waktu tersebut.

Tau tak pa. Tak tau tanya. Tak tanya tak tau.


 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved