Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Kata-Kata Hikmah Ahli Tasawuf

on Saturday 13 December 2014



I ) ILMU DAN HIKMAH

1. Ilmu yang tidak bermanfaat umpama ubat yang tidak menyembuhkan.  
Saidina Ali Karamallahu Wajhah 

2. Duduklah bersama dengan orang yang berakhlak mulia nescaya akan bertambah mulialah akhlakmu dan duduklah bersama para ulama, nescaya ilmumu akan bertambah – Saidina Ali Karamallahu Wajhah.

3. Sesiapa yang memiliki ilmu lalu memanfaatkannya dan memberi manfaat pada orang lain samalah seperti mentari yang menerangi dirinya dan orang lain, sedangkan ia (mentari) itu terus bersinar. – Imam Ghazali .

4. Diam itu merupakan hikmah, namun tidak ramai yang mempraktikkannya. – Luqman al-Hakim.

II ) MASA

1. Kehidupanmu adalah nafas-nafas (detik-detik) yang tertentu, apabila berlalu satu detik daripadanya nescaya telah berkuranglah satu juzuk (daripada umurmu). – Saidina Ali Karamullahu Wajhah.

2. Janganlah engkau menangguhkan untuk melakukan sesuatu kebaikan hingga keesokkan hari, kerana mungkin keesokkan hari yang mendatang kamu telah mati. – Saidina Ali Karramullahu Wajhah.

3. Hari ini (di dunia) adalah masa untuk beramal dan tidak ada hisab padanya, manakalah hari esok pula (di akhirat) adalah waktu perhitungan dan tidak ada peluang untuk beramal. – Saidina Ali Karramullahu Wajhah.

4. Sebaik-baik perkara kebajikan adalah disegerakan. – Saidina Abbas.

 5. Sesungguhnya kamu wahai manusia ibarat bilangan, apabila berlalu bagimu satu hari bererti telah berlalu sebahagian daripada kamu.  Imam Hasan al-Basri.


III) IBADAT DAN AMALAN

1. Apabila ketaatan itu berkurangan, nescaya kejahatan itu akan bertambah.
– Saidina Ali Karramallahu Wajhah.

2. Memandang remeh sesuatu maksiat (dosa) adalah lebih bahaya daripada melakukannya (maksiat tersebut). – Saidina Ali Karramallahu Wajhah.

3. Kamu inginkan kejayaan, namun kamu tidak menurut jalan-jalannya. Sesungguhnya kapal itu tidak belajar di atas daratan.  Imam Syafie.
4. Sifat tawaddu’ akan mewariskan sifat kasih sayang, dan sikap merasa cukup senang pula akan mewariskan kerehatan. – Imam Syafie. 

5. Berfikir pada nikmat Allah S.W.T merupakan sebesar-besar ibadah, sekiranya manusia berfikir pada keagungan Allah S.W.T nescaya ia tidak akan melakukan maksiat. – Umar Abd Aziz.

 IV) TASAUF DAN AKHLAK

1. Sesiapa yang menghiasi dirinya dengan sikap insaf, nescaya ia akan sampai kepada martabat orang yang mulia. – Saidina Ali Karramullahu Wajhah.

 2. Bagaimana bayang lurus sedangkan pokoknya bengkok. – Imam al-Ghazali.

3. Pada ketenangan ada keselamatan, dan pada kegopohan ada penyesalan. – Seorang bijaksana.

4. Akhlak yang buruk itu merosakkan amalan seperti cuka yang merosakkan madu. –
Seorang bijaksana.
5. Syukur itu pengikut perkara yang ada dan pemburu perkara yang tiada. – Seorang bijaksana.


V) AKHIRAT DAN KEMATIAN

1. Taqwa adalah takut kepada Allah S.W.T, beramal dengan al-Quran, merasa cukup sedikit, bersedia untuk ke akhirat. – Saidina Ali Karramullahu Wajhah.

 2. Dunia perkara yang halalnya akan dihisab, perkara haramnya akan di azab, orang yang mengejarnya umpama anjing. – Saidina Umar.

  3. Tiada kerehatan bagi orang yang beriman melainkan bertemu dengan Allah S.W.T. – Saidina Ibnu Abbas.

4. Wahai anakku! Juallah duniamu untuk mendapatkan akhirat nescaya kamu akan mendapat keuntungan kedua-duanya sekali. – Luqman al-Hakim

5. Kami lihat orang yang dikurniakan habuan dunia dengan amalan akhirat dan kami tidak pernah melihat orang yang dikurniakan ganjaran akhirat dengan amalan dunia.– Imam Hasan al-Basri.

VI) PERINGATAN DAN NASIHAT


1. Sesiapa yang meletakkan dirinya (berada) di tempat-tempat tohmahan maka janganlah ia mencela orang yang buruk sangka terhadapnya. – Saidina Ali Karramullahu Wajhah

 2. Terlaknat orang yang memuliakan kekayaan dan menghina kefakiran. – Saidina Ibnu Abbas r.a.

3. Aku menjadi hina ketika meminta dan menjadi mulia ketika dipinta (memberi). – Saidina Ibnu Abbas r.a. 

4. Apabila kamu merasakan kamu mampu menzalimi manusia, maka ingatlah kekuasaan Allah S.W.T terhadapmu. – Umar Abd Aziz.

5. Kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan, dan orang yang memulakannya itulah yang lebih baik. Kejahatan itu akan dibalas dengan kejahatan dan orang yang memulakan itu adalah lebih zalim Seorang bijaksana.






Sumber: memburumarifahilah




 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved