Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Mutiara Kata Hikmah 2

on Friday 29 March 2013


Orang sempurna akal, sedikit bicaranya.


Tidur itu mati sementara, mati itu tidur selama-lamanya.

Lidah orang yang berakal ada di belakang hatinya dan hati orang yang dungu ada di belakang lidahnya.

Orang yang rugi adalah orang yang tidak memperolehi sahabat, dan orang yang paling rugi adalah orang yang ditinggalkan sahabatnya.

Apa yang disembunyikan orang dalam hatinya akan terlihat pada lidah dan wajahnya. 

Barangsiapa banyak berangan-angan maka kuranglah amalnya.

Tiap-tiap satu ada zakatnya dan zakat badan adalah berpuasa. 

Semua bekas akan penuh jika diisi kecuali bekas ilmu.

Kesedihan dan kesusahan adalah separuh ketuaan.

Meninggalkan dosa adalah lebih mudah daripada minta ampun. 

Bercermin kepada manusia untuk mencapai akhlakmu, kamu mengetahui kebaikanmu dari kawanmu tetapi kamu mengetahui keburukanmu daripada lawanmu.

Janji ibarat wajah dan menunaikan janji ibarat kecantikan wajah.

Kalau kamu lebih menumpukan akan hal perutmu maka harga dirimu ialah apa yang keluar dari perutmu.

Barangsiapa yang mendatangani orang kaya dan merendahkan dirinya (kerana kekayaan), maka telah hilang 2/3 agamanya.

Bataskan cintamu pada kawan, mungkin suatu hari nanti dia akan jadi lawan dan bataskan permusuhanmu pada lawan, mungkin suatu hari nanti dia akan jadi kawan.

Sahabatmu ada 3 dan musuhmu ada 3. Sahabatmu adalah sahabatmu, sahabatnya adalah sahabatmu dan musuhnya adalah musuhmu. Sedangkan musuhmu adalah musuhmu, musuhnya sahabatmu dan sahabatnya ialah musuhmu.

Barangsiapa yang selalu mengamati aib dirinya, dia tidak sempat mengamati aib orang lain. 

Barangsiapa yang rela dengan rezeki Allah, ia tidak menyesal apa yang terlepas daripadanya.

Dua orang tamak yang tidak pernah kenyang ialah penuntut ilmu dan penuntut dunia.

Barangsiapa yang banyak bicaranya, maka banyak pula kesalahannya. Barangsiapa banyak kesalannya maka berkurang pula rasa malunya, berkurang pula wara’nya dan barangsiapa kurang wara’nya, matilah hatinya.

Jangan jadi hamba orang lain sedangkan Allah menjadikan anda bebas dan merdeka

Barangsiapa tidak mampu menguasai jasadnya maka jasadnya menjadi kuburan baginya.

Umur adalah waktu yang pendek untuk menuntut segala ilmu. Oleh itu pelajarilah ilmu yang paling penting dan penting-penting sahaja.

Tiga hal yang mencelakakan; makan berlebihan dengan alasan masih sihat, memikul beban kuat dengan merasakan dirinya masih kuat dan mengurangkan usaha kerana berpegang pada takdir.

Bercerminlah dan lihatlah wajahmu. Jika tampan atau jelita, jangan dirosakkan dengan perbuatan buruk dan bila buruk jangan ditambah dengan perbuatan buruk. 

Amarah orang berakal nampak pada tindakan, amarah orang jahil nampak pada ucapannya. 

Belajarlah akhlak dari orang yang tidak punya akhlak.

Hadiah dapat mencegah keresahan di dunia dan sedekah mencegah keresahan di akhirat.

Pendusta lebih jahat daripada pencuri kerana pencuri hanya mencuri hartamu, sedangkan pendusta mencuri akal kamu.

Menolak dengan sikap yang baik adalah lebih baik daripada menjanjikan untuk waktu yang belum pasti.

Ujilah kawanmu sebelum kamu mencintai atau membencinya.

Jangan terlalu bersandar pada kesihatan dan kekayaan kerana dalam sekelip mata ia boleh berubah menjadi penyakit dan kemiskinan.

Manusia  jangan angkuh dan sombong kerana mereka bermula dengan titisan air yang kotor dan menjijikkan kemudian menjadi manusia yang selalu membawa sisa di perutnya dan akhirnya menjadi bangkai.

Bukanlah kebaikan jika ia dicapai dengan kejahatan.

Menahan perasaan marah pahit tapi akibatnya manis.

Bersikap lunaklah pada orang yang bersikap keras terhadapmu, kelak ia pasti bersikap lunak padamu.

Paling baik kebanggaan adalah kamu tidak bangga.


Cinta asmara adalah satu penyakit dan tidak ada pahala bagi penderitanya. 




Minta Nasihat Tak Suka Dinasihati

on Saturday 23 March 2013




Alangkah malangnya mereka yang menjaja cinta sedangkan cintanya itu sudah tiada harga. Senario seorang gadis merayu kepada kekasih supaya terus dicintai sedangkan kekasihnya itu telah berpuluh-puluh kali mengatakan dia sudah tidak cinta lagi adalah antara contohnya. Demikian juga seorang isteri yang mengizinkan dirinya hidup di bawah tekanan dan penindasan suami tetapi masih juga mengatakan bahawa itu adalah cinta, juga ternyata malang.

Apabila sesuatu perhubungan itu lebih banyak air mata daripada ketawa ia bukanlah cinta. Tuhan meminta bertahan pada ujian tapi dalam masa yang sama carilah jalan supaya dapat keluar dari ujian berkenaan.

Bertahan itu memang baik tetapi kalau ada pintunya, eloklah dengan keluar. Memanglah bertahan itu mendatangkan pahala sabar tetapi membiarkan diri dalam penganiayaan manusia hukumnya berdosa. Bukanlah baik membiarkan diri dicederakan sedangkan kita boleh mengelak daripada itu terjadi.

Bukan sedikit wanita yang mengadu dizalimi suami termasuk disepak dan dipukul tetapi tidak mahu berbuat apa-apa mempertahankan hak diri. Apabila dinasihati tidak mahu pula tetapi beria-ia bercerita hingga bergenang air mata.

Untuk apa bercerita sahaja kalau sebarang nasihat tidak diambil peduli. Kalau tidak mahu dinasihati tidak perlulah bercerita. Sekadar meluah perasaan? Adalah lebih baik meluahkannya kepada Allah sebab Dia lebih Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Moga-moga digerakkan hati si suami untuk taubat. Tetapi kalau bercerita dengan manusia, ambillah apa-apa nasihat dan berbuatlah. Usah bercerita tidak sudah-sudah tetapi itulah juga ceritanya, tahun pun berubah tetapi cerita hidupnya masih sama, masih suka bercerita saja.

Untuk apa? Supaya orang mengatakan anda seorang yang sangat sabar dan suami anda seorang yang sangat kejam. Tidakkah anda sedar perbuatan memburuk-burukkan suami itu sama seperti mengumpat?

Dari Abdullah Bin Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Orang Islam itu saudara orang Islam; dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula.

Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari kiamat nanti.” Itu cerita orang Islam sesama mereka. Keadaan adalah lebih mendesak untuk pasangan yang tinggal serumah. Tidak sepatutnya ada sebarang penganiayaan dan tidak membiarkan diri teraniaya.

Apa faedahnya membiarkan diri jadi ‘bantal tumbuk’ suami tetapi menceritakannya kepada orang lain. Kalau bercerita untuk mencari penyelesaian tidaklah salah tetapi bercerita untuk menarik simpati, seronok bila orang berkata, “Engkau memang sabarlah Shima. Kalau aku, entahlah.”

Kalau betul-betul hendak bersabar sahaja tidak perlu meluah kepada orang lain, lebih-lebih meluahkan kepada motivator. Diam-diam saja dan teruslah hidup dalam keadaan seperti itu.

Tahukah anda, ketika saya menulis artikel ini telefon saya berdering dan seorang wanita di talian sana, meminta izin untuk bercakap. Apabila ditanya berkenaan apa, katanya tentang rumah tangga. Tanpa diminta dia sendiri memberitahu dia telah pun mendapatkan banyak pandangan dan nasihat daripada pelbagai orang dalam masyarakat, malah salah seorang daripadanya adalah kaunselor.

Bukankah semua nasihat itu baik dan andainya dari seorang kaunselor pastinya sangat tepat? Mengapa masih hendak bercerita pada banyak pihak lagi. Nasihat daripada seorang budak, bahkan kadang-kadang lebih berkesan. Jadi, nasihat boleh daripada sesiapa sahaja. Persoalannya apakah anda benar-benar mahu berbuat setelah dinasihati?

Sumber: mingguanwanita


Nada Murni – Di Pondok Kecil

on Monday 18 March 2013




Lirik Lagu Di Pondok Kecil – Nada Murni



Di pondok kecil di pantai ombak 
berbuih putih beralun-alun

Di suatu hari ayah berkata 
Jaga adikmu ayahkan pergi jauh 
Ku pandang wajah ayah dahinya ku cium 
Air mata mengalir hatiku pilu  

Diam-diamlah sayang jangan menangis  
Doakan ayah semoga di terima 
Diam adikku sayang jangan menangis 
Andai ayah gugur doakan dia syahid  

Selamat berjuang ayah tercinta 
Kau pergi dulu ayah ke medan juang 
Ku iringi doa moga berjaya 
Beroleh kemenangan demi agama Islam  

Wahai abang ku ke mana ayah 
Ku sayang ayah ku cinta ayah  (2x) 

Duhai adik ku sayang jangan bersedih  
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi 
Tapi ingatlah adikku pesanan ayah 
Berjuang dan berkorban walau di mana jua  

Pada Mu Tuhan aku bermohon  
Dosa ayahku minta diampunkan 
Berilah rahmat bantulah dia  
Untuk menegakkan agama Islam



Nak lagu download sini:

Buang Ego Tingkatkan Intim

on Saturday 16 March 2013



Bahagian Penyelidikan Jakim mendapati tiada persefahaman adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam dari 2003 hingga 2004.   

Di pihak suami, tiada persefahaman merupakan punca utama perceraian iaitu 43.33%; tidak bertanggungjawab (32.93%); masalah akhlak dan sosial (12.03%); masalah pihak ketiga (5.54%) dan masalah ekonomi (2.62%).  

Bagi pihak isteri pula, punca perceraian kerana tiada persefahaman 69.44%; tidak bertanggungjawab (17.68%); masalah akhlak dan sosial (5.84%); masalah pihak ketiga (4.42%) dan masalah seksual (1.38%).  

Rekod menunjukkan 135,136 umat Islam berkahwin pada 2009 sementara bilangan yang bercerai pula 27,116 orang. (UM 9 Dis 10)   

Uh, ramai sungguh? Selain apa yang digariskan oleh Jakim itu, saya ingin menambah satu lagi iaitu ego. Sama ada ego seorang suami atau ego seorang isteri atau kedua-duanya sekali, hal ini bukan olok-olok untuk disampingkan begitu sahaja.  

Maklumlah, zaman sekarang ramai orang berpendidikan tinggi. Apabila kelulusan tinggi jawatannya juga jadi tinggi. Suasana di pejabat selalu dibawa-bawa ke rumah. Apabila sama-sama berjawatan tinggi dan berkelulusan tinggi, cara bercakap pun menjadi begitu tinggi.  

Sepatutnya apa pun kedudukan anda di tempat kerja, di rumah anda adalah suami isteri. Cara suami isteri berbicara tidak sama seperti seorang bos berbicara kepada orang bawahannya.  

Terbaru saya didatangi seorang wanita lulusan universiti di Amerika dan suaminya juga demikian. Mereka jatuh cinta di sana lalu berkahwin setelah kembali ke tanah air. 

Sekarang wanita ini beriya-iya minta dilepaskan. Alasan pertamanya tiada keserasian, tiada persefahaman.  

“Apa yang saya cakap walaupun betul suami tak nak terima. Saya pun tak boleh nak terima cakap dia walaupun saya tahu dia betul.” Itu kata-kata wanita berkenaan sewaktu mengadu pada saya. Dia adalah salah seorang peserta program motivasi saya tahun lalu.  

Anda fikir mengapakah kedua-duanya saling tidak dapat menerima meskipun kata-kata itu adalah betul? Jawapannya ego. Mengapa ego? Sebab masing-masing lulusan Amerika dan sekarang menjawat jawatan tinggi dengan kerajaan.  

Kalau sayangkan rumah tangga kurang-kurangkanlah rasa ego. Bertukarlah sewaktu berada di rumah, sebagaimana iguana menukar warnanya mengikut warna di mana ia berada. Untuk selamat banyak haiwan kecil menukar warna masing-masing; ada yang berupa daun, berupa ranting, kulit kayu dan sebagainya, lalu selamat.  

Apabila pulang ke rumah, biarpun anda seorang bos paling besar letakkan kembali diri anda pada heiriki rumah tangga sebenar. Jika suami, jadilah suami bukan bos besar lagi; jika isteri, jadilah isteri penyayang bukan pengarah yang hanya tahu mengarah.  

Ketahuilah, ego juga boleh meningkat disebabkan:  
✐Kecurangan atau wujudnya ‘kekasih gelap’.  
✐Menganggap agamawan, kaunselor dan motivator bukan orang yang layak untuk mendengar masalah mereka.   
✐Jahil dalam agama.  
✐Terlebih keperluan asas dunia, dalam kata lain banyak harta.  
✐Campur tangan pihak ketiga sebagai penghasut, selalunya juga terdiri daripada ibu bapa dan kawan karib.   

Dari Aisyah R.A katanya, “Pada suatu waktu ketika aku sedang haid, aku minum. Kemudian gelasku kuberikan kepada Nabi S.A.W, baginda meletakkan bibirnya di bekas mulutku lalu baginda minum pula. Pernah ketika aku sedang haid, aku makan sepotong daging. Setelah kugigit daging itu kuberikan kepada Nabi S.A.W lalu baginda menggigitnya pula dibekas gigitanku.” (Muslim)  

Jadi, apa pendapat anda sekarang? Sekarang buanglah ego, bangkitkan intim – yang untung anda juga.


Sumber: mingguanwanita




Petua Lebih Disayangi Suami

on Wednesday 6 March 2013


Ketika peluang bertanyakan soalan dibuka, seorang wanita duduk paling belakang mengangkat tangannya. Tanyanya, “Kadang-kadang saya tak faham dengan suami saya, dia macam tak sayang, tapi bila saya tanya sayang tak, dia jawab sayang tapi nak tunggu dia kata sendiri memang tak dapat. Kenapakah orang lelaki begitu? Apakah itu menunjukkan mereka memang tak kisah dengan perasaan para wanita?”

Wanita ini adalah yang paling anggun pada pandangan mata saya pada hari itu. Dia adalah salah seorang peserta bengkel motivasi meningkatkan kecemerlangan organisasi saya. Malah, dalam salah satu aktiviti yang dijalankan, beliau mendapat perkataan ‘ANGGUN’ daripada peserta lain, menunjukkan pandangan dan penilaian saya tidak salah. Tetapi apabila beliau memberikan soalan sedemikian rupa, timbul pula rasa kesian di hati saya, hingga terdetik kata-kata begini di hati saya, ‘Kesiannya, muka lawa pun suami boleh buat tak peduli.’

Maka, saya pun terus menjelaskan. Kata saya, “Kalau mengharapkan lelaki kata I love you selepas kahwin memang tak dapat. Orang lelaki bukan tak sayang, tapi mereka tak pandai melahirkan kata-kata sayang itu. Pada orang lelaki ini remeh saja, jadi mereka rasa tak penting untuk disebut-sebut selalu. Dalam kata lain, orang lelaki memang buta kayu dari sudut ini setelah berkahwin. Mereka hanya pandai sebelum berkahwin, tetapi selepas berkahwin, usah haraplah mereka kata sayang, cinta, kasih dan sebagainya, memang tak dapat.”

Kata-kata saya itu disambut oleh seorang peserta lelaki dengan kata-kata, “Betul, betul, betul,” sambil mengangguk- angguk dan tersengih-sengih.

Kata saya lagi, “Cara orang lelaki menunjukkan kasih sayang mereka ialah dalam bentuk benda. Nanti, setahun kemudian tiba-tiba dia balik dengan membawa geran tanah. Apabila ditanya oleh isteri, geran apa ni bang? Tengoklah, katanya. Apabila ditengok rupanya nama si isteri pada geran berkenaan. Eh, nama saya ni bang? Iya, memang nama awak. Maknanya abang beli untuk saya ye? Iya, siapa lagi. Haaa, itu cara orang lelaki tunjukkan dia kisah, dia prihatin, dia sayang, dia kasih, dia cinta, iaitu dengan benda dan biasanya benda itu mahal dan tak terjangka sama sekali. Jadi, dah faham? Kalau dah faham, tak usah kecil hati suami tak pernah ucap I love you pada awak, tak bermakna dia tak sayang, cuma caranya berbeza.”

Lalu otak saya pun merumuskan mengapakah soalan demikian yang ditanyakan oleh wanita berkenaan, iaitu beliau sedang berada dalam dilema oleh banyak pilihan. Banyak pilihan? Bukankah dia sudah berkahwin? Ya, dia sudah berkahwin tetapi dia sedang digoda oleh ramai lelaki. Orang cantik tentulah menjadi perhatian dan tentulah tidak sikit-sikit lelaki yang mencuba nasib meskipun mereka tahu itu isteri orang. Di kalangan mereka tentu ada yang mula mekar di hati hingga timbullah rasa untuk membanding-bandingkan.

“Lelaki A sudah berkahwin juga, tapi dia cukup prihatin. Hari-hari dia hantar SMS yang lunak berbanding lelaki B, C dan D, apatah lagi suami aku sendiri, aku hantar mesej jiwang pun tak dibalasnya. Kalau balas pun, ‘dah buang tabiat agaknya’, itu yang dapat.”

Dua keadaan ini memaksa kita berdiri di tengah-tengah. Sebagai lelaki, meskipun majoriti suami tidak tahu menyatakan rasa kasih dan sayang, belajar-belajarlah menyatakannya, kalau tidak isteri anda bakal diambil orang. Kepada wanita pula, meskipun lelaki lain kelihatannya lebih memahami, lebih prihatin, lebih penyayang daripada suami sendiri, ketahuilah setelah anda memilikinya kelak, keadaan yang sama akan berlaku juga kerana majoriti lelaki memang tidak pandai menunjukkan kasih sayang pada pasangan.

Tiga petua untuk menjadikan suami sentiasa sayangkan anda iaitu pertama; kurangkan mengada-ngada, kedua merajuk sesekali sahaja dan ketiga terus menyatakan cinta, kasih dan sayang anda meskipun tanpa balasan.

Lakukanlah tiga perkara ini meskipun suami kadang-kadang bagaikan ‘buta kayu’ dan berhati batu.


Sumber: mingguanwanita


Lubang-Lubang Paku

on Sunday 3 March 2013




Dihikayatkan dari satu mulut ke satu mulut yang lain, di  satu sudut dunia terkisah sebuah cerita tentang seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun  hanya disuap dengan satu masalah yang kecil. 

Pada suatu hari, ayahnya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. 

Timbul persoalan di hati anak muda tersebut lantas bertanya, “untuk apakah paku-paku ini duhai ayah?” 

“Begini anakku. Setiap kali kamu berasa marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu,” jawab ayahnya. Persetujuan dicapai.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, dia mendapati  adalah lebih mudah mengawal kemarahannya daripada mengetuk paku menembusi tembok seperti sebelumnya. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak berasa marah dalam hari-harinya. 

Gembira dengan perkara itu, dia memaklumkan perkara tersebut kepada ayahnya. Lantas, ayahnya mengucapkan tahniah dan menyuruhnya mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa rasa kemarahan. 

Hari berganti dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada ayahnya dengan perasaan bangga. Ayahnya memimpin tangan pemuda itu ke tembok di hadapan rumahnya lalu berkata, “Tahniah anakku. Engkau telah melakukannya dengan baik sekali, anakku. Tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.” Ayahnya mengusap perlahan tembok tersebut. 

“Biarpun sudah tiada paku, tembok ini tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Apabila engkau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka kepada yang menerimanya sama seperti ini.” 

“Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatammu, namun lukanya masih tetap ada. Adapun, luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal dan sukar sekali untuk sembuh.” 

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. 

“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.”



Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa seseorang telah berkata kepada Nabi S.A.W, “Nasihatilah aku.” Lalu Nabi S.A.W bersabda, “Jangan marah,” maka berulang-ulang orang itu meminta dinasihati, jawab Nabi, “Jangan marah.”  

Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi S.A.W bersabda, “Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.”



 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved