Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Sambungan Mutiara Kata Hikmah 2

on Friday 12 April 2013




 ✐Janganlah mencaci iblis secara terang-terangan padahal kamu adalah sahabatnya dalam sembunyi-sembunyi. 

✐Janganlah kamu menjadi serigala, kelak kamu akan menerkam dan janganlah kamu menjadi kambing kelak akalmu akan diterkam. 
  
✐Apa yang kamu kumpul melebihi keperluanmu maka kamu telah mengambil hak orang lain. 
  
✐Siksalah pendengki kamu dengan berbuat baik kepadanya. 
  
✐Orang yang bahagia adalah orang yang dapat mengambil pelajaran dari orang lain dan orang yang sengsara adalah orang yang dijadikan pelajaran oleh orang lain.   

✐Salah satu hikmah ialah harta berada di tangan orang-orang yang bodoh kemudian diambil sedikit demi sedikit oleh orang cerdik pandai dengan kepandaiannya. 
  
✐Kalau harta itu berada di tangan orang yang cerdik maka orang-orang bodoh akan mati kelaparan.

  ✐Mengemukakan dalil kepada orang jahil mudah tetapi meyakinkannya sukar.   

✐Janganlah kemiskinan menyebabkan kekufuran dan janganlah kekayaanmu menyebabkan kesombongan.

  ✐Barangsiapa takut kepada Allah maka Allah jadikan segalanya takut kepadanya. Barangsiapa tidak tidak takut kepada Allah maka Allah jadikannya takut pada segala-galanya.   

✐Janganlah kamu takut kepada manusia dalam urusan Allah tetapi takutlah kamu pada Allah dalam urusan manusia.   

✐Sesuatu yang tidak layak diucapkan walaupun ia benar ialah seorang memuji dirinya sendiri.
   
✐Sanak saudara memerlukan kasih sayang tapi kasih sayang tidak memerlukan sanak saudara. 
  
✐Jangan merendahkan orang yang ditinggikan oleh ketaqwaannya dan jangan meninggikan orang yang ditinggikan oleh dunianya.   

✐Seorang berakal bila menikmati makanan dia akan ingat bahawa suatu hari nanti dia akan merasa pahitnya ubat.   

✐Sahabat buruk umpama pedang yang terhunus. Pandangannya menakutkan dan akibatnya mengerikan.

   ✐Seorang wanita dapat menyimpan cintanya dalam hatinya selama 40 tahun tetapi tidak dapat menyimpan kebencianya walaupun satu jam sahaja.   

✐Seorang yang iri hati dan dengki merasakan hilangnya kenikmatan kamu adalah kenikmatan baginya.  

 ✐Janganlah banyak mencari alasan, sesungguhnya dusta banyak sekali bercampur dengan alasan-alasan.   

✐Marah-marah bermula dari gila-gila dan berakhir dengan penyesalan. 
  
✐Takziah sesudah tiga hari akan memperbaharui kesedihan dan ucapan tahniah sesudah tiga hari hanyalah meremehkan kasih sayang.  

✐Menggerakkan orang diam lebih mudah dari menggerakkan orang yang bergerak.   

✐Apabila kamu letih kerana melakukan kebaikan, maka keletihan kamu akan hilang dan kebajikan tetap adanya.   

✐Bergaullah dengan manusia dengan baik sehingga kalau kamu mati mereka tangisi dan kalau kamu hidup mereka selalu merinduimu.  

 ✐Janganlah malu memberi yang sedikit kerana yang tidak memberi itu lebih sedikit dari yang itu.  

✐Berilah hatimu pada seluruh manusia nescaya mereka akan memberikan hati mereka sepenuhnya padamu.

  ✐Hiduplah sesuka hatimu, tapi ingat kamu akan mati. Cintailah siapa saja yang kamu sukai, tapi ingat kamu akan berpisah dengannya, lakukan apa saja yang kamu suka, tapi ingat kamu akan dibalasi dengan perbuatanmu.   

✐Wanita yang cantik tidak memerlukan pakaian yang indah.  

 ✐Yang cantik itu belum pasti indah tetapi yang indah itu sudah pasti cantik.   

✐Aku tidak pernah menyesal atas kata-kata yang tidak pernah aku ucapkan tetapi aku kerap kali menyesal atas kata-kata yang telah aku ucapkan.   

✐Ubat mujarab bagi marah ialah diam.   

✐Berita baik merayap, berita buruk berlari.   

✐Kawan yang perolehi kerana pemberian kamu kelak akan dibeli oleh orang yang lain. 

 ✐Orang yang beri hutang lebih kuat ingatannya daripada orang yang berhutang.  

✐Renungkanlah dari apa kamu dicipta dan ke mana kamu hendak pergi.   

✐Jangan menyalakan api jika kamu tidak dapat memadamkannya.   

✐Memberi nasihat kepada orang yang sudah ditimpa musibah seperti memberi ubat kepada orang yang telah mati.   

✐Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.   

✐Segala hubungan pasti berakhir kecuali hubungan dengan Allah atau kerana Allah.

  



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved