Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Maher Zain – Baraka Allahu Lakuma

on Friday 31 May 2013




Lirik Lagu Baraka Allahu Lakuma – Maher Zain




We're here on this Special Day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close Together

We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say Say Say

(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir

(chorus)

From now you'll share all your joys
Through hardships, support each other
Together worshiping Allah
Seeking His Pleasure

We pray that He will feed your life
With Happiness and Blessings
And grant your Kids
who make your home filled with laughter

Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say Say Say

(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir

(Chorus)

(4X)
Barakallah

(2X)
Barakallahu lakuumwalanaa

Allah bariklawhuma
Allah Hadhum hubbahuma
Allah Solli wasallim a'la rasulillah

Allah tub'alaina
Allah irdha anna
Allah ihdhi khuthoona a'la sunnat nabiina

Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say Say Say

(4X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir



Nak lagu download sini:

Mutiara Kata Tokoh Terkenal

on Thursday 23 May 2013





Hanya ada dua cara bagi memetik keuntungan daripada hidup, iaitu pertama, memetik daripada pengalaman sendiri dan kedua, memetik daripada pengalaman orang lain.  Herold Sherman.


Kebahagian laksana sebuah bola, kita kejar pada saat bergolek dan kita tendang pada saat berhenti. – Goethe.

Setiap orang sangat mengingini hidup lama, tetapi tidak seorang pun yang berkehendak menjadi tua. – Johnathan Switt.

Wang merupakan hamba yang sangat baik, tetapi tuan yang sangat buruk. – P.T. Barnum.

Kesalahan kemarin adalah kebijakan esok. – Merry Browne.

Jika anda tak mau dikritik, jangan melakukan apa-apa, jangan katakan apa-apa, dan jangan jadi apa-apa. – Elbert Hubbart.

Orang yang memerangi api dengan api biasanya akan berakhir dengan menjadi abu. – Abigail Van Buren.

Orang bodoh tidak dapat merasa cukup puas dengan semua yang telah dicapainya melainkan hanya merasa iri terhadap keberhasilan orang lain. – Epicurus.

Saya belajar selama saya hidup. Batu nisan akan menjadi ijazah saya. – Eartha Kitt.

Membuat sesuatu yang mudah jadi rumit itu biasa. Membuat sesuatu yang rumit menjadi mudah, itulah yang luar biasa. – Charles Mingus.

Sedikit orang kaya yang memiliki harta. Kebanyakan harta yang memiliki mereka. – Robert G. Ingersoll.

Orang bijaksana adalah orang yang tahu bahawa dia tidak tahu. – Socrates.

Satu orang dengan keyakinan adalah setanding dengan kekuatan dari 99 orang yang hanya memiliki keinginan. – John Stuart Mill.

Kesakitan membuat Anda berfikir. Fikiran membuat Anda bijaksana. Kebijaksanaan membuat kita bisa bertahan dalam hidup. – John Patrick.

Manusia memerlukan dua tahun untuk berbicara, tetapi lima puluh tahun untuk belajar tutup mulut. – Ernest Hemingway.

Orang-orang hebat dalam bidang apa pun bukan baru bekerja kerana mereka terinspirasi, namun mereka menjadi terinspirasi kerana mereka lebih suka bekerja. Mereka tidak mensia-siakan waktu untuk menunggu inspirasi. – Ernest Newman.

Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai. – Schopenhauer.

Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan. – Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Orang yang berkata hal itu tidak dapat dikerjakan tidak sepatutnya menganggu orang yang sedang mengerjakannya. – Peribahasa Cina.

Sekiranya anda tidak dapat buat perkara itu hari ini, apa yang membuatkan anda berfikir dapat melakukannya esok? – Yusuf Tura.

Tersungkur tujuh kali, bangkit semula lapan kali. – Pepatah Jepun.

Kaca, porselen dan nama baik adalah sesuatu yang mudah sekali pecah, dan tak akan dapat dicantumkan kembali tanpa meninggalkan bekas yang nampak. – Benjamin Franklin.

Kejujuran adalah bab pertama dalam buku kebijaksanaan. – Thomas Jefferson.

Pengalaman adalah nama yang kita berikan untuk kesalahan-kesalahan di masa lalu. – Oscar Wilde.

Apabila seseorang takut menjadi bodoh, maka dia sudah menghayunkan langkah pertama menuju kebijaksanaan. – James Gibbons Huneker.

Jika Anda ingin hidup bahagia dengan lelaki, Anda harus banyak memahaminya dan sedikit mencintainya. Jika Anda ingin berbahagia dengan perempuan, Anda harus lebih banyak mencintainya dan jangan cuba-cuba memahaminya. – Helen Rowland.

Salah satu hal yang paling sulit di dunia ini adalah mengakui kesalahan dan tak ada yang lebih membantu dalam memecahkan persoalan daripada pengakuan jujur. – Benjamin Disraeli.

Jika orang lain menghina Anda, Anda mungkin melupakan penghinaan itu, tapi jika Anda menghina orang lain, Anda akan selalu mengingatnya. – Kahlil Gibran.

Seorang pemimpin adalah orang yang mengetahui jalan, melewati jalan tersebut dan menunjukkan jalan itu untuk orang lain. – John C Maxwell.

Berbicara dengan baik dan fasih adalah seni yang hebat, tapi mengetahui saat yang tepat untuk berhenti berbicara juga tindakan yang sama-sama hebat. – Wolfgang Amadeus Mozart.

Orang bijak berbicara kerana mereka mempunyai sesuatu untuk dikatakan, orang bodoh berbicara kerana mereka ingin mengatakan sesuatu. – Plato.

Keputusan yang baik datang dari pengalaman, dan sering kali pengalaman datang dari keputusan yang buruk. – Rita Mae Brown.

Tidak benar jika dikatakan orang berhenti mengejar mimpi kerana mereka sudah tua. Yang benar orang-orang itu menjadi tua justeru kerana mereka berhenti mengejar mimpi-mimpi itu. – Gabriel Garcia Marquez.

Jika saya diberi waktu lapan jam untuk menebang pokok, saya akan memperuntukkan selama enam jam untuk mengasah kapak. – Abraham Lincoln.

Ada dua cara untuk menghadapi kesulitan, Anda mengubah kesulitan itu atau Anda mengubah diri sendiri untuk menghadapinya. – Phyllis Bottome.

Perlu 20 tahun untuk membangun reputasi dan cukup 5 minit untuk menghancurkannya. Jika Anda berfikir tentang hal ini, Anda akan melakukan sesuatu dengan cara berbeza. – Warren Buffett.

Apa yang orang lihat dari kejayaan saya cuma 1%, tapi 99% yang tidak terlihat adalah kegagalan saya. –Soichiro Honda.

Manusia unggul selalu rendah hati saat berbicara, tetapi selalu luar biasa dalam tindakan. –Confucius.

Bagi orang jahat, meskipun bencana belum datang tapi rezeki telah menjauhinya. Tapi bagi orang yang berbuat baik, meskipun rezeki belum datang tetapi bencana telah menjauhinya. – Pepatah Cina.

Bukalah mata sewaktu berjalan, kerana bisa saja Anda akan bertemu kesempatan. Adapun kesempatan itu sendiri buta. Peganglah erat-erat, kerana kesempatan datang dan pergi tanpa memberitahu. – Anonim.

Maut bukanlah kehilangan terbesar dalam hidup. Kehilangan terbesar adalah apa yang mati dalam sanubari sementara kita masih hidup. – Norman Cousins.

Orang-orang yang gagal dibagi menjadi dua : mereka yang berfikir gagal padahal tidak pernah melakukannya, dan mereka yang melakukan kegagalan tapi tak pernah memikirkannya. – John Charles Salak.

Seorang pemimpin adalah orang yang melihat lebih banyak dari yang dilihat orang lain, melihat lebih jauh dari yang dilihat orang lain, dan melihat sebelum orang lain melihat. – Leroy Eims.

Tidak ada kata terlambat untuk meminta maaf, selama kita berjanji untuk belajar tidak mengulanginya kembali. – Chita.

Kehidupan manusia diikat oleh tiga  perhubungan iaitu hubungan dengan Allah, manusia dan alam. Seringkali manusia hanya mengutamakan aspek manusia dalam projek pembangunan. Manusia mahu selesa dan bahagia untuk mereka, sedangkan dalam proses ini mereka sebenarnya mengubah selesa dan bahagia alam. – A. Nazri Abdullah.


Kata-Kata Mutiara, Hikmah Dan Motivasi

on Sunday 19 May 2013


✐Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging.

✐Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan.

✐Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali.

✐Tidak ada yang sulit bagi orang yang mahu, tidak ada yang mudah bagi orang yang enggan.

✐Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk.





✐Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam-diam sahaja.

✐Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang.

✐Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri.

✐Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu.

✐Air mata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati.

✐1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama-lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan.

✐Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan.

✐Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia.

✐Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu.

✐Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian.

✐Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil.

✐Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja.

✐Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia.



✐Menerima pasangan hidup secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan di khuatiri beracun.

✐Terburu-buru dengan perasaan sering dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan.

Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bisa berpanjangan.

✐Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata-kata kerana ia dibungkus dengan gula-gula yang lebih manis dari racun.

✐Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia, disulami dengan bunga-bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan.

✐Akal itu laksana payung, ia tidak berguna kalau tidak terbuka.

✐Apalah gunanya ilmu jika tidak diamalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran.

✐Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain.

✐Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi esoknya.

✐Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran.

Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat.

✐Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat.

✐Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan.

✐Hidup ini bagaikan sebuah titian yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu-kayu keimanan yang kukuh.

✐Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup.

✐Hati si isteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya.

✐Di sebalik nikmat ada bala dan di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala, usah resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika di landa nikmat usah lupa dan leka kerana dari sini berpunca bala.





Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejar ilmu seberapa daya yang dapat.

✐Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya.

✐Memang sakit melihat orang yang anda cintai sedang berbahagia dengan orang lain tapi lebih sakit lagi kalau orang yang anda cintai itu tidak berbahagia bersama anda.

✐Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinya setiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar-benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat.

✐Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya.

✐Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafsirkan tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan.

✐Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah.





Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran.

✐Jadikan diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat.

✐Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli.

✐Rindu adalah suatu derita yang amat bahagia kerana kerinduan itu sebahagian dari nafas cinta. Tanpa kerinduan, cinta tidak akan menjadi matang dan berpanjangan. Biar cinta itu berpanjangan dengan adanya rindu.

✐Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati, ada keyakinan diri, punya budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang.

✐Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya baru kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya.

✐Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan.

✐Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik.

✐Semalam merupakan suatu kenangan, hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam mesti kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini mesti kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan.

✐Berfikir sebelum berkata-kata. Jangan berfikir sesudah berkata-kata sebab sebelum perkataan meluncur keluar adalah kepunyaan kita, apabila sudah termuntah keluar itu adalah orang punya. Dari kata-kata kita dapat mendapat banyak kawan-kawan dan lawan.

✐Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi.: Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada ALLAH akan tetap kekal.




✐Setitik air mata ibu yang tumpah dari perbuatanmu sama pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu.

✐Seorang ibu sanggup memelihara sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu.

✐Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur, setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

✐Kejayaan adalah suatu perjalanan bukannya suatu destinasi.

✐Hati yang gembira boleh dicerminkan dengan wajah yang riang tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang sempurna.

✐Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup.

✐Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajar bersungguh-sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil.

✐Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan.


✐Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.

✐Jadikan hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, dibaling dengan batu lalu dibalas dengan buah.

✐Setumpul-tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam. Oleh itu jangan di sangka sebodoh-bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran.

✐Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir-pasir di pantai tetapi SAHABAT yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu.

✐Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.

✐Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

✐Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

✐Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

✐Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.

✐Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya.

✐Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.



✐Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

✐Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

✐Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.



✐Orang bijak adalah individu yang menyiapkan kerja pada hari ini ketika yang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian.

✐Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucap sepatah kata pun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

✐Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

✐Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.

✐Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.

✐Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.

✐Apabila bicara itu perak, diam adalah emas. 




✐Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.

✐Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.

✐Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain.

✐Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya matahari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.

✐Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahawa orang itu lebih baik dari dirinya.

✐Seburuk-buruk buta adalah buta hati.

✐Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu.

✐Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.

✐Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.

✐Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

✐Menyesal tidak berbicara lebih baik dari menyesal berbicara.

✐Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.

✐Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.

✐Dunia menderita dengan teruk, bukan sebab keganasan orang yang jahat, tetapi kerana orang baik yang suka berdiam.

✐Jangan takut membuat kesalahan. Tapi jangan sampai kamu membuat kesalahan yang sama untuk kedua kalinya.

✐Membeli buku adalah bagus, tetapi alangkah baiknya jika kita membeli masa untuk membacanya juga.

✐Jangan harap pada manusia untuk jadi kuat, tapi berharaplah pada Allah untuk diberi kekuatan.

✐Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.


<-----Jadilah Lelaki Perkasa




 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved