Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Kata-Kata Mutiara, Hikmah Dan Motivasi 3

on Tuesday 3 December 2013



Kita adalah kelompok yang dimuliakan Allah kerana Islam. Andai kita mengambil kemuliaan selain Islam, Allah akan menghina kita. - Saidina Umar al-Khattab R.A.


Apabila engkau sedang ditimpa musibah, janganlah melihat musibahnya, namun lihatlah siapa yang memberikan musibah. - Asy-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Keredhaan terhadap sesuatu musibah adalah kedudukan yang tinggi. Namun, Allah menjadikan kesabaran sebagai jalan pilihan yang baik. - Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.

Biasakanlah berbuat baik kerana sesungguhnya kebaikan itu adalah kebiasaan. - Abdullah Bin Mas'ud.

Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirehat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasihat susah untuk memasukinya. - Malik bin Dinar .

Mahkota seseorang adalah akalnya. Darjat seseorang adalah agamanya. Sedangkan kehormatan seseorang adalah budi pekertinya. - Saidina Umar al-Khattab Radhiyallahu 'Anhu.

Kosongkan hatimu dari segala sesuatu selain Allah, maka Allah akan memenuhinya dengan pengetahuan dan rahsia - Ibn 'Atho'illah.

Tanda kebodohan adalah menyia-nyiakan waktu, menangguh-nangguh taubat, memusuhi manusia, derhaka kepada kedua-dua ibu bapa, dan menyebarkan rahsia. - Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni.

Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka) - Imam Syafi'e.









P.S: Pelbagai Koleksi Terbaru Yang Menarik di MANGO

                                                                        Road test these bloggers' driving skills with a Ford Fiesta! -->



Kata-Kata Mutiara Imam Syafie

on Monday 4 November 2013


50 Kebaikan Tersirat Saat Bersenam

on Friday 25 October 2013

hiasan
Tidak semua di kalangan kita memikirkan senaman adalah sesuatu yang penting. Ramai beranggapan bahawa berjalan jauh dan turun tangga sudah memadai. Hakikatnya, ada kepentingan tersirat yang lain jika anda melakukan senaman beraktiviti seperti kick boxing, bermain tenis, lumba basikal dan sebagainya.

ANGGOTA BADAN
1. Meningkatkan tahap kekuatan otot.
2. Merawat sakit kepala yang menyerang tiba-tiba.
3. Meningkatkan keupayaan tubuh badan menggunakan lemak sebagai tenaga ketika beraktiviti.
4. Meningkatkan ketumpatan dan kekuatan ligamen dan tendon.
5. Memperbaiki aliran koronari darah pada jantung.
6. Membantu menenangkan rasa tidak selesa di bahagian tulang belakang, pedih hulu hati dan sembelit buat wanita hamil.
7. Membantu menangani masalah jet lag.
8. Memperlahankan kadar kemerosotan sendi pada penghidap osteoartritis.
9. Membantu meningkatkan kreativiti.
10. Meningkatkan ketebalan tulang rawan dalam sendi-sendi.
11. Meningkatkan tahap ketahanan otot anda.
12. Membantu anda tidur lebih mudah dan selesa.
13. Memperbaiki postur tubuh.
14. Memperbaiki prestasi olahraga.
15. Membantu anda mengekalkan kadar metabolisme berehat anda.
16. Membantu mengurangkan kesakitan bahagian bawah belakang badan.

KESIHATAN
17. Memperbaiki fungsi sistem imun dalam tubuh.
18. Menambah keinginan seks, prestasi dan kepuasan
19. Meningkatkan ketumpatan dan kekuatan tulang.
20. Membantu akan mengekalkan tisu badan.
21. Mengurangkan risiko hipertension (tekanan darah tinggi)
22. Membantu menangani stres dengan berkesan.
23. Mengurangkan risiko hipertension (tekanan darah tinggi)
24. Meningkatkan peredaran  tahap HDL (kolesterol baik)
25. Membantu mengurangkan risiko pembentukan diabetes tahap 2.
26. Membantu memperbaiki daya ingatan pendek di kalangan orang tua.
27. Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
28. Mengurangkan kelikatan darah anda.
29. Meningkatkan penyerapan oksigen maksimum anda.
30. Membantu badan menentang saluran pernafasan diserang jangkitan.
31. Membantu mempercepatkan pemulihan kemoterapi.
32. Membantu mengurangkan risiko kanser kolon.
33. Membantu melegakan sembelit.
34. Membantu mengurangkan risiko kanser prostat.
35. Membantu mengurangkan risiko diserang strok.

PENAMPILAN
36. Membantu menurunkan berat badan terutama yang gemuk.
37. Membantu dalam usaha berhenti merokok.
38. Membantu mengekalkan berat badan tanpa perlu berdiet.
39. Mengurangkan tahap kebimbangan.
40. Mengurangkan perbelanjaan kesihatan dan rawatan.
41. Menjadikan anda lebih bertenaga untuk memenuhi kehidupan harian.
42. Membantu membakar lebihan kalori.
43. Memperbaiki penampilan fizikal lebih menarik.
44. Meningkatkan keyakinan diri.
45. Meningkatkan produktiviti di pejabat.
46. Membantu membenarkan anda makan dalam kuantiti banyak tetapi masih mengekalkan kalori.
47. Memperbaiki mood.
48. Meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
49. Membantu melepaskan stres secara semulajadi.
50. Meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.

Sekarang, terpulang pada anda untuk meluangkan sedikit masa untuk bersenam dengan sebetulnya. Bersenam bukan sekadar untuk kurus tetapi menjadikan hari-hari anda lebih produktiviti dan memperbaiki mood

Sumber: Maskulin

Kata-Kata Mutiara, Hikmah Dan Motivasi 2

on Tuesday 8 October 2013


 

Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. - Larry Bielat.


Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. - Dr. Shukri Abdullah.

Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. - Ron Jenson.

Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. - Lewis Timberlane.

Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. - George Bernard Shaw.

Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. - Dr. Shukri Abdullah.

Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. - Dr. Shukri Abdullah.

Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. - Henry Truman.

Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. - Bidalan Cina.

Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. - Dr. Shukri Abdullah.

Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). - J.P Ghetty.

Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat. - H.W Longfellow.

Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. - Dr. Shukri Abdullah.

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. - Saidina Umar Al-Khattab.

Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. - Arthur Schopenauer.

Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. - Ibnu Yusuf.

Meminta maaf jangan membuat diri kita menjadi hina. Memberi maaf jangan membuat kita merasa bangga. Tapi saling memaafkan itulah yang mulia. - Silvana.

Cara terbaik untuk menghancurkan seorang musuh adalah dengan menjadikannya seorang teman. - Abraham Lincoln.
Hati seorang bodoh ada dalam mulutnya tetapi mulut seorang bijak ada dalam hatinya. - Benjamin Franklin.

Kita berdoa jika kesusahan dan memerlukan sesuatu, mestinya kita juga berdoa dalam kegembiraan besar dan rezeki melimpah. - Khalil Gibran.

Kita tidak menerima kebijaksanaan, kita harus mencarinya untuk diri kita sendiri setelah melewati suatu perjalanan yang tidak seorang pun boleh mengambilnya atau memisahkannya dari kita. - Marcel Proust.

Aku mampu berhujah dengan sepuluh orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu. - Imam Syafie.

Apakah perbezaan di antara seorang negarawan dan ahli politik? Negarawan melakukan apa yang dia percaya adalah yang terbaik untuk negara manakala seorang ahli politik melakukan apa yang terbaik untuk diundi semula. - Mikhail Gorbachev.

Ahli politik hanya memikirkan tentang pilihan raya yang akan datang, manakala negarawan memikirkan tentang generasi akan datang. - James Freeman Clarke.

Lebih baik terawal tiga jam daripada terlewat satu minit. - William Shakespeare.

Kita akan mengenali seseorang itu daripada teman-temannya. - Thomas Aldrich.

Sesuatu umat itu perlu mantap pegangan agamanya. Tidak sempurna agama melainkan seiring dengan dunia. Agama itu tiang utama, sementara kekuasaan itu adalah penjagaannya. Sesuatu yang tidak bertiang, pasti akan runtuh dan sesuatu yang tiada penjaga, pasti akan musnah dan hilang. - Imam al-Ghazali.

Aku telah berperang lebih daripada 100 kali dan tiada di badanku ini walaupun seinci kecuali padanya penuh dengan pukulan pedang, tusukan panah dan tikaman tombak. Dan inilah aku, yang akhirnya mati di atas katilku sendiri. - Khalid al-Walid.

Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat. - Ibnu Qudamah.

Kita hendaklah menggesek biola dengan kuat akan lagu gesekan kita, jangan sampai orang lain menggesek dan kita hanya menari sahaja menurut lagu gesekannya. - Dato' Onn Jaafar.

Sesekali, anda boleh memperbodohkan semua orang atau sesetengah orang sepanjang masa, tetapi anda tidak boleh memperbodohkan semua orang setiap masa. - Abraham Lincoln.

Jangan tertawakan orang yang jatuh tetapi bersyukurlah kerana engkau sendiri tidak jatuh. - Hamka.

Harga sebuah pengalaman tidak dapat dilihat secara jelas, tetapi bagi yang merasakan akan tahu nilainya. - William Osler.

Sebutlah Allah kerana itu ubat dan jangan menyebut manusia kerana itu penyakit. - Saidina Umar al-Khattab.

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya. - Imam al-Ghazali.

Perkara terbaik yang dapat kamu lakukan ialah melakukan perkara yang betul, yang kurang baik kamu lakukan ialah melakukan perkara yang salah dan yang paling buruk ialah apabila kamu tidak melakukan apa-apa langsung. - Theodore Roosevelt.

Orang yang berjaya akan mengambil manfaat dari kesalahan-kesalahan yang dilakukannya, dan akan mencuba untuk melakukannya kembali dengan cara yang berbeza. - Dale Carnegie.

Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain. - Jully Cheung.

Orang bodoh mencari kebahagiaan jauh-jauh, orang yang bijaksana menumbuhkan kebahagiaan di bawah kakinya. - James Oppenheim.

Kemalasan adalah kunci bagi pintu kemiskinan. - Pepatah Jerman.

Tidak perlu mencuba untuk menjadi lebih baik dari saingan dan mereka yang lebih tua dari anda, cuba untuk jadi lebih baik dari diri anda sendiri. - William Faulkner.

Gelaran tidak ada makna apa-apa, yang penting adalah sumbangan. - A. Samad Said.

Empat perkara yang wajib bagi mencapai kejayaan; kerja keras, doa, pemikiran dan keyakinan. - Norman Vincent Peale.

Jangan menumpukan perhatian pada halangan yang menunggu, lakukan sahaja, jangan biarkan mereka yang berfikiran negatif menjatuhkan semangat anda. - John Wood.

Kita tidak akan pernah bisa belajar menjadi berani dan sabar jika di dunia ini hanya ada kebahagiaan. - Helen Keller.






Kata-Kata Hikmah Mengubah Dunia

on Wednesday 25 September 2013



Sifat-sifat manusia adalah sama. Kebiasaan-kebiasaan merekalah yang membezakan mereka. - Kong Fu Tsu.


Manusia seluruhnya mati, selain ahli ilmu. Para ilmu itu mabuk, selain yang beramal. Orang yang beramal seluruhnya tertipu, selain yang ikhlas. - Sahl Bin Abdullah.

Baiknya amal sangat bergantung pada baiknya hati, dan baiknya hati sangat bergantung pada istiqamahnya diri untuk selalu dekat dengan Allah. - Ibnu Atha'ilah.

Keyakinan merupakan suatu pengetahuan di dalam hati, jauh tak terjangkau oleh bukti. -Kahlil Gibran.

Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tapi bangkit semula setiap kali jatuh. - Conficius.

Tidak ada masalah di kalangan manusia yang tidak dapat dipecahkan. - Ralph J. Bunch.

Memikirkan mengenai nikmat-nikmat Allah سبحانه Ùˆ تعالى. adalah termasuk ibadah yang paling besar. - Umar Bin Abdul Aziz.

Anak kunci ilmu adalah soalan (bertanya). - Hukama.

 Cinta adalah kecenderungan yang terus-menerus di dalam hati yang membara. - Ibnu Qayyim Al Jauziyah.

Orang yang bijak ialah mereka yang sentiasa mengingati sejarah silam serta besedia untuk menghadapi cabaran yang akan datang. - Dr. Jamil al- Misry.

Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia. Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. - Hamka.

Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu berasa letih ia akan menjadi buta. - Sayidina Ali.

Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi. - Hamka.

Kemulian itu dicapai dengan akal dan adab, bukan dengan asal dan bangsa. - Sayidina Ali.

Kehidupan seorang Mukmin ibarat matahari, terbenam di suatu wilayah untuk terbit di wilayah lainnya. Dia selalu bersinar dan hidup serta tak pernah terbenam selamanya. - Muhammad Iqbal.

Sesiapa yang tidak menjaga dirinya, maka tidak berguna ilmunya. - Imam Ghazzali

Bertindak dengan nafsu, sama halnya dengan berangkat ke laut dalam taufan. - Thomas Fullera.

Bukan wanita yang membuat derita. Tetapi mencintai wanita yang tidak mencintaimulah yang akan menciptakan derita bagimu. - Imam Syafi'i.

Satu keuntungan daripada perkahwinan adalah ketika anda berhenti mencintai dia atau dia berhenti mencintai anda, pernikahan itu akan menjadikan anda dan dia, bersama-sama saling jatuh cinta lagi. - Judith Viorst.

Tunaikanlah hak kedua-dua telingamu daripada hak mulutmu kerana dijadikan untukmu dua telinga  dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar daripada berbicara. - Abu Darda'.

Seandainya seseorang manusia itu takutkan neraka seperti dia takutkan kemiskinan, dia akan memasuki syurga. - Yahya Bin Mu'az.

Bersyukur dengan seluruh anggota tubuh adalah menahannya dari maksiat dan selalu menggunakannya dalam ketaatan. - Abu Hazim.

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu daripada adab dan pertanyaannya, bukan daripada jawapan-jawapannya. - Voltaire.

Keberanian mengandungi keajaiban, kuasa dan kebijaksanaan di dalamnya. - Geothe

Alam rumahtangga dan lingkungan keluarga merupakan tempat pertama manusia mempelajari pokok dan dasar pergaulan hidup dan masyarakat. - Hamka.

Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah. - Hukama.

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. - Flower A. Newhouse.

Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. - Imam Syafi'i.

Kekuasaan adalah amanat dan bukan kehormatan. - Sayidina Umar.

Ketika kamu masih muda, bekerjalah untuk menimba pengalaman bukan untuk mencari pendapatan. - Robert Kuyosaki.

Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yang mampu memenggal leher seorang lelaki. - A.L Alex Wong.

Semua orang berfikir untuk mengubah dunia tetapi tidak seorang pun berfikir untuk mengubah dirinya sendiri. - Leo Tolstoy.

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. - Hamka.

Jika engkau ingin Allah melancarkan untukmu sesuatu yang engkau cintai, maka teruslah mengerjakan sesuatu yang Dia cintai. - Imam Ahmad.

Sesungguhnya modal dunia ialah hawa nafsu dan keuntungannya ialah api neraka. - Hukama.

Ada banyak pokok dan tidak semua berbuah. Ada banyak buah tetapi tidak semuanya baik dan ada banyak ilmu pengetahuan tetapi tidak semua berguna. - Nabi Isa a.s.

Hak seseorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada lima, menjawab salam, menziarahi sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangannya dan tasymit (mendoakan apabila dia bersin). - Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Ramai orang pergi berjumpa doktor, tidak memerlukan ubat tetapi hanya perlu adanya perubahan fikiran. - F.P. Gent.

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri. - Said Mustafa.

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. -Richard Brinsley Sheridan.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan. - Abdullah Mansur M.H.

Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? - Benjamin Franklin.

Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk mendapatkannya. - Albert Einstein.

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa. - Goethe.

Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya. - Emerson.









5 Teknik Bakar Lemak Lebih Cepat

on Tuesday 17 September 2013


5 TEKNIK BAKAR LEMAK
5 TEKNIK BAKAR LEMAK
5 TEKNIK SUPERSET
5 TEKNIK SUPERSET
5 TEKNIK SUPERSET
5 TEKNIK SUPERSET
5 TEKNIK SUPERSET BAKAR LEMAK LEBIH CEPAT 
Membakar lemak dan kalori, banyak caranya. Kali ini, MASKULIN mencadangkan beberapa teknik senaman
yang cepat dan mudah untuk membakar lemak. Tidak perlu ke gim kerana anda boleh lakukannya di rumah.  
Superset adalah gabungan dua senaman dalam satu set dan dilakukan secara berturut-turut.
Arahan:
  • Anda boleh mengubahsuai teknik senaman mengikut pilihan anda tetapi pastikan senaman tersebut 
  • memberi kesan pada seluruh tubuh.
  • Lakukan 3 superset bagi setiap kumpulan senaman
  • Rehat selama 60 saat di antara superset
  • Rehat selama 90 saat di antara kumpulan senaman superset
Patut tahu:
  • Teknik superset meningkatkan intensiti latihan atau senaman serta mampu membentuk otot tubuh 
  • lebih baik.
  • Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya dalam 4 minggu, kawal pola pemakanan dengan makan 
  • makanan rendah kalori dan pastikan anda mengambil kompleks karbohidrat sebelum melakukan 
  • senaman ini
  • Senaman ini sesuai dilakukan untuk anda yang ingin menurunkan berat badan sekali gus membentuk 
  • otot. 
**panduan senaman seperti tiga rajah yang disertakan
Sumber: Maskulin




Adab Bertamu

on Sunday 8 September 2013




Hadith: 

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah. (Riwayat: At-Tabrani)


Huraian Hadith:
1. Semulia-mulia manusia adalah mereka yang beradab dan tahu tata tertib setiap perkara yang dilakukannya.

2. Islam mengambil kira segala hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia termasuklah aspek hubungan sosial mereka dan mengajarkan adab-adab yang tertentu demi mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan harmoni.

3. Adab dalam berziarah contohnya disebutkan secara terperinci iaitu:

i) Memberi salam terlebih dahulu
ii) Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali
iii) Berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika yang membuka pintu itu adalah orang yang bukan muhrim
iv) Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinan
v) Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumah
vi) Duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih maklum tentang keadaan rumah mereka.

4. Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak menimbulkan keberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut didapati mengganggu urusan penting yang hendak dilaksanakannya.

Sumber: Nasrudin Hassan


P.S: Wow! Kongsikan gambar anak boleh menangi hadiah menarik?

                                                                        Yang mana satu dari empat karektar adalah anda -->






Rahsia Pelakon Elysium Bina Badan Tiga Bulan!

on Sunday 25 August 2013


Hiasan
Tidak ada jalan mudah untuk membina otot dan memiliki tubuh badan seksi untuk ditonjolkan dalam masa yang singkat. Josh Blacker yang memegang watak Crowe menerusi filem Elysium yang bakal ditayangkan 22 Ogos ini ada jawapan yang mungkin boleh dijadikan sumber inspirasi buat anda.

PERMULAAN
Dua tahun lepas, pelakon ini menerima satu panggilan dari ejen produksi untuk menawarkannya satu watak tentera upahan Afrika Selatan di Neill Blomkamp bagi filem Elysium ini. Pada mulanya, tawaran yang diberi diterima dengan hati yang terbuka kerana Josh yakin akan kriteria tubuh badan yang dimilikinya. Namun, semuanya silap apabila watak yang diperlukan sebagai tentera upahan adalah lebih daripada itu. Kebanyakan tentera upahan Afrika Selatan mempunyai tubuh badan yang besar dan sasa. Ini membuatkan Josh perlu melakukan sesuatu untuk tubuh badannya meskipun ketika itu dia berketinggian 5' 10", 165 paun berat dan kira-kira 13% lemak. Memandangkan abangnya seorang pelatih peribadi, Josh meminta bantuan abangnya dengan mengatakan dia mempunyai tiga bulan untuk menambah 20 paun otot!

Menurut Josh, abdomen yang 'cantik' bermula dari dapur. Diet merupakan rejimen senaman yang sangat penting. Meskipun ramai pelatih memberitahu pengambilan protin yang banyak seperti ayam dan ikan salmon boleh membantu, namun Josh pula seorang pemakan sayuran (vegetarian) selama 20 tahun. Josh tidak menjadikan pemakanan sebagai isu untuk membentuk otot lebih-lebih lagi kini dia hanya mempunyai tempoh tiga bulan untuk mempunyai tubuh badan yang sasa dan besar.

WORKOUT
Senaman selama 45 minit dan 60 minit adalah paling maksimum penting untuk membina otot dan mengawal tahap hormon di samping mengekalkan tahap kortisol pada tahap yang optima. Senaman seperti bench, squat, deadlits, overhead presses dan chin up mampu memberi impak besar terhadap tubuh badan yang kuat dan besar. Menurut Josh lagi, peralatan untuk bersenam juga amat penting. Antara peralatan yang digunakan adalah curls, dips, cross-body hammer curls dan body-weight tricep extensions. Setiap kali mengakhiri senaman di gim, Josh akan membawa sandbag dengan 4-5 gerakan ulang alik, berehat selama 60 saat dan mula semula sebanyak lima kali.

Untuk kekuatan, Josh berlatih mengangkat benda berat dengan fokus terhadap aktiviti berat yang sering dilakukan oleh pada atlet olimpik. Josh juga melakukan senaman rejim untuk mengekalkan kekuatan dan meningkatkan jisim otot secara keseluruhan. Josh menghabiskan masa selama tiga hari seminggu di dalam gim. Antara rutin Josh di dalam gim adalah squat, dip, pull-up (5x5), standing curls, deadlift, floor press, chin up, tricep pushdowns danbench barbell row.

PEMAKANAN
Josh yang merupakan seorang vegetarian selama 20 tahun semestinya tidak akan mengambil sebarang daging, ikan, susu, telur mahupun madu. Namun, kunci utama pembentukan otot adalah penambahan protin dan kalori. Rahsia Josh adalah menambah pengambilan minuman berprotin di dalam rutin harian. Josh juga menambah hidangan dari tiga hidangan kepada enam hidangan setiap hari.

7:00 - Segelas besar air kosong dengan perahan lemon untuk membantu menghidratkan semula dan memulihkan alkiliniti.

7:30 - Mangkuk besar mil oat bersama kacang walnut, bijirin campuran, beri biru organik, pisang dan badam. 

10:00 - Sebelum bersenam, ambil minuman mengandungi elektrolit dan Branch Chain Amino Acids (BCAAs) untuk membantu mengisi dan membina semula otot.

11:30 - Selepas bersenam, ambil minuman protin sayur, susu badam, mentega kacang, pisang, beri biru dan bayam.

1:00 - Tempe yang digril bersama brokoli kukus, digaul bersama minyak zaitun, sedikit keju dan kentang manis.

4:00 - Makanan ringan seperti campuran kacang yang terdiri daripada badam, gajus, kacang brazil dan walnut bersama humus dan lobak merah. 

6:00 - Tofu dan sayur-sayuran seperti kale, brokoli, bok choy, cili dan gajus.

8:30 - Minuman smoothie yang terdiri dari serbuk protin sayur, air kelapa, pisang dan maca.

Tidak ada yang mustahil untuk memiliki badan sasa penuh otot melainkan anda mempunyai kesungguhan seperti yang dimiliki oleh Josh Blacker ini. Amacam, sudah bersedia?

Sumber: Maskulin



Rahsia ‘6 Pack’ Bermula Dari Pinggan

on Monday 12 August 2013


hiasan
Ramai lelaki mendambakan tubuh berketul-ketul enam pek. Tetapi malangnya pengambilan makanan yang tidak teratur dan salah menyebabkan badan menjadi ‘berketul’ di satu tempat saja iaitu perut! Artikel ini mungkin membantu anda merealisasikan impian anda. Semuanya bermula dari pinggan.

PERATURAN PERLU TAHU
1. Makan seperti Raja pada sebelah pagi, makan seperti Putera pada waktu tengahari dan makan seperti pengemis pada waktu petang.
2. Ambil enam hidangan kecil untuk menjaga kestabilan tahap gula dan minum tiga hingga empat liter air setiap hari.
3. Ambil 150 gram protin setiap hari yang terdiri daripada daging merah kurang lemak, ikan, ayam, telur, susu atau tauhu. Badan anda menggunakan 20 hingga 30 peratus untuk menghadam protin untuk keperluan karbohidrat.
4. Jangan menahan lapar lebih dari tiga jam kerana badan akan menekan kapasiti untuk membakar kalori.
5. Elak mengambil makanan ringan setelah jam 11 malam.

PEMAKANAN YANG PERLU DIAMBIL
Ambil lima hidangan yang terdiri dari buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Pilih makanan tinggi karbohidrat sebagai sarapan setiap pagi seperti bubur, telur separuh masak atau terlu masak hancur (scrambled egg) bersama roti gandum bakar. Jika anda mahu makanan ringan sekalipun, kekacang, buahan kering dan bijian adalah pilihan tepat. Ambil lemak sihat setiap minggu seperti minyak ikan, kacang campuran dan bijian. Antara sayuran hijau yang terbaik di dalam menu anda pula adalah brokoli, kale, bayam, kacang hijau dan kubis.

Untuk memberi kesan pembentukan otot dengan lebih cepat, ambil minuman berprotin sejam sebelum dan selepas melakukan latihan. Pilih daging kurang lemak, beras perang, roti gandum, oat, kacang dan roti rai. Selain makanan, jangan lupa mengambil cecair saat membina abdomen six pack kerana ia boleh mendatangkan perbezaan yang ketara juga. Teh hijau mempunyai banyak kesan terhadap kesihatan. Mengambil dua atau tiga cawan sehari akan meningkatkan bendalir dan mengelakkan perut anda buncit. Buah-buahan sitrus seperti oren, limau gedang, lemon dan limau nipis membantu menyingkirkan lemak secara perlahan.

PEMAKANAN YANG PERLU DIELAK
Elak terlalu banyak menggunakan sos berperisa di dalam hidangan anda. Kebanyakan sos yang berperisa mengandungi banyak bahan perasa tambahan yang tinggi garam dan perasa tiruan. Untuk menggantikan sos ini, guna minyak zaitun, minyak bijan, jus lemon, cuka atau sos soya kurang masin untuk memberi kelazatan hidangan anda. Jika anda memang penggemar minuman bergas, tidak ada salahnya. Pembentukan otot tidaklah sekejam yang anda sangkakan. Apa yang perlu dielak adalah elak mengambil minuman tinggi gula dan bergas ini pada lewat malam.

Makanan ringan seperti keropok, coklat, jem dan pemanis mulut perlu dielakkan kerana ia kategori makanan yang boleh mendatangkan ketagihan buat anda. Elak juga makanan bergoreng, pasta putih, nasi putih dan roti putih. Kebanyakan tepung yang digunakan adalah tepung yang sudah dilunturkan sehingga berwarna putih. Jauhi minuman segera yang manis seperti minuman 3 in 1 dan elak juga mengambil karbohidrat pada sebelah petang.

RUTIN PERLU IKUT
Untuk memudahkan anda, kami ada menyediakan jadual mudah buat anda mengatur dan melatih diri dalam membina abdomen six pack ini.

7 am: Bubur oatmil bersama pisang, kismis dan teh hijau.
10 am: Dua telur separuh masak yang dilapisi daging salai di atas roti gandum.
12 pm: Minuman protin (sebelum latihan).
2 pm: Minuman protin (selepas latihan), diikuti daging dada ayam bersama bayam, tomato ceri dan kentang manis.
5 pm: Bar protin dan pisang.
8 pm: Stik tuna gril bersama brokoli, lobak merah, kale dan perasa seperti kicap kurang masin. Untuk pencuci mulut pula, ambil betik bersama halia dan jus limau.

Tip-tip ini tidaklah menggunakan perbelanjaan yang besar dan buktikan pada rakan bahawa anda bukan berangan kosong. Bolehlah anda cuba baju body fit selepas ini. Perlu berdisplin dan selamat membina otot!

Sumber: Maskulin


Iklan Raya 2013 - Jangan Poyo

on Sunday 28 July 2013






Tazkirah Ramadhan

on Monday 15 July 2013





Pada satu hari, Imam Malik Bin Anas menangis ketika hendak berbuka. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata, 


Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah S.A.W. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku sedikit.”

Muhasabah.



Senyum.


 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved