Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa tahap metabolisma, otot dan mood dikawal oleh testosteron. Malangnya, kebanyakan lelaki kehilangan kira-kira 1.5 peratus testosteron setiap tahun sebaik saja memasuki usia 30 tahun. Berikut tip tingkatkan testosteron secara semulajadi.

1. Angkat berat
Bersenam mendatangkan banyak kebaikan terutama lelaki yang mempunyai tahap testosteron yang rendah. Kajian 1993 mendapati bersenam seperti melakukan angkat berat membantu meningkatkan tahap testosteron di dalam darah diikuti senaman biasa. Ia bukan saja meningkatkan testosteron tetapi membentuk otot badan.

2. Vitamin D
Menurut kajian dari jurnal Hormone and Metabolic, vitamin D memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tahap testosteron. Vitamin D boleh diperolehi menerusi pemakanan mahupun terdedah kepada cahaya matahari. Namun, elak terlalu terdedah kepada cahaya matahari kerana ia risiko kepada kanser juga.

3. Zink
Pengambilan zink berkaitan dengan hypogonadism iaitu keadaan di mana kelenjar menghasilkan sedikit atau tidak ada hormon. Zink memainkan peranan penting untuk menghasilkan tahap testosteron.

4. Bawang putih
Menurut jurnal pemakanan, makanan tambahan seperti bawang putih boleh mengubah horman berkaitan protin anabolisme dengan meningkatkan testosteron buah zakar.

5. Kafein
Menurut kajian di International Journal of Sport, Nutrition and Exercise Metabolism, sesiapa yang mengambil kafein sebelum melakukan senaman dikatakan mampu meningkatkan testosteron sebanyak 21 peratus.

6. Diet
Kekacang, tiram, mil oat dan makanan organik mempunyai khasiat yang membantu meningkatkan tahap testosteron. Tiram tinggi dengan zink, kekacang dan mil oat pula tinggi asid amino yang membantu mengurangkan kesakitan di dalam saluran darah.

Masalah tekanan dan obesiti juga menjadi punca tahap testosteron menurun tanpa disedari. Jangan tunggu sehingga usia meningkat, kualiti pun menurun. Biarlah usia meningkat seiring dengan kemampuan anda beradu 'tenaga'!

Sumber: Maskulin