Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Kata-Kata Mutiara, Hikmah Dan Motivasi 2

on Tuesday 8 October 2013


 

Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. - Larry Bielat.


Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. - Dr. Shukri Abdullah.

Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. - Ron Jenson.

Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. - Lewis Timberlane.

Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. - George Bernard Shaw.

Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. - Dr. Shukri Abdullah.

Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. - Dr. Shukri Abdullah.

Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. - Henry Truman.

Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. - Bidalan Cina.

Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. - Dr. Shukri Abdullah.

Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). - J.P Ghetty.

Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat. - H.W Longfellow.

Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. - Dr. Shukri Abdullah.

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. - Saidina Umar Al-Khattab.

Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. - Arthur Schopenauer.

Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. - Ibnu Yusuf.

Meminta maaf jangan membuat diri kita menjadi hina. Memberi maaf jangan membuat kita merasa bangga. Tapi saling memaafkan itulah yang mulia. - Silvana.

Cara terbaik untuk menghancurkan seorang musuh adalah dengan menjadikannya seorang teman. - Abraham Lincoln.
Hati seorang bodoh ada dalam mulutnya tetapi mulut seorang bijak ada dalam hatinya. - Benjamin Franklin.

Kita berdoa jika kesusahan dan memerlukan sesuatu, mestinya kita juga berdoa dalam kegembiraan besar dan rezeki melimpah. - Khalil Gibran.

Kita tidak menerima kebijaksanaan, kita harus mencarinya untuk diri kita sendiri setelah melewati suatu perjalanan yang tidak seorang pun boleh mengambilnya atau memisahkannya dari kita. - Marcel Proust.

Aku mampu berhujah dengan sepuluh orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu. - Imam Syafie.

Apakah perbezaan di antara seorang negarawan dan ahli politik? Negarawan melakukan apa yang dia percaya adalah yang terbaik untuk negara manakala seorang ahli politik melakukan apa yang terbaik untuk diundi semula. - Mikhail Gorbachev.

Ahli politik hanya memikirkan tentang pilihan raya yang akan datang, manakala negarawan memikirkan tentang generasi akan datang. - James Freeman Clarke.

Lebih baik terawal tiga jam daripada terlewat satu minit. - William Shakespeare.

Kita akan mengenali seseorang itu daripada teman-temannya. - Thomas Aldrich.

Sesuatu umat itu perlu mantap pegangan agamanya. Tidak sempurna agama melainkan seiring dengan dunia. Agama itu tiang utama, sementara kekuasaan itu adalah penjagaannya. Sesuatu yang tidak bertiang, pasti akan runtuh dan sesuatu yang tiada penjaga, pasti akan musnah dan hilang. - Imam al-Ghazali.

Aku telah berperang lebih daripada 100 kali dan tiada di badanku ini walaupun seinci kecuali padanya penuh dengan pukulan pedang, tusukan panah dan tikaman tombak. Dan inilah aku, yang akhirnya mati di atas katilku sendiri. - Khalid al-Walid.

Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat. - Ibnu Qudamah.

Kita hendaklah menggesek biola dengan kuat akan lagu gesekan kita, jangan sampai orang lain menggesek dan kita hanya menari sahaja menurut lagu gesekannya. - Dato' Onn Jaafar.

Sesekali, anda boleh memperbodohkan semua orang atau sesetengah orang sepanjang masa, tetapi anda tidak boleh memperbodohkan semua orang setiap masa. - Abraham Lincoln.

Jangan tertawakan orang yang jatuh tetapi bersyukurlah kerana engkau sendiri tidak jatuh. - Hamka.

Harga sebuah pengalaman tidak dapat dilihat secara jelas, tetapi bagi yang merasakan akan tahu nilainya. - William Osler.

Sebutlah Allah kerana itu ubat dan jangan menyebut manusia kerana itu penyakit. - Saidina Umar al-Khattab.

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya. - Imam al-Ghazali.

Perkara terbaik yang dapat kamu lakukan ialah melakukan perkara yang betul, yang kurang baik kamu lakukan ialah melakukan perkara yang salah dan yang paling buruk ialah apabila kamu tidak melakukan apa-apa langsung. - Theodore Roosevelt.

Orang yang berjaya akan mengambil manfaat dari kesalahan-kesalahan yang dilakukannya, dan akan mencuba untuk melakukannya kembali dengan cara yang berbeza. - Dale Carnegie.

Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain. - Jully Cheung.

Orang bodoh mencari kebahagiaan jauh-jauh, orang yang bijaksana menumbuhkan kebahagiaan di bawah kakinya. - James Oppenheim.

Kemalasan adalah kunci bagi pintu kemiskinan. - Pepatah Jerman.

Tidak perlu mencuba untuk menjadi lebih baik dari saingan dan mereka yang lebih tua dari anda, cuba untuk jadi lebih baik dari diri anda sendiri. - William Faulkner.

Gelaran tidak ada makna apa-apa, yang penting adalah sumbangan. - A. Samad Said.

Empat perkara yang wajib bagi mencapai kejayaan; kerja keras, doa, pemikiran dan keyakinan. - Norman Vincent Peale.

Jangan menumpukan perhatian pada halangan yang menunggu, lakukan sahaja, jangan biarkan mereka yang berfikiran negatif menjatuhkan semangat anda. - John Wood.

Kita tidak akan pernah bisa belajar menjadi berani dan sabar jika di dunia ini hanya ada kebahagiaan. - Helen Keller.






Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

ch000tz said...

tepuk dada tanya diri...apa yang diri mahukan :D


3 November 2013 at 18:07
 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved