Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Ungkapan Emas

on Monday 26 September 2016














Ke Mana Pergi Subsidi Kami

on Wednesday 26 August 2015

MISCHIEF Bank Tabung Kucing Curi Duit

on Saturday 14 February 2015








 

Bagaimana ia berfungsi? lihat gambar dibawah :


Spesifikasi :

- Menggunakan 2 buah bateri bersaiz AA untuk beroperasi.
- Bersaiz 115(P) x 120(L?) x 100(T?) mm.
- Menghasilkan  suara kucing yang kiut setiap kali beroperasi.
- Model kucing didalamnya diperbuat dari plastik abs berkualiti.
- Saiz maksimum duit syiling yang boleh diletakkan, bersaiz 25 mm.
- Berat, 405g.
- Buatan jepun.


Berminat nak beli? Harganya RM50 
SMS Atau WHATSAPP KE 019-4731146

Bank in  Ke Maybank - 157081004093




Kata-Kata Hikmah Ahli Tasawuf

on Saturday 13 December 2014



I ) ILMU DAN HIKMAH

1. Ilmu yang tidak bermanfaat umpama ubat yang tidak menyembuhkan.  
Saidina Ali Karamallahu Wajhah 

2. Duduklah bersama dengan orang yang berakhlak mulia nescaya akan bertambah mulialah akhlakmu dan duduklah bersama para ulama, nescaya ilmumu akan bertambah – Saidina Ali Karamallahu Wajhah.

3. Sesiapa yang memiliki ilmu lalu memanfaatkannya dan memberi manfaat pada orang lain samalah seperti mentari yang menerangi dirinya dan orang lain, sedangkan ia (mentari) itu terus bersinar. – Imam Ghazali .

4. Diam itu merupakan hikmah, namun tidak ramai yang mempraktikkannya. – Luqman al-Hakim.

II ) MASA

1. Kehidupanmu adalah nafas-nafas (detik-detik) yang tertentu, apabila berlalu satu detik daripadanya nescaya telah berkuranglah satu juzuk (daripada umurmu). – Saidina Ali Karamullahu Wajhah.

2. Janganlah engkau menangguhkan untuk melakukan sesuatu kebaikan hingga keesokkan hari, kerana mungkin keesokkan hari yang mendatang kamu telah mati. – Saidina Ali Karramullahu Wajhah.

3. Hari ini (di dunia) adalah masa untuk beramal dan tidak ada hisab padanya, manakalah hari esok pula (di akhirat) adalah waktu perhitungan dan tidak ada peluang untuk beramal. – Saidina Ali Karramullahu Wajhah.

4. Sebaik-baik perkara kebajikan adalah disegerakan. – Saidina Abbas.

 5. Sesungguhnya kamu wahai manusia ibarat bilangan, apabila berlalu bagimu satu hari bererti telah berlalu sebahagian daripada kamu.  Imam Hasan al-Basri.


III) IBADAT DAN AMALAN

1. Apabila ketaatan itu berkurangan, nescaya kejahatan itu akan bertambah.
– Saidina Ali Karramallahu Wajhah.

2. Memandang remeh sesuatu maksiat (dosa) adalah lebih bahaya daripada melakukannya (maksiat tersebut). – Saidina Ali Karramallahu Wajhah.

3. Kamu inginkan kejayaan, namun kamu tidak menurut jalan-jalannya. Sesungguhnya kapal itu tidak belajar di atas daratan.  Imam Syafie.
4. Sifat tawaddu’ akan mewariskan sifat kasih sayang, dan sikap merasa cukup senang pula akan mewariskan kerehatan. – Imam Syafie. 

5. Berfikir pada nikmat Allah S.W.T merupakan sebesar-besar ibadah, sekiranya manusia berfikir pada keagungan Allah S.W.T nescaya ia tidak akan melakukan maksiat. – Umar Abd Aziz.

 IV) TASAUF DAN AKHLAK

1. Sesiapa yang menghiasi dirinya dengan sikap insaf, nescaya ia akan sampai kepada martabat orang yang mulia. – Saidina Ali Karramullahu Wajhah.

 2. Bagaimana bayang lurus sedangkan pokoknya bengkok. – Imam al-Ghazali.

3. Pada ketenangan ada keselamatan, dan pada kegopohan ada penyesalan. – Seorang bijaksana.

4. Akhlak yang buruk itu merosakkan amalan seperti cuka yang merosakkan madu. –
Seorang bijaksana.
5. Syukur itu pengikut perkara yang ada dan pemburu perkara yang tiada. – Seorang bijaksana.


V) AKHIRAT DAN KEMATIAN

1. Taqwa adalah takut kepada Allah S.W.T, beramal dengan al-Quran, merasa cukup sedikit, bersedia untuk ke akhirat. – Saidina Ali Karramullahu Wajhah.

 2. Dunia perkara yang halalnya akan dihisab, perkara haramnya akan di azab, orang yang mengejarnya umpama anjing. – Saidina Umar.

  3. Tiada kerehatan bagi orang yang beriman melainkan bertemu dengan Allah S.W.T. – Saidina Ibnu Abbas.

4. Wahai anakku! Juallah duniamu untuk mendapatkan akhirat nescaya kamu akan mendapat keuntungan kedua-duanya sekali. – Luqman al-Hakim

5. Kami lihat orang yang dikurniakan habuan dunia dengan amalan akhirat dan kami tidak pernah melihat orang yang dikurniakan ganjaran akhirat dengan amalan dunia.– Imam Hasan al-Basri.

VI) PERINGATAN DAN NASIHAT


1. Sesiapa yang meletakkan dirinya (berada) di tempat-tempat tohmahan maka janganlah ia mencela orang yang buruk sangka terhadapnya. – Saidina Ali Karramullahu Wajhah

 2. Terlaknat orang yang memuliakan kekayaan dan menghina kefakiran. – Saidina Ibnu Abbas r.a.

3. Aku menjadi hina ketika meminta dan menjadi mulia ketika dipinta (memberi). – Saidina Ibnu Abbas r.a. 

4. Apabila kamu merasakan kamu mampu menzalimi manusia, maka ingatlah kekuasaan Allah S.W.T terhadapmu. – Umar Abd Aziz.

5. Kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan, dan orang yang memulakannya itulah yang lebih baik. Kejahatan itu akan dibalas dengan kejahatan dan orang yang memulakan itu adalah lebih zalim Seorang bijaksana.






Sumber: memburumarifahilah




Kisah Teladan : Bantuan Ikhlas

on Friday 24 October 2014





Hari sudah malam dan hujan mulai turun rintik-rintik. Seorang lelaki sedang memandu pulang ke rumah apabila dia terlihat seorang wanita berdiri di sisi sebuah kereta mewah di tepi jalan.  

Oleh kerana wanita itu kelihatan dalam kesulitan, lelaki tersebut memberhentikan keretanya di belakang kereta mewah wanita tersebut.  

Dia turun dan meniliti keadaan kereta si wanita. 

“Oh, tayar kereta puan pancit. Biar saya bantu tukarkan tayarnya,” kata lelaki tersebut. 

Tanpa berlengah, dia terus bertindak menggantikan tayar yang pancit itu.  

Terima kasih,” jawab wanita itu sambil berdiri berpayung dan memerhati.  

Okey, sudah siap.” 

Tayar sudah siap ditukar. Pakaian lelaki itu basah dek hujan renyai-renyai dan sedikit kotor kerana dia meniarap dan berlutut di atas jalan.  

Berapa harga upahnya encik? Katakan sahaja, saya akan membayarnya.” Budi harus dibalas.  

Tak perlu puan. Saya tak perlukan apa-apa. Cukuplah puan doakan keberkatan hidup saya sekeluarga. Oh ya, nama saya Saiful Izhar,” jelas lelaki tersebut sebelum beredar.  

Sebelum pulang, wanita itu berhasrat untuk mencari sesuatu untuk dimakan. Perutnya sudah berkeroncong. Entah kenapa, kali ini dia singgah di sebuah warung kecil. Biasanya dia hanya makan di restoran mewah.   

Setelah duduk, seorang wanita muda menghampirinya untuk mengambil pesanan makanan. Wanita muda itu dilihatnya berbadan dua, sarat mengandung. Wajahnya sangat manis, tidak lekang senyuman di bibirnya.  

Setelah selesai makan, wanita itu meminta dikirakan bayaran yang perlu dibayar.  

RM8 sahaja puan,” beritahu wanita muda tersebut.  

Wang kertas RM100 dihulurkan. Wanita muda itu beredar untuk mendapatkan bakinya. Namun sebaik kembali ke meja tersebut, wanita itu sudah tiada.   

Dia mendapati sehelai nota ditinggalkan di atas meja: 

‘Kamu tidak berhutang apa-apa dengan saya. Saya berada dalam kesusahan dan ada orang membantu saya. Saling membantu yang diasaskan dengan rasa ukhuwah yang tinggi ini jangan biarkan ia berakhir. Saya berniat untuk membantu orang lain pula. Di bawah kertas tisu ini ada empat keping lagi RM100. Ia milik kamu.’  

Malam itu, wanita yang sarat mengandung itu pulang dengan hati yang berbunga-bunga. Sebaik tiba di rumah, di dapati suaminya sudah lena. Penat bekerja dari pagi hingga ke malam mencari rezeki untuk mereka sekeluarga demi anak yang bakal lahir.  

Abang, rezeki Allah ada di mana-mana. Allah membantu kita,” bisik wanita itu di telinga suaminya yang sudah lena. 

Duit itu bakal digunakan untuk menanggung kos kelahiran anak mereka.  

Saya cintakan abang, Saiful Izhar,” bisik wanita itu sebelum dia juga terlelap.  


Pengajaran : Bantuan ikhlas yang diberikan kepada orang lain, Allah akan balas ganjarannya dengan kebaikan yang berlipat ganda lagi.



50 Ungkapan Emas

on Monday 12 May 2014


Bagi yang tercari mutiara kata sebagai pembakar semangat dan motivasi hidup anda bolehlah menghayati senarai 50 mutiara kata dibawah.

1✐ Lakukan apa yang hatimu rasakan betul, kerana kamu tetap akan dikritik. Kamu akan dikutuk jika melakukannya, dan turut dikritik jika tidak melakukannya. - Eleanor Roosevelt

2✐ Orang yang bercita-cita tinggi adalah orang yang menganggap teguran keras baginya lebih lembut daripada sanjungan merdu seorang penjilat yang berlebih-lebihan. - Thales.

3✐ Percaya diri adalah rahsia pertama sebuah kejayaan. - Ralph Waldo Emerson.

4✐ Lakukan langkah pertama dengan yakin. Kamu tidak perlu melihat keseluruhan tangga. Cuma mulakan dengan langkah pertama. - Martin Luther King Jr.

5✐ Dahulukan perkara-perkara yang utama hari ini dan abaikan perkara-perkara yang tidak berfaedah. - John C. Maxwell.

6✐ Sekiranya kita menginginkan kebahagian selama satu jam, tidurlah sebentar.
       Sekiranya kita menginginkan kebahagian selama sehari, pergilah memancing.
       Sekiranya kamu menginginkan kebahagian selama sebulan, berkahwinlah.
       Sekiranya kamu menginginkan kebahagian selama setahun, warisilah kekayaan.
       Dan sekiranya inginkan kebahagian seumur hidup, maka bantulah orang lain. - Pepatah Cina.

7✐ Siapa yang kehilangan kekayaan, kehilangan banyak perkara, siapa yang kehilangan seorang sahabat, kehilangan lebih banyak hal dan siapa yang kehilangan keberanian, kehilangan segala-galanya. - Miguel de Cervantes.

8✐ Kehidupan yang diisi dengan melakukan kesilapan bukan sahaja lebih  bermaruah namun lebih berguna berbanding hidup yang disia-siakan tanpa berbuat apa-apa. - George Bernard Shaw.

9✐ Jika anda tidak dapat melakukan perkara hebat, lakukan perkara kecil dengan cara yang hebat. - Napoleon Hill.

10✐ Tidak pernah ada kata terlambat - dalam kehidupan nyata ataupun khayalan bagi memperbaiki sesuatu perkara. - Nancy Thayer.

11✐ Harapan itu umpama sebatang jalan yang kecil. Di situ belum pernah ada jalan, tetapi apabila ramai orang menggunakannya, jalan itu wujud dengan sendirinya. - Lin Yutang.

12✐ Kemajuan mustahil dicapai tanpa perubahan dan mereka yang enggan mengubah fikiran mereka tidak boleh mengubah sesuatu apa pun. - George Bernard Shaw.

13✐ Bagi pemimpin yang tulen, perubahan itu adalah suatu peluang dan juga ancaman. Apabila dia tidak mengambil peluang itu, maka pesaingnya yang mengambilnya dan dengan itu ia menjadi ancaman. - Robby Djohan.

14✐ Sewaktu kita bodoh, kita ingin menguasai dunia. Sewaktu kita pintar, kita ingin menguasai diri kita sendiri. - Anonim.

15✐ Pada awalnya, kita membentuk kebiasaan. Lama-kelamaan, kebiasaan itu membentuk kita. - John C. Maxwell.

16✐ Adalah sukar untuk gagal, tetapi adalah lebih teruk jika tidak berusaha untuk berjaya. - Theodore Roosevelt.

17✐  Diam itu satu kebijaksanaan tapi sedikit sekali yang melaksanakannya. - Lukman Hakim.





18✐ Anda boleh lakukan apa sahaja, tetapi bukan segalanya. - David Allen.

19✐ Saya boleh bunuh semua Yahudi ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa Yahudi dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka. - Adolf Hitler.

20✐ Berfikir adalah pekerjaan yang paling berat, kerana itulah sedikit sekali orang yang mahu menggunakan otaknya. - Henry Ford.

21✐ Sejarah adalah peristiwa silam yang dipersetujui dan diperakui ramai pihak. - Napoleon Bonaparte.

22✐ Soalan terhebat tidak pernah dijawab dan saya masih belum mampu menjawab soalan walaupun telah menjalankan kajian selama tiga puluh tahun terhadap jiwa feminin, iaitu ‘Apa yang wanita mahukan?’ - Sigmund Frend.

23✐ Ilmu pengetahuan bukanlah bersandar hanya pada kebenaran sahaja, tetapi juga pada kesilapan. - Carl Jung.

24✐ Cara yang terbaik untuk mempelajari bagaimana hendak menjadi seorang pemenang adalah dengan belajar daripada orang yang menang dan orang yang tewas, terutama sekali orang yang tewas. - Tun Daim Zainuddin.

25✐ Guru membuka pintu, tapi anda harus masuk sendiri. - Pepatah Cina.

26✐ Sebanyak mana pun kesalahan yang anda buat, seberapa lambat pun perkembangan anda, anda masih berada di hadapan mereka yang tak berani mencuba. - Tony Robbins.

27✐ Waktu yang terbaik untuk menanam pohon adalah dua puluh tahun yang lalu. Dan waktu terbaik kedua adalah hari ini. - Pepatah Cina.

28✐ Besar pencapaian seseorang diukur dari halang rintang yang berhasil dilewatinya untuk mencapai suatu tujuan. - Booker T. Washington.

29✐ Pilihlah kerugian daripada keuntungan yang tidak jujur. Yang satu membawa derita  untuk seketika, yang satu lagi untuk sepanjang masa. - Chilton.

30✐ Sebab dan akibat, niat dan matlamat, benih dan buah, tidak mungkin dipisahkan. Ini kerana akibat telah berbunga di dalam sebab, matlamat telah wujud di dalam niat, dan buah telah tumbuh di dalam benih. - Emerson.

31✐ Apabila anda jatuh dan bangkit kembali ia menghasilkan sesuatu pada diri anda. Jatuh banyak kali dalam hidup itu adalah menyihatkan dan menyegarkan, jika setiap kali anda bangkit kembali - bangkit itulah yang mustahaknya. - Yoritomo Tashi.

32✐ Anda mungkin perlu memperjuangkan sesuatu perjuangan itu lebih daripada sekali untuk memenanginya. - Baroness Margaret Thatcher.

33✐ Ketika saya seorang anak muda, saya telah memerhatikan bahawa sembilan daripada sepuluh perkara  yang saya lakukan menemui kegagalan. Saya tidak mahu menjadi seorang gagal lalu saya bekerja sepuluh kali ganda lebih kuat. - George Bernard Shaw.

34✐ Jangan, jangan, janganlah mengaku kalah dalam apa jua yang kamu lakukan. - Winston Churchill.

35✐ Aroma harum kejayaan tidak cukup bermakna, tanpa kegagalan. - Hishamuddin Rais.

36✐ Pendidikan adalah senjata paling ampuh yang dapat anda gunakan untuk mengubah dunia. - Nelson Mandela.

37✐ Ilmu pengetahuan adalah makanan bagi jiwa. - Plato.

38✐ Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab.

39✐ Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan.

40✐ Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire.

41✐ Kewajipan yang perlu kita sempurnakan adalah lebih banyak dari masa yang kita ada. Maka sepatutnya tidak ada satu saat yang kita biarkan ianya berlalu tanpa kita menggunakannya dengan melakukan perkara berfaedah. – Hassan al-Banna.

42✐ Bahawa manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak. – Saidinia Ali bin Abi Talib.

43✐ Saya bukan gagal 10,000 kali, sekali pun tidak. Saya telah berjaya membuktikan 10,000 cara itu tidak menjadi. – Thomas Edison.

44✐ Seharusnya manusia yang berakal tidak bersungguh-sungguh melainkan dalam tiga perkara. Berusaha untuk keperluan hidupnya, beramal untuk hari kemudian dan bersuka-suka di dalam perkara yang tidak haram. – Saidina Ali bin Abi Talib.

45✐ Tanpa buku, sejarah menjadi sunyi, sastera bisu, ilmu pengetahuan lumpuh, dan fikiran menjadi kaku. –  Barbara Tuchman.

46✐ Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat. – Imam al-Ghazali.

47✐ Bangsa yang tidak mengetahui sejarah masa lampaunya tidak akan mampu membangunkan masa depannya. – Tan Sri Lee Lam Thye.

48✐ Kekuatan sebenar seorang manusia berada dalam jiwanya, bukan pada anggota tubuhnya. – Alex Karras.

49✐ Sekiranya kita tidak sukakan sesuatu, ubah sahaja dan sekiranya tidak mampu mengubahnya, ubah cara kita berfikir mengenainya. – Mary Engelbreit.

50✐ Kesalahan kita yang paling buruk adalah terlalu sibuk mengurusi kesalahan orang lain. – Kahlil Gibran.


Niat

on Thursday 3 April 2014



Niat - Kata-kata ulama mengenai niat.

Pada pendapat saya, seluruh kebajikan terhimpun dalam niat yang bagus. Dengan niat yang bagus, engkau telah memperoleh kebajikan meskipun engkau belum atau tidak melaksanakannya. – Daud Al-Ta'i.


Sesungguhnya yang dikehendaki oleh Allah daripadamu hanyalah niat dan kehendakmu. - Al-Fudail Bin Iyad.

Aku suka dan gemar berniat dalam setiap perbuatan yang kukerjakan, bahkan ketika makan dan minum pun aku berniat. – Zaid Al-Syami.

Belajarlah berniat sebab ia lebih lebih sempurna daripada amal. – Yahya Bin Ab Kathir.

Tidak ada yang lebih sukar untuk aku fahami selain niatku sendiri kerana ia sering berubah-ubah dalam hatiku. – Sufyan Al-Thawri.

Selalunya satu amalan yang kecil boleh berubah menjadi besar lantaran niat. Sebaliknya amalan yang besar boleh menjadi kecil juga disebabkan oleh niat. – Ibn Al- Mubarak.

Bagusnya hati dengan bagusnya amal, dan bagusnya amal dengan bagusnya hati. – Matraf Bin Abdullah. 


Sumber: Isham Bin Muhammad Al- Syarif, al-Jami' al-Sahih min Ahadith al-Nisa'.



P.S: Pelbagai Koleksi Terbaru Yang Menarik di MANGO

                                                                        Road test these bloggers' driving skills with a Ford Fiesta! -->


 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved