Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Wali Band – Ya Allah

on Saturday 29 December 2012



Lirik Lagu Ya Allah – Wali Band



Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau cuba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau cuba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau cuba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau cuba
Aku percaya Kau sayang padaku

Nak lagu download sini:

Apabila Tarzan Dan Jane Di Tengah Kota

on Saturday 22 December 2012


Selain kekuatan peribadi, benteng terbaik untuk kehidupan yang selesa mutakhir ini adalah kewangan yang menarik. Setuju? Sesungguhnya, hanya bemodalkan cinta, kebahagiaan sukar dipertahankan kecuali Tarzan Dan Jane, mereka boleh hidup seadanya sebab apa guna harta bertimbun di dalam hutan yang masyarakatnya hanyalah kera, gajah dan binatang-binatang yang lain.


Namun, percintaan yang sejati adalah antara dua orang sahabat sejenis, tanpa sebarang kepentingan peribadi. Ikhlas mereka mencintai sebagaimana para sahabat mencintai Nabi S.A.W. Apakah mereka mendapat apa-apa keuntungan duniawi melaluinya?

Tidak, bahkan mereka dimusuhi serta menanggung beban disingkir kaum kerabat sendiri, harta benda pun terkorban hingga ramai yang jatuh miskin, tinggal sehelai sepinggang.

Ada lagikah tahap kecintaan seperti itu pada zaman serba hiporkit seperti hari ini? Hanya kita yang boleh menjawabnya. Kita sendiri tahu bagaimana busuknya hati kita, hanya sahaja orang tidak mengetahuinya. Andainya mereka dapat melihat bagaimana rupa hati kita yang kita sembunyikan itu, barangkali mereka muntah oleh loyanya.

Dari Abu Hurairah R.A, dari Nabi S.A.W sabdanya, “Seorang lelaki pergi mengunjungi saudaranya yang bermukim di negeri asing (jauh dari tempatnya bermukim). Maka Allah Taala mengirim seorang malaikat untuk menemaninya dalam perjalanan.

Setelah malaikat bertemu dengan orang itu, maka bertanya malaikat, “Hendak ke mana anda?” Jawab orang itu, “Aku hendak mengunjungi saudaraku di negeri anu.” Tanya malaikat, “Apakah anda hendak berkunjung ini kerana anda terhutang budi kepadanya?”

Jawab orang itu, “Tidak. Aku mencintainya semata-mata kerana Allah Taala.” Kata malaikat, “Sesungguhnya aku (malaikat) diutus Allah Taala menemani anda, sebab anda mencintai saudaramu kerana Allah semata-mata.”

Insan terpilih

Bercinta seorang lelaki dengan wanita, itu perkara biasa yang boleh terjadi di kalangan sesiapa saja, tetapi bercinta seorang sahabat dengan sahabatnya ikhlas kerana Allah barangkali sukar ditemukan lagi. Jika anda dapat melakukannya, anda dikira insan terpilih. Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik ra, pembantu Rasulullah S.A.W, dari Nabi S.A.W bersabda, “Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya seperti apa yang dicintainya untuk dirinya.” (Bukhari dan Muslim)

Bukan sedikit orang yang kerap mendampingi saya secara tiba-tiba sedangkan sebelumnya tidaklah sekerap itu. Tidak beberapa lama kemudian sampailah beberapa hajatnya. Nanti apabila hajatnya itu telah terpenuh dan dia melihat kita bukanlah lagi alatnya, kita akan dilupakan buat seketika.

Nanti apabila ada hajat-hajat tertentu yang lain, dia akan muncul kembali dengan kebaikan-kebaikan yang luar biasa. Samalah halnya dengan orang yang mula kelihatan berjemaah di surau ataupun masjid, sedangkan sebelumnya jarang sungguh. Tentu tidak lama kemudian ada sesuatu hajat hendak disampaikannya. Nanti, setelah hajatnya itu disempurnakan oleh para jemaah, dia akan kembali tidak kelihatan.

Perhubungan yang jujur tidak memerlukan sebab. Samalah percintaan yang tulus tidak memerlukan sebarang pengorbanan akan lebih membesar serta kukuhnya ikatan akan mendapati pengorbanannya itu sia-sia.

Sebagaimana seorang ibu mencintai anaknya dan anaknya itu pun demikian pula, itulah sebenarnya nilai sebuah cinta yang suci. Biar bagaimana orang melihat keburukan pada si anak, sang ibu tetap menyayangi dan mengasihinya tanpa berbelah bagi.

Nilai persaudaraan juga seharusnya demikian. Biar bagaimana orang menilai persaudaraan itu, pada mereka yang jujur, ikhlas lagi amanah dia akan tetap mencintainya hingga ke sudah.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya, “Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.”

Sumber: mingguanwanita

Punca Sukar Bersalin

on Sunday 16 December 2012




Program motivasi itu hanya sehari, jadi saya tergesa-gesa untuk menghabiskan kesemua modul, sebab saya bercadang mengetuai sendiri Senaman Terapi 3E pada penghujung nanti. Tanpa saya sedar ada beberapa orang wanita hamil yang mengikut di belakang.

“Baiklah, sekarang tiba masanya kita buat Senaman Terapi 3E bersama-sama. Semua wanita hendaklah berada di belakang dan lelaki kesemuanya di hadapan. Lakukan sedaya anda. Kepada sesiapa yang tidak berdaya hingga ke hujung harap berhenti,” pesan saya.

Kami pun mula bersenam dengan saya mengetuai, berada paling depan menghadap skrin besar. Kedengaran para peserta ketawa apabila lagu pertama senaman adalah lagu lama dinyanyikan semula oleh Wan.

kehamilan

Masuk lagu kedua kedengaran beberapa wanita tertahan-tahan untuk ketawa, entah kenapa. Lagu ketiga adalah lagu Hindustan dan ini membuat beberapa orang sama-sama menyanyi. Apabila lagu Siam kedengaran sekali lagi mereka ketawa beramai-ramai. Kesemua tujuh lagu dalam Senaman Terapi 3E memang pelbagai, penghujung sekali adalah lagu “Demi Matahari” seni katanya terjemahan dari Al-Quran. Ia berjaya membawakan kesan syahdu yang tersendiri.

“Eh, puan hamil rupanya,” kata saya apabila selesai, sebaik sahaja terpandang seorang wanita yang membusung perutnya mendatangi saya. Dia datang sambil memegang perutnya itu bersama senaskhah buku untuk diautograf. “Puan ikutkah senaman tadi?” tanya saya ragu-ragu.

“Ya, saya ikut, mana-mana yang bolehlah,” katanya. “Itu pun membuatkan budak ni menendang-nendang.”

Alamak, kata hati saya. “Tapi tak apa, Insya-Allah, senaman terapi ini juga boleh memudahkan puan bersalin kelak. Ia tak berat sangat, kan?” tanya saya.

“Ya, enjoy lagi,” ujarnya.

“Harap lakukan selalu. Sekurang-kurangnya tujuh kali nanti puan akan rasai kesan indahnya, tak akan ketawa-ketawa lagi,” ujar saya.

Malas Dan Tidur

Sekembali daripada program berkenaan, apabila saya semak gambar-gambar yang diambil, rupa-rupanya ada seorang lagi wanita yang hamil tetapi jelas dia juga mengikuti semua gerak laku senaman.

Sebenarnya salah satu punca sukar bersalin adalah disebabkan tubuh badan yang gagal diberikan gerak-gerak yang sesuai sepanjang hamil. Terbukti gadis-gadis yang hamil secara salah apabila terus menjalani kehidupan biasa sehingga tiada siapa menyangka dia hamil, bersalin dengan mudahnya.

Banyak kes gadis-gadis ini bersendirian di dalam bilik air sewaktu bersalin, tahu-tahu kita jumpa janin yang sudah tidak bernyawa tersumbat di mangkuk tandas. Itu salah satu bukti terus aktif tatkala hamil bakal memudahkan proses bersalin, sebaliknya jika malas dan kerap melayan tidur akan membuatkan badan menjadi berat dan mengalami komplikasi sewaktu hendak bersalin.

Senaman adalah kesediaan fizikal dan mental bakal ibu semasa hamil dan juga ketika proses bersalin kelak. Lemah seseorang ibu itu bererti fizikalnya tidak kuat dan ini mempengaruhi bagaimana cara dia melahirkan bayinya.

Terbaik adalah teknik pernafasan. Senaman pernafasan sangat bermanfaat bagi mendapatkan oksigen secukupnya. Ingat, oksigen bukan untuk si ibu sahaja, juga janin yang di kandung.

Senaman juga sebenarnya membuat tubuh lebih relaks untuk membantu mengatasi tekanan dan rasa sakit. Apabila semua bahagian tubuh digerakkan dengan lembut mengikut irama perlahan dengan seni kata ketuhanan ia memberi kesedaran mental, fizikal juga spiritual untuk lebih pasrah.

Sesungguhnya proses bersalin itu sangat kritikal tetapi oleh persediaan yang hebat pada tahap minda, badan dan juga roh, ia sangat membantu pada kelancarannya, Insya-Allah.

Sumber : mingguanwanita

Memang Susah Kalau Dah Syok Sangat

on Thursday 13 December 2012


Seksa diminati adalah lebih seksa daripada seksa meminati. Bagaimana ini mungkin? Bayangkan anda tidak sukakan seseorang, tetapi dia amat sukakan anda. Hari-hari dia akan menghantar SMS buat anda, selagi tidak dibalas dia akan terus menghantar dan menghantar. Pada anggapannya kita sengaja tidak mahu membalas sebenarnya kita amat sibuk dan tiada kesempatan sama sekali.

Sesetengah orang yang terlalu meminati akan minta bercakap. Dia mahu mendengar suara dan dia mahu suaranya didengari. Apabila dia mula menelefon, dia akan kerap menelefon tidak kira pagi, petang, malam bahkan subuh. Apabila perasaan rindunya membuak-buak, dia akan menelefon, tanpa berfikir pun apakah ketika itu sesuai.

Apabila SMS yang dihantar dilayan, panggilannya berjawab, dia akan minta untuk berjumpa. Selagi tidak dipenuhi dia akan terus meminta. Pintanya hanya sekali dan andainya sekali itu dipenuhi dia akan jadikan alasan untuk sekali lagi dan lagi dan lagi.

Orang begini mengatakan mereka tidak tertanggung lagi menanggung rindu. Mereka amat-amat meminati, lantas amat-amat merindui. Mereka mahu SMS selalu, mahu telefon selalu dan mahu berjumpa selalu. Kalau boleh seminit pun tidak boleh berhenti. Setiap detik adalah mesej, suara dan juga bertentang mata.

Aduh, lemasnya terlalu diminati seperti ini. Hendak meninggalkan telefon sedetik pun curiga, kalau-kalau suami membuka dan membaca. Pada orang yang terlalu syok kata-kata seperti rindu, sayang dan cinta kadang-kadang biasa sahaja tetapi sesetengah suami tidak dapat menerima. Dia pasti cemburu, pasti marah dan pasti menghentak, “Siapa ni?”

Susahnya hendak menjawab, “Orang ini sekadar minat.”

“Minat apanya sampai bersayang-sayang pulak? Ini syok namanya.”

“Er, tak pernah layan pun.”

“Macam mana boleh tahu nombor telefon kalau tak layan?”

“Entah, kawan-kawan bagi kot?”

“Ini tak lain, mesti kayu tiga. Abang benarkan awak pergi kerja, ini kerja awak ya?”

“Bukan. Jangan salah sangka. Tak pernah layan pun. Sumpah.”

“Dah berapa lama ni, hah?”

“Baru je. Tak kenal pun.” 

“Baru-baru, dah boleh mesej sayang, rindu? Perempuan jalang.”

Aduh, susahnya hendak dijelaskan. Bagaimana hendak buatkan suami faham? Mengapa dia tidak percaya?

Diselubungi Perasaan Takut

Sesungguhnya begitulah situasi diminati. Andai dikatakan meminati itu sudah cukup seksa, diminati bertambah-tambah lagi seksanya. Dalam keadaan tidak boleh, sebab sudah berpunya, apabila lebih-lebih diminati senario berikutnya pasti sakit, susah dan perit. Ia teramat sakit jika pasangan adalah seorang yang amat cemburu, tidak rasional dan pemarah.

Apa terjadi selepas itu? Biasanya suami akan menelefon si penghantar mesej, dia memberi warning, dia mengherdik, dia marah-marah dan dia memberi kata dua. Andainya si peminat sememangnya seorang yang terlalu syok implikasi itu tidak bermakna apa-apa padanya. Dia akan tetap menghantar SMS, menelefon dan cuba berjumpa. Padanya, andainya perceraian berlaku, itu peluang telah terbuka untuknya memiliki pula.

Selepas itu hidup akan menjadi tidak seceria selalu. Perasaan takut akan menyelubungi, pasangan tidak percaya lagi. Kadang-kadang di hadapan ibu bapa dan mentua pertengkaran terjadi, itu tidak termasuk hari-hari makan perli.

Aduh, alangkah sakitnya diminati. Ia lebih sakit daripada meminati. Meminati ada tempohnya dan ada ketika turun naiknya tetapi diminati kita tidak pernah tahu bilalah orang yang meminati itu mengatur strategi. Mohon dijauhkan Allah daripada diminati andainya sudah berpunya, mohon Allah pindahkan perasaan itu kepada yang masih boleh dan patut diminati. Amin.

Sumber: mingguanwanita

Far East – Menanti Di Barzakh

on Saturday 8 December 2012




Lirik lagu Menanti Di Barzakh –  Far East


Ku merintih aku menangis
Ku meratap aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku melengkapi semua kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
Tujuh langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu

Tenang dan damai di pusara ku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakan ku dengari tangis mereka yang kutinggalkan
Kehidupan di sini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali roh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Terbujur dan kaku
Jasad di dalam keranda kayu

Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberitahu
Tiada siapa pun dapat hindari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari nafas terhenti

Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali
Tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih aku menangis
Ku meratap aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Nak lagu download sini:





 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved