Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Mutiara Kata Tokoh Terkenal

on Thursday 23 May 2013





Hanya ada dua cara bagi memetik keuntungan daripada hidup, iaitu pertama, memetik daripada pengalaman sendiri dan kedua, memetik daripada pengalaman orang lain.  Herold Sherman.


Kebahagian laksana sebuah bola, kita kejar pada saat bergolek dan kita tendang pada saat berhenti. – Goethe.

Setiap orang sangat mengingini hidup lama, tetapi tidak seorang pun yang berkehendak menjadi tua. – Johnathan Switt.

Wang merupakan hamba yang sangat baik, tetapi tuan yang sangat buruk. – P.T. Barnum.

Kesalahan kemarin adalah kebijakan esok. – Merry Browne.

Jika anda tak mau dikritik, jangan melakukan apa-apa, jangan katakan apa-apa, dan jangan jadi apa-apa. – Elbert Hubbart.

Orang yang memerangi api dengan api biasanya akan berakhir dengan menjadi abu. – Abigail Van Buren.

Orang bodoh tidak dapat merasa cukup puas dengan semua yang telah dicapainya melainkan hanya merasa iri terhadap keberhasilan orang lain. – Epicurus.

Saya belajar selama saya hidup. Batu nisan akan menjadi ijazah saya. – Eartha Kitt.

Membuat sesuatu yang mudah jadi rumit itu biasa. Membuat sesuatu yang rumit menjadi mudah, itulah yang luar biasa. – Charles Mingus.

Sedikit orang kaya yang memiliki harta. Kebanyakan harta yang memiliki mereka. – Robert G. Ingersoll.

Orang bijaksana adalah orang yang tahu bahawa dia tidak tahu. – Socrates.

Satu orang dengan keyakinan adalah setanding dengan kekuatan dari 99 orang yang hanya memiliki keinginan. – John Stuart Mill.

Kesakitan membuat Anda berfikir. Fikiran membuat Anda bijaksana. Kebijaksanaan membuat kita bisa bertahan dalam hidup. – John Patrick.

Manusia memerlukan dua tahun untuk berbicara, tetapi lima puluh tahun untuk belajar tutup mulut. – Ernest Hemingway.

Orang-orang hebat dalam bidang apa pun bukan baru bekerja kerana mereka terinspirasi, namun mereka menjadi terinspirasi kerana mereka lebih suka bekerja. Mereka tidak mensia-siakan waktu untuk menunggu inspirasi. – Ernest Newman.

Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai. – Schopenhauer.

Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan. – Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Orang yang berkata hal itu tidak dapat dikerjakan tidak sepatutnya menganggu orang yang sedang mengerjakannya. – Peribahasa Cina.

Sekiranya anda tidak dapat buat perkara itu hari ini, apa yang membuatkan anda berfikir dapat melakukannya esok? – Yusuf Tura.

Tersungkur tujuh kali, bangkit semula lapan kali. – Pepatah Jepun.

Kaca, porselen dan nama baik adalah sesuatu yang mudah sekali pecah, dan tak akan dapat dicantumkan kembali tanpa meninggalkan bekas yang nampak. – Benjamin Franklin.

Kejujuran adalah bab pertama dalam buku kebijaksanaan. – Thomas Jefferson.

Pengalaman adalah nama yang kita berikan untuk kesalahan-kesalahan di masa lalu. – Oscar Wilde.

Apabila seseorang takut menjadi bodoh, maka dia sudah menghayunkan langkah pertama menuju kebijaksanaan. – James Gibbons Huneker.

Jika Anda ingin hidup bahagia dengan lelaki, Anda harus banyak memahaminya dan sedikit mencintainya. Jika Anda ingin berbahagia dengan perempuan, Anda harus lebih banyak mencintainya dan jangan cuba-cuba memahaminya. – Helen Rowland.

Salah satu hal yang paling sulit di dunia ini adalah mengakui kesalahan dan tak ada yang lebih membantu dalam memecahkan persoalan daripada pengakuan jujur. – Benjamin Disraeli.

Jika orang lain menghina Anda, Anda mungkin melupakan penghinaan itu, tapi jika Anda menghina orang lain, Anda akan selalu mengingatnya. – Kahlil Gibran.

Seorang pemimpin adalah orang yang mengetahui jalan, melewati jalan tersebut dan menunjukkan jalan itu untuk orang lain. – John C Maxwell.

Berbicara dengan baik dan fasih adalah seni yang hebat, tapi mengetahui saat yang tepat untuk berhenti berbicara juga tindakan yang sama-sama hebat. – Wolfgang Amadeus Mozart.

Orang bijak berbicara kerana mereka mempunyai sesuatu untuk dikatakan, orang bodoh berbicara kerana mereka ingin mengatakan sesuatu. – Plato.

Keputusan yang baik datang dari pengalaman, dan sering kali pengalaman datang dari keputusan yang buruk. – Rita Mae Brown.

Tidak benar jika dikatakan orang berhenti mengejar mimpi kerana mereka sudah tua. Yang benar orang-orang itu menjadi tua justeru kerana mereka berhenti mengejar mimpi-mimpi itu. – Gabriel Garcia Marquez.

Jika saya diberi waktu lapan jam untuk menebang pokok, saya akan memperuntukkan selama enam jam untuk mengasah kapak. – Abraham Lincoln.

Ada dua cara untuk menghadapi kesulitan, Anda mengubah kesulitan itu atau Anda mengubah diri sendiri untuk menghadapinya. – Phyllis Bottome.

Perlu 20 tahun untuk membangun reputasi dan cukup 5 minit untuk menghancurkannya. Jika Anda berfikir tentang hal ini, Anda akan melakukan sesuatu dengan cara berbeza. – Warren Buffett.

Apa yang orang lihat dari kejayaan saya cuma 1%, tapi 99% yang tidak terlihat adalah kegagalan saya. –Soichiro Honda.

Manusia unggul selalu rendah hati saat berbicara, tetapi selalu luar biasa dalam tindakan. –Confucius.

Bagi orang jahat, meskipun bencana belum datang tapi rezeki telah menjauhinya. Tapi bagi orang yang berbuat baik, meskipun rezeki belum datang tetapi bencana telah menjauhinya. – Pepatah Cina.

Bukalah mata sewaktu berjalan, kerana bisa saja Anda akan bertemu kesempatan. Adapun kesempatan itu sendiri buta. Peganglah erat-erat, kerana kesempatan datang dan pergi tanpa memberitahu. – Anonim.

Maut bukanlah kehilangan terbesar dalam hidup. Kehilangan terbesar adalah apa yang mati dalam sanubari sementara kita masih hidup. – Norman Cousins.

Orang-orang yang gagal dibagi menjadi dua : mereka yang berfikir gagal padahal tidak pernah melakukannya, dan mereka yang melakukan kegagalan tapi tak pernah memikirkannya. – John Charles Salak.

Seorang pemimpin adalah orang yang melihat lebih banyak dari yang dilihat orang lain, melihat lebih jauh dari yang dilihat orang lain, dan melihat sebelum orang lain melihat. – Leroy Eims.

Tidak ada kata terlambat untuk meminta maaf, selama kita berjanji untuk belajar tidak mengulanginya kembali. – Chita.

Kehidupan manusia diikat oleh tiga  perhubungan iaitu hubungan dengan Allah, manusia dan alam. Seringkali manusia hanya mengutamakan aspek manusia dalam projek pembangunan. Manusia mahu selesa dan bahagia untuk mereka, sedangkan dalam proses ini mereka sebenarnya mengubah selesa dan bahagia alam. – A. Nazri Abdullah.


Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Tengkubutang said...

nice sharing.. suka baca ayat2 motivasi macam ni.. puitis pun yea juga.. thanx sudi follow teman balik.. salam kenal.. semoga kita leh keep in touch yea.. =)


13 June 2013 at 04:35
Unknown said...

Alhamdulillah..perkongsian & pegisian yang baik. Semoga tuan diberkati Allah SWT & dipenuhi bunga-bunga rahmat..


14 November 2013 at 22:05
 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved