Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Fakta Yang Anda Tak Pernah Tahu

on Wednesday 31 October 2012

Fakta-fakta ini mungkin tidak anda ketahui atau tidak pernah ambil peduli. 

MICKEY MOUSE

Pada 1933, watak animasi Mickey Mouse menerima 800,000 surat daripada peminat.

GULA-GULA GETAH

Mengunyah gula-gula getah sewaktu kita mengupas bawang mencegah kita daripada menangis.

MENGUKUR

Seorang ayah lebih cenderung mengukur ketinggian anaknya, manakala ibu pula mengukur berat anaknya.

IKAN YU

Ikan yu kehilangan gigi lebih daripada 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam saja.

KANGGARU

Kanggaru yang hanya terdapat di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

BAR CODE

Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

FEDEX

Jika diamati betul-betul anda akan dapat melihat anak panah antara huruf E dan X.

ASAL-USUL

Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip manakala Arab Saudi mendapat nama sempena nama Raja Saud.

Berniaga Cinta Palsu

on Monday 29 October 2012

Apakah yang palsu semuanya tidak baik? Tidak begitu sebenarnya, sebab yang palsu juga adalah alternatif. Gigi palsu apakah ia buruk? Tidak, sebab gigi palsu adalah alternatif pada orang yang tiada gigi. Kaki palsu apakah ia buruk? Tidak, sebab kaki palsu itu adalah alternatif untuk dapat berjalan sebagaimana dahulu.

Malah, kereta kebangsaan kita dahulu adalah Mitsubishi di Jepun sebelum ditukar namanya kepada Proton Saga di sini. Andainya kita hendak menamakannya sebagai palsu itu adalah nama yang kita pilih sendiri sebab kita boleh mengelarnya penjelmaan semula bukan?

Ekoran tidak mampu membeli sebuah Lamborghini Reventon berharga sekitar AS$1.6 juta (RM4.9 juta), seorang petani di China membina sendiri kereta sport berkenaan. Wang Jian membina kereta itu daripada beberapa bahagian badan dua kereta terpakai jenama Nissan dan Santana. Lamborghini Reventon itu menelan kos 60,000 yuan (RM29,526) untuk dibina.

Pihak media China tidak memanggilnya Lamborghini Reventon palsu tetapi replika Lamborghini Reventon. (Reuters 1 September 12) Jika mereka memanggilnya kereta palsu, maka ia menjadi palsu tetapi mereka tidak memanggilnya begitu, lantas ia menjadi satu bentuk inovasi yang dibanggakan oleh seluruh rakyat China.

Kelulusan yang diperoleh dari universiti yang tidak diiktiraf kerajaan juga bukanlah palsu, ia adalah alternatif, sebab di negara luar ia diiktiraf. Sebagai mana kita memilih ‘sensei’ di kedai ubat ketika diserang penyakit, itu adalah alternatif berbanding kita pergi ke hospital kerajaan atau swasta sebagaimana biasa.

Malah, ada orang lebih selesa berjumpa Pak Abdul di sebelah rumah setiap kali sakit meskipun mereka tahu Pak Abdul tidak pernah ada kelulusan dalam bidang perubatan. Salahkah perbuatan orang ramai mengunjungi Pak Abdul? Andainya Pak Abdul seorang pengamal perubatan Islam adalah tidak salah mendapatkan bantuannya.

Tiada rotan akar pun berguna, itu istilah orang tua-tua untuk memberitahu apa-apa sahaja boleh digunakan apabila yang utama tiada. Bolehkah kita hukum akar sebagai palsu dan hanya rotan yang betul? Sebelum adanya tali jerami, orang menggunakan tali yang disiat dari batang pisang.

Jujurlah berkata tidak cinta Cuma satu sahaja yang palsu dan ia kekal palsu iaitu cinta. Cinta palsu akan selamanyalah palsu biar telah diikat oleh tali pertunangan atau tali perkahwinan kalau hati tidak rela dan tidak cinta.

Cinta yang begini menyimpan pelbagai kemungkinan. Apabila dua insan saling menyimpan cinta palsu tunggulah bermacam-macam hal akan timbul oleh keduanya. Hampir semua perkahwinan oleh cinta palsu akan bermasalah. 

Manakan tidak, hati tidak rela tetapi tubuh terpaksa diserahkan juga, sudah tentu adegannya tidak sebaik yang benar-benar rela dan cinta. Perhubungan badan tanpa cinta suci adalah hambar kerana kerap dibancuh imaginasi-imaginasi tidak seharusnya.

Tidak usah bermodalkan cinta palsu tatkala anda benar-benar tidak cinta. Hanya nyatakan istilah ini sekiranya hati anda benar-benar tidak cinta. Usah katakan cinta sedangkan hati anda tidak. Cinta yang didustai pada awalnya lagi akan terus didustai hingga ke akhirnya nanti, kecuali sanggup melakukan anjakan paradigma setelah bersatu nanti, maka cinta yang asalnya palsu itu akan menjelmalah menjadi tulen.

Usah perdagangkan cinta palsu, ia tidak membawa ke mana-mana. Bercinta itu indah, usah cemarkan dengan pura- pura mencintai. Andainya tidak cinta, usah berikan yang palsu tetapi jujurlah untuk berkata anda tidak mencintainya. Bebaskan dia daripada menyangka cinta palsu anda itu sebagai tulen.

Anda yang diberikan cinta palsu, setelah diberitahu hal begitu, usahlah berdegil lagi, pergilah dan carilah cinta yang lain pula. Usah merayu lagi sebab apabila seseorang dalam keterpaksaan memberikan cintanya dia akan menjual dengan harga yang mahal selama selamanya. Terkadang kebahagiaan kita berpunca dari kedegilan kita sendiri kerana sanggup mempertaruhkan cinta suci kita untuk ditukar ganti dengan yang palsu. Cinta suci bahkan adalah penyelamat pada hati yang telah mati, cinta palsu bukanlah jawapannya.

Sumber: mingguanwanita

Najwa Latif – AdaMu

on Wednesday 24 October 2012

Lirik lagu AdaMu –  Najwa Latif 

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang Satu
Yang setia bersama ku
Di kala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu

Ku adaMu selalu

Kerna Kau yang Satu

Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu

Ku adaMu selalu

Ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Nak lagu download sini:

Adus Isteriku Nak Jadi Artis

on Monday 22 October 2012

“Salam, Dr. Tuah. Saya menghadapi masalah yang sangat besar. Saya sudah berkahwin tetapi keluarga tak mengetahui. Pada mulanya saya ingatkan perkahwinan ini berjaya, namun masalah lebih besar apabila isteri mahu melibatkan diri dalam bidang lakonan.

“Saya tak kisah pada mulanya tetapi dia mula mengabaikan saya menimbulkan rasa tidak puas hati. Dia juga mengadu penat dan menghabiskan banyak wang dan paling saya tak suka ialah dia perlu berpegang tangan dengan lelaki lain apabila berlakon malah mungkin akan berpeluk dan membuka tudung.

Saya sudah nasihat tapi dia masih mahu atas alasan minat. Saya buntu kerana jika saya tidak menurut kehendaknya maka dia mahu minta cerai sedangkan dia dahulu yang mahukan perkahwinan ini.

Saya berubah demi dia. Segalanya saya korbankan tapi prinsip saya tidak difahami. Saya bimbang dia akan melakukan dosa apabila berlakon. Maklum sahajalah. Tapi saya tak mahu bergaduh dengannya lagipun tak ramai tahu kami kahwin.

Sekarang ini saya bimbang dia balik lewat malam dan dihantar oleh lelaki sewaktu latihan. Saya tidak dapat mengambilnya kerana masalah kewangan dan kenderaan. Saya risau tapi saya nak pendapat Dr. apa yang patut saya buat?

E-mel ini saya pilih meskipun ia daripada seorang lelaki tetapi tidakkah ia berpunca daripada seorang wanita juga? Sebenarnya amat jarang lelaki hendak mengadukan masalah mereka. Sebab itulah saya angkat e-mel ini kerana ia mungkin mewakili ramai lagi lelaki dalam status serupa.

Lantaran majalah MW juga dibaca oleh lelaki, saya fikir perkongsian di sini adalah relevan.

Saya telah menasihati lelaki berkenaan (penanya) supaya tidak usah merahsiakan lagi perkahwinan mereka. Terima sahajalah apa-apa risiko yang mungkin timbul. Sampai bila hendak menyembunyikannya dari pengetahuan ibu bapa dan orang ramai?

Bayangkan kalau sudah tua, punya anak atau anda meninggal dunia dan meninggalkan harta, keadaan jadi sangat sulit sekali. Lihat sahaja sekarang, isteri bertindak seolah-olah dia masih seorang gadis sebab dia tahu orang tidak tahu statusnya yang sebenar.

Saya bayangkan isteri lelaki ini seorang yang cantik, kalau tidak masakan boleh terjun ke bidang lakonan. Hmmm, bukankah saya pernah katakan dahulu risiko berkahwin dengan orang cantik? Andainya cantik dan beriman ia bukanlah masalah tetapi jika sebaliknya, ditambah pula perkahwinan rahsia, ia memang berisiko tinggi.

Memang benar seperti apa yang dirisaukan itu iaitu isteri mungkin akan berpegang-pegang tangan,berpeluk-peluk dengan lelaki sewaktu dalam lakonan, malah tidak mustahil juga di luar lakonan.

Kalau di tengah orang ramai sewaktu berlakon boleh berpegang-pegang tentulah di luar penglihatan orang lebih-lebih lagi. Risiko menjadi suami kepada isteri yang begini ialah dayus andainya tidak sanggup menegur.

Kepada wanita yang amat teruja untuk jadi glamor melalui bidang seni ingatlah ia akan menuntut banyak pengorbanan. Pada mulanya ia amat indah, tetapi dunia selebriti tidak pernah sunyi dari pelbagai masalah. Andainya ia tidak disebabkan oleh masalah biasa yang terpaksa dihadapi oleh setiap artis, masalah dalaman lambat laun akan datang juga. Setelah berada dalam dunia motivasi serta menjadi terkenal baru saya tahu dunia ini juga tidak kurang dengan masalah.

Siapa sangka ada motivator yang sanggup memfitnah motivator lain untuk kepentingan peribadi. Seandainya saya berada di luar sudah tentu saya pun tidak akan percaya. Apalagi dunia artis yang memang hidup oleh panasnya gosip. Ingat pesanan Allah S.W.T yang bermaksud, “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. Kerana bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.” (Surah An-Nisa’, ayat 32)

Kepada semua pasangan, ingatlah status anda ketika hendak berbuat sesuatu dan ambil kiralah hati pasangan anda ketika hendak mengambil keputusan. Untuk apa berkahwin kalau masih hendak hidup bebas dan merahsiakan perkahwinan itu? Bukankah perkahwinan bererti titik berhenti pada apa-apa juga kegiatan haram yang pernah dilakukan?

Sumber: mingguanwanita

Krabat – Keinsafan

on Sunday 21 October 2012

Lirik Lagu Keinsafan – Krabat
Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Dingin terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah
Renung ke langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam terlihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia
( korus )
Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Pengasih Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahMu
Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam
Cukup setakat ini aku merasa
Terasing terhukum dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan
Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
Oh…
( solo )
( ulang korus & 1 )
( 1 )
Andai malam ini satu peringatan
Bersyukur pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan satu penangguhan
Untuk aku mengucapkan kalimah
Terakhir

Nak lagu download sini:

Iwan Syahman – Semua Allah Punya

on Saturday 20 October 2012

Lirik Lagu Semua Allah Punya – Iwan Syahman
Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Lihatlah burung yang terbang
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah bunga yang mekar
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta iri hati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepadaNya
Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta iri hati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepadaNya (2X)
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Nak lagu download sini:

Kata-Kata Bermutiara 2

on Sunday 14 October 2012

Kita melihat kebahagiaan itu seperti pelangi, tidak pernah berada di atas kepala kita sendiri, tetapi selalu berada di atas kepala orang lain. -Thomas Hardy-  

Belajarlah dari kesalahan orang lain. Anda tak dapat hidup cukup lama untuk melakukan semua kesalahan itu sendiri. -Martin Vanbee-
Berfikir adalah pekerjaan terberat, kerana itulah sedikit sekali orang yang mahu menggunakan otaknya. -Henry Ford-

 Berani menyatakan pendirian adalah sifat satria, tetapi berani surut dari yang salah dan berani mengaku adalah lebih satria. – Hamka -
Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh, dan orang yang membuat hanya apabila disuruh. – Lukman Hakim –
     Tidak ada satu yang lebih mahal daripada kemerdekaan dan tidak ada kebahagiaan yang lebih besar daripada menunaikan kewajipan. – Umar Al Khattab - 
Carilah seribu sahabat dalam pergaulan, kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak. – Lukman Hakim -

 Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk menutupnya, bererti membuat dua kesalahan. – Issac Watts –
Ada empat jenis manusia, iaitu :- ✐ Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai. Oleh itu berilah mereka peringatan. ✐ Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil. Oleh itu, tinggalkanlah mereka. ✐ Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu. Itulah orang yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka. ✐ Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu. Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka. - Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -
Yang sangat berguna adalah seorang lelaki yang mengetahui darjat dirinya sendiri, tahu batas akalnya, kemudian dia bekerja menurut darjat dan batasnya. – Imam As Syafie –
Jangan mudah membuka rahsia kepada seorang sahabat agar anda tidak takut kepadanya, apabila dia berubah menjadi musuh. – Menander –
Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – ✐Memberi maaf ketika marah. ✐Bersedekah ketika kesempitan. ✐Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. ✐Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong. - Saidina Ali Abu Talib -
 Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda. - Ray Kroc - (Pengasas McDonalds)

Border ambil kat sini: familiazam

Cinta Gelap Yang Menguntungkan

on Thursday 11 October 2012

Apabila semua orang mengatakan meminati seseorang tatkala sudah berpunya itu salah (ya memang salah) namun dari sudut lain ia memberi kebaikan juga apabila si yang meminati itu akan cuba mengekalkan kemudaannya dengan pelbagai cara. Mereka yang ada hati terhadap orang lain biasanya akan kisah dengan keadaan dirinya, dia mahu pinggangnya sentiasa ramping, lantas tidak pernah bosan menyertai aerobik agar tubuhnya langsing, dia tidak jemu-jemu merawat wajahnya agar sentiasa kelihatan cantik dan dia juga tidak pernah lupa untuk menjaga makan agar kesihatannya tuntas.

Ini memberi kebaikan kepada dirinya sendiri dan juga pasangannya yang sedia ada. Yang untung suami dia juga, sebab meminati seseorang dari jauh memang payah hendak dibancuh dengan perlakuan-perlakuan salah.

Bayangkan seseorang itu tinggal di Johor Bahru, sedangkan orang yang diminatinya itu status suami orang dan tinggal di Kuala Kangsar pula. Macam mana hendak merealitikan ‘maksiat’? Sudah tentu tidak boleh, tetapi apabila dia terlalu meminati dia akan terlalu kisah dengan keadaan dirinya.

Walaupun dia tahu tidak mungkin dapat bertemu apalagi berkahwin, namun dia akan patuh pada kehendak nurani untuk menjaga tubuh. Dia akan kerap melakukan senaman agar sentiasa anggun, kerap bersolek meskipun di rumah, selalu romantik bersama suami. Yang untung tidakkah suaminya juga?

Melihat dari sudut yang berbeza, meminati seseorang secara serius itu dalam keadaan tidak boleh ada positifnya juga. Tatkala dia ‘bersama’, dia tidak seperti patung bernyawa atau batang pisang sahaja bukan, boleh jadi dia bertindak ‘ganas’ kerana membayangkan pasangannya itu adalah orang yang diminatinya. Yang untung pasangannya juga.
Walaupun ini salah, tetapi kalau dibandingkan dengan seorang isteri yang tidak kisah perutnya semakin hari semakin membuncit, bukan oleh sebab hamil tetapi kerana malas menjaga tubuh badan, mungkin perasaan-perasaan liar sebegitu memberi impak ‘benefit’ pada pasangan sedia ada.

Kebanyakan pasangan bercerai oleh penampilan selekeh yang dipamerkan, harihari dengan kain batik yang sudah lusuh, jarang bermekap, malas hendak bermanjamanja kerana merasakan secure, kadangkadang ini adalah ‘kerugian’ nyata pada seorang suami.

Setakat meminati mungkin tidak begitu salah, maklum, tiada siapa dapat mengelak daripada meminati sebagaimana orang biasa meminati artis, atau seorang artis meminati ahli politik, atau orang politik meminati anak sultan, atau anak sultan meminati orang biasa.

Apabila terpandang kadang-kadang hati terdetik untuk mengatakan, ‘Aku suka dia.’ Perasaan ini adalah biasa. Maka, apabila perasaan ini mula terdetik, ia akan menyuruh diri bertindak merawat wajah. Asalnya tidaklah anggun, tetapi oleh sebab mula meminati lelaki misteri, menjadi anggun pula oleh usaha yang dilakukan ke arah itu.

Dulu, suaminya selekeh dan serabai, janggut tidak bercukur, misai dibiarkan panjang tumbuh tidak rata, rambut pun tidak pernah diminyak dan disikat tatkala di rumah, tiba-tiba itu semua berubah, sekarang kemas sentiasa. Mungkin ada seseorang yang diminatinya di luar sana, maka penampilannya pun berubah baik. Yang untung isterinya juga. Mohon suami yang begini kawal-kawallah perasaan anda jangan sampai angau. Kalau terlalu meminati nanti akan jadi macam orang gila talak, ini salah.

Terbaik ialah tatkala anda merasakan hati seperti menyukai seseorang sedangkan anda sudah pun berpunya, layanlah perasaan itu dengan memperbaiki diri anda di mata pasangan anda, niatkan begitu dan dalam keadaan mendesak, layan saja imaginasi.

Ingat, layan seadanya saja, jangan sampai bertindak hingga berjumpa sendirisendiri, ini adalah mukadimah perhubungan sulit, jika dibiarkan boleh menyebabkan dosa-dosa besar mengambil tempat.

Sekadar minat tidaklah salah apabila minat itu pasangan sah yang menikmati hasilnya. Yang salah minat diiyakan dan niatnya memang hendak melampiaskannya dalam bentuk perlakuanperlakuan salah andainya bertemu nanti. Niat untuk menggoda orang lain oleh penampilan yang diusahakan hari ini mesti dihentikan. Apakah anda faham?

Sumber: mingguanwanita

Abdul Rahman Bin Auf - Tangisi Kekayaan Duniawi

on Wednesday 10 October 2012

Foto: SEGMEN : IKON ISLAM

Abdul Rahman Bin Auf
=============
Tangisi kekayaan duniawi

Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab dan kaya-raya. Beliau adalah seorang pemuda Quraisy di kota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah seperti penyembahan berhala mahupun kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman terhindar dari pelbagai kejahatan yang berleluasa.

Nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul Ka'abah, tetapi setelah memeluk Islam beliau menukar namanya kepada Abdul Rahman. Abdul Rahman Bin Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w  memasuki Darul Arqam lagi. 

Adalah diriwayatkan, ibu kepada Abdul Rahman Bin Auf sesudah mengetahui beliau memeluk Islam, telah berkata kepada anaknya, 

"Aku akan berjemur di panas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu malam yang sejuk, aku akan bermalam di ruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek moyangmu!”

Demikian ibunya mengugut. Namun, Abdul Rahman Bin Auf tetap nekad  untuk memeluk agama Islam yang syumul. Seterusnya, beliau sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan agama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya juga. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam. 

Bukan itu sahaja, beliau adalah antara orang yang terkaya pada ketika itu, ini kerana beliau bijak berniaga. Antara pendekatan yang beliau ambil sewaktu berniaga ialah :

• Pengurusan ekonomi berasaskan kebajikan
 
Kejayaan gemilang yang dicapai oleh Abdul Rahman bin Auf, tidak menjadikan beliau lupa daratan dan menyeleweng dari Manhaj Rabbani. Sebaliknya beliau menangani kekayaannya dengan menabur bakti kepada agama, perjuangan dan ummah.

Dikeluarkan oleh Abu Nuaim di dalam kitab Al Hilyah daripada Az Zuhri katanya :

"Abdul Rahman bin Auf telah bersedekah di zaman Rasulullah saw. Setengah dari hartanya yang berjumlah Empat Ribu Dirham kemudian beliau mengorbankan 40 Ribu Dirham, 500 kuda di jalan Allah SWT. diikuti pula 1500 ekor unta di jalan Allah SWT. Kesemua harta itu adalah hasil perniagaannya."

Antara pendekatan lain yang menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya adalah, sifat amanahnya yang patut kita jadikan contoh. Kecemerlangan yang diperolehi dalam perniagaannya, banyak bergantung kepada sifatnya yang amanah, sifat inilah meletakkan beliau sebagai usahawan yang berjaya dan beliau juga antara sahabat yang paling kaya di Madinah.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut :
• "Engkau adalah yang dipercaya (amanah) dikalangan penghuni langit dan engkau jugalah yang dipercaya (amanah) dikalangan penghuni bumi."

Selain itu, keperibadiannya yang soleh dan taat kepada Allah SWT pula menjadi modal utama yang menjana kemajuan gemilang dalam kerjayanya sebagai seorang ahli ekonomi dan usahawan. Peribadi ini diiktiraf oleh baginda Rasulullah s.a.w dengan sabdanya :
• "Tidak dicabut roh seseorang Nabi sehingga ia sembahyang di belakang seorang lelaki yang soleh dari ummatnya."
Beliau juga mempunyai semangat jati diri yang kental, yang membolehkan beliau menghadapi segala aral melintang. Beliau telah dipersaudarakan oleh Rasulullah s.a.w dengan Saad Ibnu Rabi'e seorang bangsawan dan jutawan Madinah (Al-Ansar). Namun beliau tidak mengambil kesempatan dan peluang untuk membolot harta kekayaan saudaranya sekalipun beliau mendapat tawaran lumayan termasuklah memilih salah seorang daripada isteri saudaranya.

Sebaliknya beliau meminta Saad menunjukkan kepadanya di mana terletaknya pasar untuk beliau memulakan perniagaan dengan keringat dan semangat berdikari yang gigih. Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa, beliau berjaya menunjukkan kehebatannya dalam berdagang hingga berjaya memperolehi harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan, 100 ekor unta, dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat daripada kekayaannya, menyamai jumlah 84 ribu dinar. 

Akan tetapi di samping kekayaannya yang melimpah, beliau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir miskin. Malah, beliau juga seorang yang berdikari dan tidak suka bergantung kepada orang lain sehingga beliau menjadi peniaga yang disegani. Prinsip berdikari yang dimiliki oleh Abdul Rahman bin Auf menjadi formula asas kejayaan dan kecemerlangan beliau. Berdikari adalah tanda harga diri individu yang bermaruah dan bebas dari hidup bergantung dengan orang lain. Prinsip inilah juga yang diajar oleh Rasulullah saw buat semua ummat bagi membina tamadun yang cemerlang. Sabda Rasulullah saw :
• "Tiada sesuatu makanan yang baik melebihi apa yang dihasilkan dari usahanya sendiri. Nabi Allah Daud makan dari hasil usahanya sendiri." - Riwayat Bukhari
Bukan itu sahaja, beliau merupakan seorang yang tidak mengikut cara pemikiran “Fikrah Maadiyyah (Kebendaan).” Mereka yang terpengaruh dengan fahaman maadiyyah hanya akan memikirkan soal dunia semata-mata.
Renungi ungkapan ulama' sufi terkenal Abu Sulaiman Ad Darani :
• “Jika akhirat memenuhi ruang hati, maka dunia tetap datang mendampinginya, namun tatkala dunia yang memenuhi ruang hati, maka akhirat akan menyisih, kerana sesungguhnya akhirat adalah suatu yang mulia sedang dunia adalah sesuatu yang keji.”

Di samping memiliki kekayaan yang melimpah-ruah beliau adalah seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan diri daripada pengaruh kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu hari, Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanya orang apakah yang menyebabkan beliau menangis, lalu dijawabnya… 

Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul dan sewaktu meninggal dunia ia tidak memiliki walau sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib juga adalah manusia yang lebih utama daripada saya, padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya ini termasuk di antara orang yang dipercepat untuk menikmati kebahagiaan dunia dan saya khuatir akan tersisih daripada para sahabat Nabi di akhirat kelak disebabkan mempunyai banyak harta. 

Inilah antara sifat-sifat yang patut dijadikan teladan oleh setiap orang yang inginkan kejayaan, di dunia mahupun akhirat. 

5 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA
=====================

• Sifat yang amanah dalam melakukan semua pekerjaan.
• Peribadi yang soleh dan taat pada perintah Allah.
• Harus mempunyai semangat jati diri yang kental.
• Seorang yang berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain. 
• Tidak terlalu kebendaan, dan rakus mengejar kekayaan.

Like our page at this link :-
https://www.facebook.com/inspirasiKejayaanmagazine

SEGMEN : IKON ISLAM

Sumber: https://www.facebook.com/inspirasiKejayaanmagazine
 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved