Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Cinta Tanpa Pengkhianatan

on Sunday 27 January 2013


Tidak pernah sesuatu pengkhianatan dapat ditutup selama-lamanya. Apabila masa bergerak pergi, sama ada pengkhianatan itu akan terdedah sendiri atau ada orang yang sengaja mengalinya, kita akan lihat kebenarannya kelak.

Sekecil mana pun pengkhianatan itu suatu hari akan terbuka juga. Kadang-kadang si pengkhianat itu sendiri yang mendedahkannya. Apabila dirangsang rasa bersalah dan ingin bertaubat individu ini akan mencari orang yang dikhianatinya untuk memohon maaf. Ketika itu terdedahlah segalanya.

Oleh itu, usah terlalu rasa sakit apabila anda dikhianati. Percayalah, lambat laun kebenaran akan terbuka jua. Sama ada ketika itu anda masih hidup untuk melihatnya ataupun telah tiada di muka bumi ini, kebenaran sentiasa akan berpihak kepada yang jujur.

Jadi, jika anda tahu anda seorang yang jujur, anda tidak perlu terlalu bersusah hati dengan permainan orang. Jika berupaya gali, galilah, tetapi jika tidak biarkan sahaja masa membongkarnya. Anda hanya perlukan sedikit kesabaran. Sabar sentiasa membawa untung di penghujung.

Hakikatnya tidak ramai orang yang menyedari hal ini. Apabila merasakan diri dikhianati mereka akan bertindak balas. Pelbagai perbuatan yang tidak sesuai barangkali tercetus termasuklah berdepan, bertengkar, bertelagah, bergaduh, bertumbuk, malah berbunuh-bunuhan.

Pengkhianatan antara kekasih barangkali antara yang paling kerap terjadi. Jika anda mengetahuinya, angkatlah kaki, tidak perlu mendedahkan diri pada risiko pergaduhan yang boleh membawa pada kesakitan jiwa dan tubuh badan. Seseorang yang khianat bukanlah rugi jika terpisah dengannya, sebab setiap pengkhianat tidak pernah cukup mengkhianati sekali. Seandainya dia tidak bertaubat nasuha itulah kegiatan hidupnya sepanjang usia. Dia akan melakukan lagi dan lagi. Jika anda kembali kepadanya, suatu hari anda akan dikhianatinya lagi. Bayangkan ketika itu anda telah pun bergelar suami isteri.

Ramai orang memberi peluang kedua, ketiga dan seterusnya pada sebarang pengkhianatan kekasih. Kalau anda ingin memberikan peluang pun usahlah sampai keempat kalinya. Ramai orang sanggup memberi peluang kekasih mengkhianatinya hingga berpuluh-puluh kali atas dasar cinta. Malang sungguh berpendirian serupa ini. Cinta benar-benar telah membutakan mata hati dan mata kepala. Mengapa memberi peluang kepada ular berbisa untuk menyamar sebagai bangku duduk kita?

Bentengi diri

Sabda Rasulullah S.A.W, “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka dia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka dia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya .

(Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila bertengkar dia mengetepikan kebenaran (menegakkan benang basah).” (Riwayat Ahmad)

Dalam hadis ini jelas mengatakan si pengkhianat adalah munafik, jadi mengapa hendak berurusan lagi dengan si pengkhianat? Begitu ramai manusia di muka bumi ini kenapa hendak berkasih sayang dengan si pengkhianat? Bukankah itu ibarat duduk di atas ular berbisa, sengaja mencari sebab untuk digigit?

Jika anda sayangkan kehidupan yang penuh bermakna, harmoni lagi tenang, bentenglah diri dari sebarang pengkhianatan manusia. Sebaik sahaja anda tahu pengkhianatan telah berlaku, tidak kira apakah ia besar ataupun kecil, pergilah jauh-jauh darinya. Kita tidak perlukan orang yang mahu mengambil kesempatan terhadap diri kita kerana sememangnya ramai lagi orang yang mahu berkorban untuk kejayaan kita.

Sesungguhnya cinta yang paling indah adalah kasih sayang tanpa sebarang pengkhianatan.

Sumber: mingguanwanita


Terawet Kaku Tatkala Seks

on Wednesday 23 January 2013


Bukan semua lelaki sukakan wanita, begitu juga bukan semua wanita sukakan lelaki. Memang ada spesies di muka bumi ini golongan yang meminati sesama jenis. Umat Nabi Luth A.S misalnya adalah golongan yang keterlaluan dalam soal ini hingga akhirnya musnah.

Sudah banyak kesan negatif ditunjukkan Allah oleh minat yang songsang begini tetapi sehingga hari ini masih ramai yang tidak mahu mengambil sebarang pelajaran. Mereka melihat dari sudut hak dan minat semata-mata. Maka itu, mereka tidak segan-segan memperjuangkan ‘hak dan minat’ itu di tengah masyarakat.

Syukurlah, kita bukan spesies yang begitu. Jika kita bukan sebenar-benarnya wanita mustahil kita sudi membaca majalah ini. Pasangan kita juga semestinya juga seorang lelaki sejati, jika tidak dia pun tidak ingin mengambil kita sebagai isteri.

Tetapi percayakah anda kalau saya katakan, memang ada orang yang berkahwin tetapi masih meminati sesama jenis. Seorang wanita mengadu kepada saya bagaimana suaminya asyik berkurung dengan lelaki muda di dalam bilik hingga berjam-jam lamanya.

Seorang lelaki pula bercerita kepada saya isterinya tidak pernah mengabaikan dirinya tetapi dia terjumpa pelbagai peralatan bantuan seks sesama wanita milik isterinya itu. Saya sendiri terkejut apabila seorang lelaki yang pernah terlibat sebagai urus setia pertandingan membaca al- Quran sebuah negeri satu ketika dulu dahulu sebenarnya seorang gay.

Dia mengajak saya balik ke rumahnya kemudian dia melakukan mukadimah untuk hubungan songsang. Saya benar-benar terkejut, maklumlah dia seorang yang berpendidikan dan memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Mengizinkan Azab Menimpa 

Maknanya cerita hubungan sejenis ini bukanlah dongeng. Ia benar-benar ada dan terjadi.

Homoseksual lebih kepada orientasi seksual yang berkait rapat dengan emosi yang mereka ‘cipta’ sendiri bagi menterjemahkan kebebasan serta kenikmatan yang tersasar dari agama. Sejarah menceritakan isteri Nabi Luth A.S sendiri pun seorang lesbian, setelah diberikan peringatan masih ingkar hingga ALLAH menurunkan hujan batu yang panas berapi serta gempa bumi dengan kekuatan bunyi yang menggegar pada waktu matahari terbit.

Apakah kita tidak takut azab serupa tertimpa ke atas kita? Andainya kita membiarkan keadaan begini berleluasa, kita seolah-olah mengizinkan azab sedemikian tertimpa atas kepala kita juga. Mirip apa yang tertimpa ke atas umat Nabi Luth A.S ialah tragedi Pompeii dalam Empayar Rom. Lebih 1900 tahun lalu, seluruh bangunan serta penduduknya tertanam lebih 18 meter di dalam lava gunung berapi.

Mereka dikatakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang mana meyakini bahawa persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara berselindung, tetapi terbuka.

Sehingga 1594, ketika kerja menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius dijalankan mereka dikejutkan dengan penemuan puluhan tubuh manusia yang sudah membatu dalam keadaan memalukan.

Masyarakat Pompeii dipercayai menjadikan kota itu sebagai pusat utama aktiviti pelacuran dan seks bebas. Sungguh mengejutkan apabila banyak sekali artifak manusia yang terawet berada dalam posisi sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat.

Allah S.W.T berfirman, “Sebab itu, setelah datang keputusan KAMI lalu KAMI jadikan yang di atasnya jatuh ke bawah dan kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang terbakar dengan berturut-turut.” (Surah Hud ayat 82). Yang pasti, jika terdapat hanya segelintir golongan yang melakukan kemaksiatan maka bala akan menimpa ke atas semua tanpa mengira mereka melakukan dosa atau sebaliknya. Apakah kita tidak takut? Semestinya kita takut. Jadi, mengapa tidak kita sama-sama banteras aktiviti yang sungguh tidak bermoral serta jijik ini.

Tahukah anda Zoo Toronto telah memisahkan dua ekor penguin jantan di zoo berkenaan selepas kedua-dua haiwan tersebut menonjolkan perlakuan gay. – (Reuters 10 Nov 11) Tetapi kita masih tidak berbuat apa-apa?

Sumber: mingguanwanita


Kisah Cinta Lara

on Sunday 20 January 2013



Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.
Tiga tahun dalam masa perkenalan dan dua tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih, lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
“Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.”

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?

Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?”

Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada satu soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”

“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku, biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
Mukadimah ini dicertakan oleh Ustaz Halm Hassan dalam kuliahnya bertajuk: Pengajian Kitab Riyadhus Solihin Jilid 1 Hadis 49,50,51 Jangan Marah! Jangan Marah! Jangan Marah! Jangan Marah! Institut Qayyim Pulau Pinang - 15 Jan 2013
Nak dengar boleh download sini:  http://www.mediafire.com/?7o7zc2d14iokdv8

Terkapai-Kapai Setiap Malam

on Thursday 17 January 2013



“Dr., ada wanita hendak bercakap dengan Dr., nak ambil tak?” tanya Aliza, setiausaha saya lewat suatu petang. Ketika itu saya sedang menulis buku, namun saya ambil juga panggilan berkenaan.

“Dr., suami saya tak kisahkan saya dah lama dah. Dia sibuk bekerja, bila balik terus tidur. Rumah kami ni tak ada bilik, kami tidur beramai-ramai dengan anak-anak. Mungkin itu salah satu sebab. Bila saya kata buatlah bilik, dia enggan, macam-macamlah alasan dia. Yang jelas dia memang tak mahu bersama saya. Bukan itu sahaja Dr., dia ingkar perintah mahkamah. Mahkamah telah perintahkan nafkah anak-anak tetapi dia tak buat pun.”

“Nanti, nanti,” pintas saya. “Macam mana pulak masih tinggal serumah tetapi ada perintah mahkamah untuk anak-anak?”

“Sebenarnya begini Dr.,” maka dia pun berceritalah dari A hingga Z kisah penghidupannya itu. Lama juga saya mendengar, dekat sepuluh minit begitu, berbelit-belit hingga payah untuk saya fahami. Sepanjang bercerita dia juga bercakap dengan amat pantas dan nada yang tinggi.

Apabila dia berhenti, saya pun cuba mencelah tetapi dia memintas lalu menambah lebih banyak maklumat tentang suaminya itu. Suaminya bukanlah sembarangan orang tetapi pengurus bahagian di sebuah syarikat pembuatan kereta. Hendak dikatakan suaminya itu ‘tidak betul’ mustahil sebab sebagai pengurus pastinya bijak segala segi. Tetapi mengapa pula dibiarkan isterinya terkapai-kapai setiap malam, malah bilik pun tidak mahu dibuatnya.

Campur Tangan Sihir

Setelah kira-kira setengah jam, dia memberitahu saya suaminya juga mengalami sakit-sakit. Ah, banyak sekali maklumat yang diberikannya kepada saya sehinggakan otak saya tersimpul-simpul untuk memahaminya.

Lalu saya pun berkata, “Jadi, apakah yang puan mahu saya lakukan?”

“Entahlah, saya pun tak tahu. Sebenarnya saya dah cerita semua ini pada Ustaz dan Ustazah yang saya tapi mereka pun tak boleh bagi saya jalan keluar. Mahkamah dan peguam pun tak dapat putuskan apa-apa.”

Akhirnya tergerak dalam minda saya, jangan-jangan ada campur tangan sihir. “Apakah puan pernah merujuk ustaz yang boleh tangkap hantu, yang selalu ditunjukkan di tv?” tanya saya.

“Dah Dr., ustaz tu kata memang ada gangguan antara kami. Dia dah bagi macam-macam air, tapi gitu jugak.”

Wah, kalau semuanya tak jalan apa lagi yang dapat saya lakukan? Maka secara tidak sengaja saya pun bertanyalah, “Puan, boleh tanya sikit? Puan ni solat tak, suami puan solat tak?”

Dia terdiam. Beberapa ketika kemudian barulah bersuara, “Saya akuilah Dr., memang kami tak solat. Taklah sepenuhnya tak solat, solat-solat jugalah. Saya tengok suami pun macam tu, macam solat raya. Tapi, apakah Dr. rasa masalah saya ni disebabkan soal solat je?”

“Ya,” balas saya spontan. “Kalaulah semuanya tak jalan, mungkin puan dan suami perlu meneguhkan pertalian dengan Allah kembali. Tidakkah puan rasa begitu?”

“Entahlah Dr.,” balasnya, kendur. “Sekarang beginilah, pendekkan cerita, puan buat tiga perkara. Ajak sekali suami, tapi kalau dia tak nak puan mulakan saja dulu, moga-moga lama-lama dia ikut.

“Boleh?”

“Boleh Dr., apa dia?”

“Pertama, solat fardu jangan tinggal. Kedua, amalkan zikir, saya cadangkan Zikir Al-Mathurat, boleh beli online, kalau susah dapat di kedai. Ketiga, cuba guna minyak 3E BEST, sapu seluruh badan setiap malam. Salah satu elemen minyak ini adalah bahan yang dibenci syaitan. Puan cuba buat hingga tiga bulan, seandainya masih tiada perubahan hubungi saya balik, boleh?”

Sehingga hari ini saya masih menunggu-nunggu panggilannya. Tiada. Apakah telah selesai oleh kaedah yang saya berikan itu? Tidaklah saya tahu secara pasti, tetapi saya yakin ya. Jika anda bermasalah serupa mengapa tidak cuba tiga kaedah yang sama.

Sumber: mingguanwanita

Mutiara Kata Hikmah

on Saturday 12 January 2013



Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. (Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)
Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.
Jika Anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.

Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
 Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak. 
Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa.
 Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit.
 Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.
Anda cuma bisa hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.
Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.
 Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat.
Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.  
Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. 
Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.
Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman, belum terlambat untuk mencubanya pada hari esok. 
Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya.
Lidah anda yang menentukan siapa anda. 
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.






P.S: Wow! Kongsikan gambar anak boleh menangi hadiah menarik?

                                                                        Yang mana satu dari empat karektar adalah anda -->








Berpalinglah Apabila Kerap Dipuji


Setiap kali anda didatangi seseorang yang tidak dikenali, dan dia menawarkan suatu yang membolehkan anda untung tetapi dalam masa yang sama anda dikehendaki membayar sesuatu harga, hindarilah dia. Dia boleh jadi seorang yang licik. Kerjanya adalah menipu untuk kesenangan hidup secara mudah.

Orang begini selalunya berketerampilan menarik, pandai bercakap dan kerap memuji-muji. Usah terlalu mudah percaya jika sayang akan harta. Keupayaan orang begini luar biasa sekali, dalam salah satu kes, dia berupaya membebaskan diri dari saman RM20 juta tanpa membayar apa-apa pun hanya dengan mendatangi orang yang memfailkan saman itu bersama seorang berpengaruh di negara kita.

Tahukah anda, bomoh ‘kelentong’ turut tersenarai dalam carta 10 jenayah komersil paling banyak berlaku di negara kita, selain sindiket penipuan lelaki Nigeria, penyelewengan pelaburan dan cabutan bertuah Macau.

Awas Taktik Bomoh Kelentong

Dari Januari hingga Ogos lalu, 174 kes penipuan bomoh dilaporkan kepada polis dengan jumlah kerugian mencapai RM5 juta. Berdasarkan jumlah kerugian mangsa, kegiatan bomoh kelentong ini berada pada kedudukan kelima dalam senarai 10 jenis jenayah komersil paling banyak sepanjang tempoh sama.

Jumlah kerugian paling banyak pula ialah kes penyelewengan pelaburan membabitkan RM61 juta daripada 247 kes.

Di tangga kedua penipuan lelaki Nigeria dengan 774 kes dengan jumlah kerugian mangsa sebanyak RM24 juta.

Secara keseluruhan sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini, jumlah kes dilaporkan membabitkan 10 jenis jenayah komersil ialah 3,935 dan jumlah kerugian mangsa sebanyak RM122 juta.

Bomoh kelentong terbahagi kepada tiga jenis iaitu bomoh Cina, perubatan Melayu dan nombor ramalan. Taktik penipuan bomoh Cina ialah memberitahu mangsa mendapat sial dan perlu menyerahkan barang kemas serta wang untuk upacara menyeru bagi membuang sial berkenaan.

Bomoh perubatan Melayu pula menipu mangsa dengan meyakinkan mangsa tentang kuasa yang ada pada sesuatu azimat seperti batu, tangkal dan sebagainya. Bomoh nombor ramalan pula beroperasi dengan menghantar surat kepada mangsa dan meminta mangsa memasukkan wang ke dalam akaun sebagai kos upacara sembahyang untuk memenangi perjudian nombor ekor.

Bukankah kelakar, taraf pendidikan rakyat negara kita membanggakan sekali, tetapi mereka mudah dikelentong oleh orang yang tidak pernah bersekolah pun. Jadi, apakah anda seorang yang bijak? Anda bijak andainya dapat menangkis semua tipu helah seperti ini. Motivasi kadang-kadang tidak jalan tatkala anda telah kerugian beribu-ribu ringgit.

Seperti yang saya ceritakan tadi, andainya ada orang boleh menukar RM20 juta yang terpaksa dibayarnya kepada kosong ringgit, bukankah itu bermakna dengan kata-kata sahaja seseorang itu boleh untung sekian banyak?

Terbaru kisah sepasang suami isteri yang terpaksa berhempas pulas bekerja lebih masa semata-mata untuk menjelaskan hutang ceti. Mereka adalah pasangan yang bermotivasi tinggi untuk memulakan perniagaan, namun apabila perniagaan tidak menjadi, mereka dibebani hutang yang amat banyak. Langkah elak ditipu.

Elakkan mudah tertipu dengan langkah-langkah berikut :-

i. Apabila anda dipujuk beria-ia untuk buat pelaburan dalam pelbagai perniagaan sama ada pertanian, jualan langsung atau bisnes internet dengan dijanjikan pulangan lumayan, ingat ia mungkin tidak benar sama sekali.
ii. Apabila anda diminta membayar sekian-sekian banyak untuk sesuatu barang oleh individu yang mengaku ejen menjual barang rampasan kastam, polis dan lain-lain.
iii. Apabila anda dikatakan memenangi hadiah tanpa sekali pun anda menyertai mana-mana peraduan. Sila abaikan sahaja.

Sumber: mingguanwanita


Jerat Cinta Lelaki Muda

on Wednesday 2 January 2013




Biar setua mana pun usia anda, syahwat tidak pernah tua. Syahwat akan sentiasa muda. Pada usia emas keupayaan seksual masih pada tahap sama, malah kadang-kadang semakin memuncak.  

Ini bukanlah asing, sebenarnya ia adalah fenomena yang bakal dialami oleh semua orang. Andainya panjang umur dan sihat, lihatlah syahwat anda terus di situ sebagaimana anda muda-muda dahulu. Bezanya cita rasa anda mungkin berbeza, kalau dulu terangsang oleh melihat teruna, maklum ketika itu pun dara, tetapi kini beralih pada lelaki muda penuh keterampilan pula.  

Dalam saat beginilah ramai wanita akhirnya menjadi mangsa. Apabila terlalu meminati dia akan berkahwin lagi, kadang-kadang pasangannya jauh lebih muda. Meskipun ada yang jujur tetapi tidak kurang lelaki muda yang lebih terangsang oleh harta benda.  

Saya menulis begini kerana trend wanita berharta akhirnya tertipu oleh lelaki muda semakin banyak. Sekurang-kurangnya boleh dikatakan setiap tiga bulan saya akan mendapat kes begini, selalunya setelah ‘nasi menjadi bubur’, iaitu sudah pun berkahwin.  

Antara kes terbesar ialah seorang jutawan wanita yang amat berjaya. Dia memiliki kilang sendiri tetapi akhirnya diisytiharkan mufl is akibat muslihat suami. Dia pada mulanya menjadi penjamin suami ketika membuat pinjaman bank berjumlah hampir RM5 juta, tetapi disebabkan suaminya gagal menjelaskan hutang, dia menjadi buruan institusi kewangan sehingga semua hartanya disita selepas diisytiharkan muflis.  

Ketika hidupnya terumbang-ambing, dia diceraikan hanya dengan SMS dan pada masa sama bekas suaminya itu membina hidup baru dengan membuka perniagaan serta berkahwin lain juga.  

Gambaran Kesedihan 

Bukanlah semestinya lelaki muda itu tidak baik, malah sewaktu saya remaja saya pernah berjiran dengan seorang wanita tua berusia 60-an sedang suaminya anak muda berusia 20-an sahaja. Kelihatannya mereka sangat bahagia dan setia. Dari cakap-cakap penduduk setempat sebenarnya anak muda itu kekasih kepada anak isterinya sekarang, tetapi entah macam mana wanita yang sepatutnya menjadi ibu mentuanya itu telah jatuh cinta terhadapnya lalu mereka berkahwin.  

Bayangkan bekas kekasih kini adalah anak tiri dan mereka tinggal serumah bersama-sama.  

Sememangnya saya lihat ada gambaran kesedihan di wajah anak gadis itu. Dia jarang keluar rumah dan apabila keluar misalnya menyidai pakaian, membuang sampah dan sebagainya, jarang senyum. Kemurungan jelas terpapar di wajahnya.  

Ya, memang sesuatu yang amat menyedihkan. Saya kagum dengan gadis berkenaan kerana masih dapat meneruskan hidup di bawah satu bumbung meskipun sakit. Saya selalu membawakan kisah ini kepada gadis yang mirip-mirip meng hadapi kisah serupa, menghubungi saya untuk mendapatkan motivasi dan kekuatan diri.  

Nyata dia sangat kuat kalau dibandingkan dengan kisah seorang lelaki berusia 30-an yang memotong alat sulitnya sendiri berhampiran sebuah restoran di Danau Kota, Setapak. Dia dikatakan putus cinta.  

Bukan Kerana Harta 

Pesanan buat semua wanita berjaya yang hidup bersendiri sekarang, berpada-pada apabila anda seperti terasa jatuh cinta semula. Anda akan selalunya terjatuh cinta dengan lelaki muda. Semak betul-betul latar belakangnya, uji keikhlasannya dan berpuas hatilah dengan bukti-bukti yang ditunjukkannya, bahawa dia juga mencintai anda sejujurnya, bukan oleh harta benda yang anda miliki itu. Perkahwinan kali kedua seperti ini harus menjadi sebab untuk lebih berjaya dan kaya.  

Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat Muslim)  

Anda juga harus memandang hati tidak sekali-kali ketampanan serta kegagahan yang anda lihat hari ini, sebab sekali anda telah bergelar seorang isteri, segala-galanya boleh terjadi andainya dia tidak memiliki sekeping hati yang betul-betul boleh dipanggil hati.


 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved