Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Iklan Raya 2013 - Jangan Poyo

on Sunday 28 July 2013






Tazkirah Ramadhan

on Monday 15 July 2013





Pada satu hari, Imam Malik Bin Anas menangis ketika hendak berbuka. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata, 


Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah S.A.W. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku sedikit.”

Muhasabah.



Senyum.


Ramadhan Datang

on Sunday 14 July 2013








Mutiara Hikmah Dari Tokoh Ternama

on Thursday 4 July 2013



Kebanggaan terbesar dalam hidup adalah apabila kita berhasil melakukan apa yang menurut orang lain tidak dapat dilakukan. - Walter Bagehot.


Jadi wanita cantik kadang-kadang sulit. Lelaki tidak selalu mencintai kita, tetapi sering cuma menginginkan kecantikan kita. Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah, kerana kalau seorang lelaki mencintainya bererti lelaki itu betul-betul cinta padanya. - Gina Lollobrigida.

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita mengambil manfaatnya. - Hamka.

Apabila seseorang sudah menentukan kepercayaannya dan dia perjuangkan kepercayaan itu, semua sumber akan tertarik kepada perjuangannya itu walaupun selepas kematiannya. -Mahatma Ghandi.

Apabila anda benar, anda tak perlu marah. Apabila anda salah, anda tak boleh marah. - Mahatma Gandhi.

Bercakap-cakap adalah bertukar fikiran, bertukar pendapat dan bertukar pengalaman. Rahsia bercakap ialah pandai bicara, pandai bertanya dan pandai mendengar. - Pythatoras.

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain. - I. Salanter Lipkin.

Jadikanlah suatu keyakinan bahawa apa yang anda cita-citakan pasti tercapai dan apa yang anda usahakan pasti berhasil. - Thomas Alva Edison.

 Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya. -James Allen.

Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain. Sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri. - Imam Syafi'i.

Ada dua perkara yang jika anda amalkan, anda akan mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat. Menerima sesuatu yang tidak anda sukai, jika sesuatu itu disukai Allah. Dan membenci sesuatu yang anda sukai, jika sesuatu itu dibenci oleh Allah. - Abu Hazim.

Jangan mengharapkan ia lebih mudah, harapkan anda lebih baik. Jangan mengharapkan masalah yang sedikit, harapkan untuk lebih banyak kemahiran. Jangan mengharapkan untuk kurang cabaran, harapkan lebih banyak kebijaksanaan. - Jim Rohn.

Aku lebih suka hidup yang pendek, tetapi penuh berisi daripada hidup yang panjang tetapi kosong. - Ibnu Sina.

Seorang yang optimis melihat kesempatan dalam setiap kesempitan, dan orang yang pesimis melihat kesempitan dalam setiap kesempatan. - Herbert V. Prochonow.

Kalau kita kerjakan lebih daripada yang dibayarkan, akhirnya kita akan dibayar lebih daripada yang kita kerjakan. - Zig Ziglar.

Sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain. Sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak di muka bumi, meskipun jasadnya sudah lama di kandung tanah. - Dr. Yusuf Qardawi.

Hari ini anda adalah orang yang sama dengan anda di lima tahun mendatang, kecuali dua hal - orang-orang di sekeliling anda dan buku-buku yang anda baca. - Charles ‘Tremendeous’ Jones.

Jika seseorang hamba menjalani hidupnya di waktu pagi dan petangnya, sedangkan tiada yang menjadi fokusnya melainkan Allah S.W.T semata-mata, maka Allah S.W.T akan menanggung untuknya akan hajat-hajatnya seluruhnya (Allah S.W.T akan menunaikannya), Allah S.W.T akan memalingkan kesusahan daripadanya, dan akan mengosongkan hatinya hanya semata-mata untuk diisikannya dengan makrifatNya (mengenaliNya), dan menjadikan lidahnya sentiasa memperingatiNya, dan Dia akan menjadikan anggota badannya seluruhnya dalam ketaatan kepadaNya. - Sheikh Ibn Qayyim Al-Jauziyah.

Kebahagiaan tergantung pada apa yang dapat anda berikan, bukan pada apa yang dapat anda peroleh. - Mohandas Gandhi.

Keberhasilan tidak diukur dengan apa yang telah anda raih,  namun kegagalan yang telah anda hadapi, dan keberanian yang membuat anda tetap berjuang melawan rintangan yang datang bertubi-tubi. - Orison Swett Marden.

Hidup menjadikan manusia kelihatan sama, tetapi kematian menjadikan yang hebat dan berjaya itu tampak berbeza. - George Bernard Shaw.

Tiada suatu pemberian yang diberikan seorang ayah kepada anaknya yang lebih utama daripada mengajarkannya adab yang mulia. - Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya. - Aristotle.

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah. - Jose Joaquin Olmedo.

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad.

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah. - Philip Massinger.

Rasa marah itu ibarat meminum racun dan mengharapkan racun itu membunuh musuh kita. - Nelson Mandela.

Saya tidak mahu di kelilingi oleh pak turut sahaja. Saya mahu setiap orang berkata benar walaupun mereka mungkin di buang kerja. - Samuel Goldwin.

Semangat adalah satu daripada penggerak kejayaan paling berkuasa. Apabila kamu melakukan sesuatu, buat ia dengan seribu daya. Buat sepenuh jiwa raga. Letakkan personaliti kamu ke dalamnya. Jadi lebih aktif, lebih bertenaga, bersemangat dan setia, dan kamu dapat mencapai matlamat kamu. Tiada satu perkara yang hebat pun pernah dicapai tanpa semangat. - Ralph Waldo Emerson.

Banyak ilmu dapat dikutip ketika kita dalam keadaan rendah hati. Tidak pernah saya temui sesuatu yang begitu menyeronokkan selain kerendahan hati. - John Dooner.

Selagi kamu tidak memaafkan, perkara itu akan sentiasa menyemakkan fikiran kamu. - Isabelle Holland.

Tiada siapa pun dapat mengubah perkara semalam, namun kita semua dapat mengubah hari esok. - Colin Powell.

Revolusi terhebat bagi generasi kita adalah penemuan yang manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan mengubah fikiran mereka. - William James.

Kejayaan adalah jumlah usaha yang kecil, dilakukan berulang kali dan setiap hari. - Robert Collier.

Sejarah membuktikan kebanyakan juara yang terkenal selalunya pernah berhadapan dengan rintangan yang pedih sebelum berjaya. Mereka menang kerana mereka enggan ditewaskan oleh kegagalan mereka. - B.C. Forbes.

Kebanyakan orang berputus asa sedangkan mereka hampir berjaya. Mereka berhenti padahal kejayaan sejengkal lagi. Mereka menyerah kalah pada saat terakhir permainan sedangkan kemenangan sudah dalam genggaman. - H. Ross Perot.

Orang yang berhenti menjadi lebih bagus terhenti menjadi baik. - Oliver Cromwell.

Saya menganggap penolakan bagaikan orang meniup semboyan ke telinga saya bagi membangunkan saya dan terus bangkit, bukan untuk berundur. - Sylvester Stallone.

Ambil langkah pertama itu dengan yakin. Tidak perlu melihat setinggi mana tangga itu. Mulalah melangkah. - Martin Luther King Jr.

Tiada manusia menjadi hebat atau pun bagus melainkan selepas melakukan banyak kesilapan besar. - William E. Gladstone.

Sesuatu akan datang kepada mereka yang menunggu, tetapi benda itu adalah perkara yang sudah diambil oleh mereka yang bergesa. - Abraham Lincoln.

Apa yang kita fikirkan atau pun, apa yang kita tahu atau pun apa yang kita yakini, akhirnya  tidak mendatangkan apa-apa hasil. Hanya tindakan yang membuahkan hasil. - John Ruskin.

99 peratus kegagalan datang daripada orang yang gemar mencari alasan. - George Washington Carver.

Sekiranya tindakan kamu menjadi warisan yang memberikan inspirasi kepada orang lain bagi lebih berimpian, lebih banyak belajar, melakukan lebih banyak lagi dan menjadi lebih besar, itu tandanya yang kamu pemimpin yang hebat. - Dolly Parton.

Dua nikmat, banyak manusia rugi padanya (kerana mensia-siakannya) iaitu kesihatan dan kelapangan. - Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.









P.S: Pelbagai Koleksi Terbaru Yang Menarik di MANGO

                                                                        Road test these bloggers' driving skills with a Ford Fiesta! -->





 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved