Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

50 Ungkapan Emas

on Monday 12 May 2014


Bagi yang tercari mutiara kata sebagai pembakar semangat dan motivasi hidup anda bolehlah menghayati senarai 50 mutiara kata dibawah.

1✐ Lakukan apa yang hatimu rasakan betul, kerana kamu tetap akan dikritik. Kamu akan dikutuk jika melakukannya, dan turut dikritik jika tidak melakukannya. - Eleanor Roosevelt

2✐ Orang yang bercita-cita tinggi adalah orang yang menganggap teguran keras baginya lebih lembut daripada sanjungan merdu seorang penjilat yang berlebih-lebihan. - Thales.

3✐ Percaya diri adalah rahsia pertama sebuah kejayaan. - Ralph Waldo Emerson.

4✐ Lakukan langkah pertama dengan yakin. Kamu tidak perlu melihat keseluruhan tangga. Cuma mulakan dengan langkah pertama. - Martin Luther King Jr.

5✐ Dahulukan perkara-perkara yang utama hari ini dan abaikan perkara-perkara yang tidak berfaedah. - John C. Maxwell.

6✐ Sekiranya kita menginginkan kebahagian selama satu jam, tidurlah sebentar.
       Sekiranya kita menginginkan kebahagian selama sehari, pergilah memancing.
       Sekiranya kamu menginginkan kebahagian selama sebulan, berkahwinlah.
       Sekiranya kamu menginginkan kebahagian selama setahun, warisilah kekayaan.
       Dan sekiranya inginkan kebahagian seumur hidup, maka bantulah orang lain. - Pepatah Cina.

7✐ Siapa yang kehilangan kekayaan, kehilangan banyak perkara, siapa yang kehilangan seorang sahabat, kehilangan lebih banyak hal dan siapa yang kehilangan keberanian, kehilangan segala-galanya. - Miguel de Cervantes.

8✐ Kehidupan yang diisi dengan melakukan kesilapan bukan sahaja lebih  bermaruah namun lebih berguna berbanding hidup yang disia-siakan tanpa berbuat apa-apa. - George Bernard Shaw.

9✐ Jika anda tidak dapat melakukan perkara hebat, lakukan perkara kecil dengan cara yang hebat. - Napoleon Hill.

10✐ Tidak pernah ada kata terlambat - dalam kehidupan nyata ataupun khayalan bagi memperbaiki sesuatu perkara. - Nancy Thayer.

11✐ Harapan itu umpama sebatang jalan yang kecil. Di situ belum pernah ada jalan, tetapi apabila ramai orang menggunakannya, jalan itu wujud dengan sendirinya. - Lin Yutang.

12✐ Kemajuan mustahil dicapai tanpa perubahan dan mereka yang enggan mengubah fikiran mereka tidak boleh mengubah sesuatu apa pun. - George Bernard Shaw.

13✐ Bagi pemimpin yang tulen, perubahan itu adalah suatu peluang dan juga ancaman. Apabila dia tidak mengambil peluang itu, maka pesaingnya yang mengambilnya dan dengan itu ia menjadi ancaman. - Robby Djohan.

14✐ Sewaktu kita bodoh, kita ingin menguasai dunia. Sewaktu kita pintar, kita ingin menguasai diri kita sendiri. - Anonim.

15✐ Pada awalnya, kita membentuk kebiasaan. Lama-kelamaan, kebiasaan itu membentuk kita. - John C. Maxwell.

16✐ Adalah sukar untuk gagal, tetapi adalah lebih teruk jika tidak berusaha untuk berjaya. - Theodore Roosevelt.

17✐  Diam itu satu kebijaksanaan tapi sedikit sekali yang melaksanakannya. - Lukman Hakim.





18✐ Anda boleh lakukan apa sahaja, tetapi bukan segalanya. - David Allen.

19✐ Saya boleh bunuh semua Yahudi ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa Yahudi dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka. - Adolf Hitler.

20✐ Berfikir adalah pekerjaan yang paling berat, kerana itulah sedikit sekali orang yang mahu menggunakan otaknya. - Henry Ford.

21✐ Sejarah adalah peristiwa silam yang dipersetujui dan diperakui ramai pihak. - Napoleon Bonaparte.

22✐ Soalan terhebat tidak pernah dijawab dan saya masih belum mampu menjawab soalan walaupun telah menjalankan kajian selama tiga puluh tahun terhadap jiwa feminin, iaitu ‘Apa yang wanita mahukan?’ - Sigmund Frend.

23✐ Ilmu pengetahuan bukanlah bersandar hanya pada kebenaran sahaja, tetapi juga pada kesilapan. - Carl Jung.

24✐ Cara yang terbaik untuk mempelajari bagaimana hendak menjadi seorang pemenang adalah dengan belajar daripada orang yang menang dan orang yang tewas, terutama sekali orang yang tewas. - Tun Daim Zainuddin.

25✐ Guru membuka pintu, tapi anda harus masuk sendiri. - Pepatah Cina.

26✐ Sebanyak mana pun kesalahan yang anda buat, seberapa lambat pun perkembangan anda, anda masih berada di hadapan mereka yang tak berani mencuba. - Tony Robbins.

27✐ Waktu yang terbaik untuk menanam pohon adalah dua puluh tahun yang lalu. Dan waktu terbaik kedua adalah hari ini. - Pepatah Cina.

28✐ Besar pencapaian seseorang diukur dari halang rintang yang berhasil dilewatinya untuk mencapai suatu tujuan. - Booker T. Washington.

29✐ Pilihlah kerugian daripada keuntungan yang tidak jujur. Yang satu membawa derita  untuk seketika, yang satu lagi untuk sepanjang masa. - Chilton.

30✐ Sebab dan akibat, niat dan matlamat, benih dan buah, tidak mungkin dipisahkan. Ini kerana akibat telah berbunga di dalam sebab, matlamat telah wujud di dalam niat, dan buah telah tumbuh di dalam benih. - Emerson.

31✐ Apabila anda jatuh dan bangkit kembali ia menghasilkan sesuatu pada diri anda. Jatuh banyak kali dalam hidup itu adalah menyihatkan dan menyegarkan, jika setiap kali anda bangkit kembali - bangkit itulah yang mustahaknya. - Yoritomo Tashi.

32✐ Anda mungkin perlu memperjuangkan sesuatu perjuangan itu lebih daripada sekali untuk memenanginya. - Baroness Margaret Thatcher.

33✐ Ketika saya seorang anak muda, saya telah memerhatikan bahawa sembilan daripada sepuluh perkara  yang saya lakukan menemui kegagalan. Saya tidak mahu menjadi seorang gagal lalu saya bekerja sepuluh kali ganda lebih kuat. - George Bernard Shaw.

34✐ Jangan, jangan, janganlah mengaku kalah dalam apa jua yang kamu lakukan. - Winston Churchill.

35✐ Aroma harum kejayaan tidak cukup bermakna, tanpa kegagalan. - Hishamuddin Rais.

36✐ Pendidikan adalah senjata paling ampuh yang dapat anda gunakan untuk mengubah dunia. - Nelson Mandela.

37✐ Ilmu pengetahuan adalah makanan bagi jiwa. - Plato.

38✐ Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab.

39✐ Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan.

40✐ Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire.

41✐ Kewajipan yang perlu kita sempurnakan adalah lebih banyak dari masa yang kita ada. Maka sepatutnya tidak ada satu saat yang kita biarkan ianya berlalu tanpa kita menggunakannya dengan melakukan perkara berfaedah. – Hassan al-Banna.

42✐ Bahawa manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak. – Saidinia Ali bin Abi Talib.

43✐ Saya bukan gagal 10,000 kali, sekali pun tidak. Saya telah berjaya membuktikan 10,000 cara itu tidak menjadi. – Thomas Edison.

44✐ Seharusnya manusia yang berakal tidak bersungguh-sungguh melainkan dalam tiga perkara. Berusaha untuk keperluan hidupnya, beramal untuk hari kemudian dan bersuka-suka di dalam perkara yang tidak haram. – Saidina Ali bin Abi Talib.

45✐ Tanpa buku, sejarah menjadi sunyi, sastera bisu, ilmu pengetahuan lumpuh, dan fikiran menjadi kaku. –  Barbara Tuchman.

46✐ Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat. – Imam al-Ghazali.

47✐ Bangsa yang tidak mengetahui sejarah masa lampaunya tidak akan mampu membangunkan masa depannya. – Tan Sri Lee Lam Thye.

48✐ Kekuatan sebenar seorang manusia berada dalam jiwanya, bukan pada anggota tubuhnya. – Alex Karras.

49✐ Sekiranya kita tidak sukakan sesuatu, ubah sahaja dan sekiranya tidak mampu mengubahnya, ubah cara kita berfikir mengenainya. – Mary Engelbreit.

50✐ Kesalahan kita yang paling buruk adalah terlalu sibuk mengurusi kesalahan orang lain. – Kahlil Gibran.


Ranking: 5

{ 23 comments... read them below or add one }

Farrah MF said...

Menarik ni! Untuk perbaiki kelemahan diri :)
Salam kenal, tuan blog. Dtg follow sini.


17 May 2014 at 02:01
Lokerja.in said...

Posting yang bagus


18 May 2014 at 05:24
Dunia Zumal said...

Entri yang sangat menarik dan bermanfaat :)


19 May 2014 at 07:49
Teacher Basariah said...

kata2 yang sangat menarik..pasni boleh saya kongsikan dengan pelajar saya..(^_^)


12 June 2014 at 19:06
Riri said...

stopped on Friday afternoon after a long time not been


13 June 2014 at 02:04
Syuri said...

kunjangan jumat petang


13 June 2014 at 02:05
Yun Sing said...

Nice sharing :)


14 June 2014 at 23:06
Mummy-Zerry said...

Kata2 yang sangat bermotivasi..


27 June 2014 at 01:56
Aisyah said...

Datang membalas kunjungan dari blog ini --> http://mydreamhigh123.blogspot.com.

Semua kata2 motivasi di atas ni ada kait mengait dengan diri Aisyah yg tengah down sekarang ni~ Tapi sekrng dh ada sedikit semangat bile baca quote2 kat atas ni.. mohon share boleh tuan empunya blog ? ^_^ saya nak letak dalam entri blog saya. tq


8 July 2014 at 00:28
Aisyah Radin said...

menarik..nak share la eh..thanks...
jemput melawat 'rumah' a.k.a 'kedai'
saya..

www.ummiammararif.blogspot.com


11 July 2014 at 07:47
Lee Aziz said...

Silakan Siti Aisyah


13 July 2014 at 19:08
Unknown said...

Salam perkenalan.. Menarik sungguh ungkapan emas tu.. Jemput datang

www.ariescape.blogspot.com


15 July 2014 at 06:30
Unknown said...

thx for sharing..done follow you.. jemput singgah

http://bilaakutravel.blogspot.com/


31 August 2014 at 21:15
.:: Schaz ::. said...

nice sharinng. done follow sambil menabung :)


2 September 2014 at 00:39
SNM said...

Banyaknya ungkapan emas...
Semuanya best²...nak copy la yg berkenan!

Done follow Lee Aziz.
Yana isi tabung nuffMaybank (^^,)


8 October 2014 at 00:56
Merysah Rajis said...

Tq sbb kongsikan kata2 motivasi ini ;)


14 October 2014 at 20:40
sya said...

perkongsian yang sangat bermanfaat..


15 October 2014 at 01:01
sya said...

perkongsian yang sangat bermanfaat..


15 October 2014 at 01:02
Sally Samsaiman said...

translation daripada English yer?


17 January 2016 at 18:41
Anonymous said...

Follow daily cryptocurrency news and trends https://cryptonewstrends.com/


20 April 2018 at 04:12
 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved