
Niat - Kata-kata ulama mengenai niat.
Pada pendapat saya, seluruh kebajikan terhimpun dalam niat yang bagus. Dengan niat yang bagus, engkau telah memperoleh kebajikan meskipun engkau belum atau tidak melaksanakannya. – Daud Al-Ta'i.
Sesungguhnya yang dikehendaki oleh Allah daripadamu hanyalah niat dan kehendakmu. - Al-Fudail Bin Iyad.
Aku suka dan gemar berniat dalam setiap perbuatan yang kukerjakan, bahkan ketika makan dan minum pun aku berniat. – Zaid Al-Syami.
Belajarlah berniat sebab ia lebih lebih sempurna daripada amal. – Yahya Bin Ab Kathir.
Tidak ada yang lebih sukar untuk aku fahami selain niatku sendiri kerana ia sering berubah-ubah dalam hatiku. – Sufyan Al-Thawri.
Selalunya satu amalan yang kecil boleh berubah menjadi besar lantaran niat. Sebaliknya amalan yang besar boleh menjadi kecil juga disebabkan oleh niat. – Ibn Al- Mubarak.
Bagusnya hati dengan bagusnya amal, dan bagusnya amal dengan bagusnya hati. – Matraf Bin Abdullah.
Sumber: Isham Bin Muhammad Al- Syarif, al-Jami' al-Sahih min Ahadith al-Nisa'.
P.S: Pelbagai Koleksi Terbaru Yang Menarik di MANGO
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment