Tidak ada jalan mudah untuk membina otot dan memiliki tubuh badan seksi untuk ditonjolkan dalam masa yang singkat. Josh Blacker yang memegang watak Crowe menerusi filem Elysium yang bakal ditayangkan 22 Ogos ini ada jawapan yang mungkin boleh dijadikan sumber inspirasi buat anda.

PERMULAAN
Dua tahun lepas, pelakon ini menerima satu panggilan dari ejen produksi untuk menawarkannya satu watak tentera upahan Afrika Selatan di Neill Blomkamp bagi filem Elysium ini. Pada mulanya, tawaran yang diberi diterima dengan hati yang terbuka kerana Josh yakin akan kriteria tubuh badan yang dimilikinya. Namun, semuanya silap apabila watak yang diperlukan sebagai tentera upahan adalah lebih daripada itu. Kebanyakan tentera upahan Afrika Selatan mempunyai tubuh badan yang besar dan sasa. Ini membuatkan Josh perlu melakukan sesuatu untuk tubuh badannya meskipun ketika itu dia berketinggian 5' 10", 165 paun berat dan kira-kira 13% lemak. Memandangkan abangnya seorang pelatih peribadi, Josh meminta bantuan abangnya dengan mengatakan dia mempunyai tiga bulan untuk menambah 20 paun otot!

Menurut Josh, abdomen yang 'cantik' bermula dari dapur. Diet merupakan rejimen senaman yang sangat penting. Meskipun ramai pelatih memberitahu pengambilan protin yang banyak seperti ayam dan ikan salmon boleh membantu, namun Josh pula seorang pemakan sayuran (vegetarian) selama 20 tahun. Josh tidak menjadikan pemakanan sebagai isu untuk membentuk otot lebih-lebih lagi kini dia hanya mempunyai tempoh tiga bulan untuk mempunyai tubuh badan yang sasa dan besar.

WORKOUT
Senaman selama 45 minit dan 60 minit adalah paling maksimum penting untuk membina otot dan mengawal tahap hormon di samping mengekalkan tahap kortisol pada tahap yang optima. Senaman seperti bench, squat, deadlits, overhead presses dan chin up mampu memberi impak besar terhadap tubuh badan yang kuat dan besar. Menurut Josh lagi, peralatan untuk bersenam juga amat penting. Antara peralatan yang digunakan adalah curls, dips, cross-body hammer curls dan body-weight tricep extensions. Setiap kali mengakhiri senaman di gim, Josh akan membawa sandbag dengan 4-5 gerakan ulang alik, berehat selama 60 saat dan mula semula sebanyak lima kali.

Untuk kekuatan, Josh berlatih mengangkat benda berat dengan fokus terhadap aktiviti berat yang sering dilakukan oleh pada atlet olimpik. Josh juga melakukan senaman rejim untuk mengekalkan kekuatan dan meningkatkan jisim otot secara keseluruhan. Josh menghabiskan masa selama tiga hari seminggu di dalam gim. Antara rutin Josh di dalam gim adalah squat, dip, pull-up (5x5), standing curls, deadlift, floor press, chin up, tricep pushdowns danbench barbell row.

PEMAKANAN
Josh yang merupakan seorang vegetarian selama 20 tahun semestinya tidak akan mengambil sebarang daging, ikan, susu, telur mahupun madu. Namun, kunci utama pembentukan otot adalah penambahan protin dan kalori. Rahsia Josh adalah menambah pengambilan minuman berprotin di dalam rutin harian. Josh juga menambah hidangan dari tiga hidangan kepada enam hidangan setiap hari.

7:00 - Segelas besar air kosong dengan perahan lemon untuk membantu menghidratkan semula dan memulihkan alkiliniti.

7:30 - Mangkuk besar mil oat bersama kacang walnut, bijirin campuran, beri biru organik, pisang dan badam. 

10:00 - Sebelum bersenam, ambil minuman mengandungi elektrolit dan Branch Chain Amino Acids (BCAAs) untuk membantu mengisi dan membina semula otot.

11:30 - Selepas bersenam, ambil minuman protin sayur, susu badam, mentega kacang, pisang, beri biru dan bayam.

1:00 - Tempe yang digril bersama brokoli kukus, digaul bersama minyak zaitun, sedikit keju dan kentang manis.

4:00 - Makanan ringan seperti campuran kacang yang terdiri daripada badam, gajus, kacang brazil dan walnut bersama humus dan lobak merah. 

6:00 - Tofu dan sayur-sayuran seperti kale, brokoli, bok choy, cili dan gajus.

8:30 - Minuman smoothie yang terdiri dari serbuk protin sayur, air kelapa, pisang dan maca.

Tidak ada yang mustahil untuk memiliki badan sasa penuh otot melainkan anda mempunyai kesungguhan seperti yang dimiliki oleh Josh Blacker ini. Amacam, sudah bersedia?

Sumber: Maskulin