Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Kak Chik Dan Hospital

on Friday, 20 July 2012

Nur Arianna Batrisya atau mesra di panggil Kak Chik di kalangan ahli keluarga kerap 'lepak' di wad hospital. Dalam tahun ini sahaja sudah dua kali Kak Chik menghuni katil hospital kerana 'asma' menyerang. 



Semua gambar-gambar ni tahun-tahun sebelumnya kerana diserang demam panas. Mama adalah peneman setia sewaktu dia berada di hospital. Tugas utama aku adalah menghantar baju atau makanan yang dipesan mama. Lagipun aku kena jaga kakak ketika ketiadaan mama. Setelah dua kali ditahan di wad berturut-turut, kami kena berjaga-jaga untuk memastikan keadaan Kak Chik kembali okey. Ayaq ais seboleh-bolehnya kami tak bagi dia ambik. Doktor juga membekalkan inhaler untuk digunakan pagi dan malam. Kerana dia tak pandai guna sendiri kami beli sejenis pam 'AeroChamber' disambung bersama inhaler untuk memudahkan dia menyedut.



Yang tak tahan jaga dia asyik memerap nak suruh dukung. Biasa la budak-budak. Kalau orang tua suruh dukung mau tibai dengan ekoq pari atau batang betik tengah belakang. Lagi satu dia asyik 'karaoke' sebut nak balik rumah.



Mak Ngah Zainab dia sanggup mai dari Johor turun Penang semata-mata nak melawat anak menakan kesayangan dia.




Yang paling aku kesian bila Kak Chik sakit selain dari dirinya sendiri adalah mama dia yang banyak berkorban nak jaga anak kami. Tak cukup tidoq toksah cerita la. Dengan meragamnya, memerapnya macam-macam peel. Walau sakit dia tetap aktif.



Aku cuma ambik satu sahaja. Cuba renungkan hadis ini  kerana hidup merupakan suatu ujianDaripada Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah SAW,“Malapetaka itu akan terus menimpa orang Mukmin lelaki dan perempuan, menimpa dirinya, anaknya ataupun hartanya sehingga dia menemui Allah Taala dalam keadaan bersih daripada segala kesalahan.”

Wallahualam
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved