Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Punca Sukar Bersalin

on Sunday, 16 December 2012




Program motivasi itu hanya sehari, jadi saya tergesa-gesa untuk menghabiskan kesemua modul, sebab saya bercadang mengetuai sendiri Senaman Terapi 3E pada penghujung nanti. Tanpa saya sedar ada beberapa orang wanita hamil yang mengikut di belakang.

“Baiklah, sekarang tiba masanya kita buat Senaman Terapi 3E bersama-sama. Semua wanita hendaklah berada di belakang dan lelaki kesemuanya di hadapan. Lakukan sedaya anda. Kepada sesiapa yang tidak berdaya hingga ke hujung harap berhenti,” pesan saya.

Kami pun mula bersenam dengan saya mengetuai, berada paling depan menghadap skrin besar. Kedengaran para peserta ketawa apabila lagu pertama senaman adalah lagu lama dinyanyikan semula oleh Wan.

kehamilan

Masuk lagu kedua kedengaran beberapa wanita tertahan-tahan untuk ketawa, entah kenapa. Lagu ketiga adalah lagu Hindustan dan ini membuat beberapa orang sama-sama menyanyi. Apabila lagu Siam kedengaran sekali lagi mereka ketawa beramai-ramai. Kesemua tujuh lagu dalam Senaman Terapi 3E memang pelbagai, penghujung sekali adalah lagu “Demi Matahari” seni katanya terjemahan dari Al-Quran. Ia berjaya membawakan kesan syahdu yang tersendiri.

“Eh, puan hamil rupanya,” kata saya apabila selesai, sebaik sahaja terpandang seorang wanita yang membusung perutnya mendatangi saya. Dia datang sambil memegang perutnya itu bersama senaskhah buku untuk diautograf. “Puan ikutkah senaman tadi?” tanya saya ragu-ragu.

“Ya, saya ikut, mana-mana yang bolehlah,” katanya. “Itu pun membuatkan budak ni menendang-nendang.”

Alamak, kata hati saya. “Tapi tak apa, Insya-Allah, senaman terapi ini juga boleh memudahkan puan bersalin kelak. Ia tak berat sangat, kan?” tanya saya.

“Ya, enjoy lagi,” ujarnya.

“Harap lakukan selalu. Sekurang-kurangnya tujuh kali nanti puan akan rasai kesan indahnya, tak akan ketawa-ketawa lagi,” ujar saya.

Malas Dan Tidur

Sekembali daripada program berkenaan, apabila saya semak gambar-gambar yang diambil, rupa-rupanya ada seorang lagi wanita yang hamil tetapi jelas dia juga mengikuti semua gerak laku senaman.

Sebenarnya salah satu punca sukar bersalin adalah disebabkan tubuh badan yang gagal diberikan gerak-gerak yang sesuai sepanjang hamil. Terbukti gadis-gadis yang hamil secara salah apabila terus menjalani kehidupan biasa sehingga tiada siapa menyangka dia hamil, bersalin dengan mudahnya.

Banyak kes gadis-gadis ini bersendirian di dalam bilik air sewaktu bersalin, tahu-tahu kita jumpa janin yang sudah tidak bernyawa tersumbat di mangkuk tandas. Itu salah satu bukti terus aktif tatkala hamil bakal memudahkan proses bersalin, sebaliknya jika malas dan kerap melayan tidur akan membuatkan badan menjadi berat dan mengalami komplikasi sewaktu hendak bersalin.

Senaman adalah kesediaan fizikal dan mental bakal ibu semasa hamil dan juga ketika proses bersalin kelak. Lemah seseorang ibu itu bererti fizikalnya tidak kuat dan ini mempengaruhi bagaimana cara dia melahirkan bayinya.

Terbaik adalah teknik pernafasan. Senaman pernafasan sangat bermanfaat bagi mendapatkan oksigen secukupnya. Ingat, oksigen bukan untuk si ibu sahaja, juga janin yang di kandung.

Senaman juga sebenarnya membuat tubuh lebih relaks untuk membantu mengatasi tekanan dan rasa sakit. Apabila semua bahagian tubuh digerakkan dengan lembut mengikut irama perlahan dengan seni kata ketuhanan ia memberi kesedaran mental, fizikal juga spiritual untuk lebih pasrah.

Sesungguhnya proses bersalin itu sangat kritikal tetapi oleh persediaan yang hebat pada tahap minda, badan dan juga roh, ia sangat membantu pada kelancarannya, Insya-Allah.

Sumber : mingguanwanita

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

MyFreeMinded said...

sedikit frust, register follower kamu no 89, u should've come visit me a little bit earlier so I boleh dpt no 88.. hahaha... berenti merapu jap.. artikel psl utk senang bersalin ni,kalau rajin mengerakkan badan, tak layan sangat tdo kehendak badan yg asik nak rehat memanjang tu, insya allah, akan dipermudahkan Allah


16 December 2012 at 22:25
Zsuzsanna said...

Hello my dear friend!


20 December 2012 at 08:13
 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved