Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Mutiara Kata Bijak Tokoh Dunia

on Saturday 4 January 2014



Orang berilmu seperti pepohon rendang. Semakin lebat buahnya semakin menunduk bagi memberi perlindungan kepada unggas yang memerlukan pertolongannya. – Sir Herbet Louis Samuel.


Masa hadapan seorang pemuda lebih bergantung pada apa yang dilakukan pada waktu senggangnya daripada waktunya bekerja. – Tanpa Nama.

Apa yang cemerlang tidak kekal, apa yang murni tidak abadi. – Goethe.

Yang paling sukar bagi manusia, adalah mengenal dirinya sendiri. – Thales.

Kalau anda ingin mengetahui nilai wang, cubalah meminjam. Sesiapa yang meminjam, dia menghadapi penderitaan. – Benjamin Franklin.

Kenikmatan memberi maaf adalah lebih besar daripada kenikmatan membalas dendam. – Tanpa Nama.

Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu. – Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tak berharta susah hati, di akhirat orang yang tidak beragama lebih sengsara. – Saidina Abu Bakar.

Janganlah menunggu sampai memperoleh saat yang istimewa bagi berbuat baik, usahakanlah menggunakan saat yang wajar. - Jean Paul Richte.

Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya, tetapi seorang Muslim sejati adalah ‘kitab terbuka’ yang semua orang membacanya. Ke mana saja ia pergi, ia adalah ‘dakwah yang bergerak’. - Asy Syahid Imam Hasan Al-Banna.

Harapan adalah rahmat Tuhan bagi manusia, sekiranya bukan kerana harapan, tiadalah wanita yang sedia melahirkan anak, dan tiadalah petani yang sedia menaburkan benih. – Nabi Muhammad S.A.W.

Kuat dan jayanya suatu umat adalah kerana akhlaknya, apabila akhlaknya rosak maka binasalah umat itu. - Al-Ghazali.

Kita bahagia apabila kita memiliki benda-benda yang kita sukai, bukan kerana memiliki benda-benda yang disukai orang lain, sebab kebahagiaan itu terletak dalam selera, dan bukan benda-benda itu sendiri. – La Rouchefocauld.

Janganlah membanting pintu, siapa tahu kita perlu kembali melalui jalan itu lagi. – Don Herold.

Orang yang memperhatikan aib orang lain menyebabkan dia tidak pernah mempunyai waktu bagi mengetahui aibnya sendiri. – La Bruyere.

Orang perlu wang, tetapi juga ingin puas dan bangga dengan pekerjaannya. Saya yakin orang bekerja demi kepuasan. - Akio Morita.

Apabila anda berasa belum puas dengan apa yang anda miliki sekarang, maka anda tidak berasa puas walaupun dunia seluruhnya menjadi milik anda. – Seneca.

Kebahagiaan sama dengan tidak memandang kesulitan-kesulitan kecil sebagai malapetaka. – Andre Malraux.
Kita sering terpesona oleh kebahagiaan yang tampak dari jauh, akan tetapi keterpesonaan itu menjadi berkurang apabila kebahagiaan itu didekati. – T. H. Valden.

Manusia sangat cepat dapat mengetahui, namun terlambat bagi mempraktikkannya. – Goethe.

Burung-burung terjerat oleh kakinya sendiri, sedangkan manusia terjerat oleh lidahnya. – Thomas Fuller.

Prasangka adalah nasihat yang paling tidak dapat dipercaya. - Napoleon Hill.

Prasangka adalah pertimbangan yang bodoh. - Voltaire.

Orang yang menganggap dirinya paling bahagia, memang benar-benar bahagia, tetapi bagi orang yang menganggap dirinya paling bijaksana, biasanya orang yang paling tolol. – Colton.

Orang yang tidak berasa bahagia dengan yang sedikit, selamanya tidak menemui kebahagiaan. – Abikors.

Orang tidak maju, sebelum dapat meyakinkan dirinya sendiri dan bukan meyakinkan orang lain. – Tanpa Nama.

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal adalah sejalan dengan usaha mereka menepati janji pada diri sendiri. - W. Clement Stone.

Hati-hatilah berjanji bagi menjumpai seseorang pada jam yang ditetapkan, menepati janji itu menjadi ukuran keluhuran budi anda. - Inayat Khan.

Malas adalah keburukan bagi orang hidup. - Hukamah.

Lelaki yang paling bahagia adalah yang beristerikan wanita yang baik. - Josh Billings.

Apabila anda berasa bahagia, berbuatlah supaya orang lain juga berasa bahagia. Orang yang berasa bahagia menghendaki supaya orang di sekelilingnya bahagia pula. – Rabindranat Tagore.

Orang yang tidak pernah jatuh, itu biasa, tetapi setiap orang yang jatuh sanggup bangun kembali, itulah yang luar biasa. - Mirabeau.

Sesuatu yang tidak pernah bermula, tidak dapat berakhir. - Robert Henry.

Setiap kecemerlangan dan kearifan saya, saya bayar dengan wang dan emas sehingga hampir seluruh harta benda saya habis. Kesemuanya itu saya keluarkan bagi mempelajari apa-apa yang saya ingin tahu. - Goethe.

Bicarakanlah aib diri sendiri sebelum melakukan kecaman kepada orang lain. – Dale Carnegie.

Apabila kesabaran dan rasa terima kasih adalah dua ekor unta betina, yang mana satu perlu kutunggang tidak menjadi masalah. – Umar Bin Khattab.

Politik sama sahaja di mana-mana, mereka menjanjikan membuat jambatan, walaupun di tempat itu tidak ada sungai. - Nikita Krushshew.

Makin banyak kita belajar, makin insaflah kita betapa sedikitnya yang kita ketahui. – Kong Fu Tsu.

Tersimpan kekuatan dasyat dalam keyakinan apabila orang yakin dia dilahirkan bagi melaksanakan sesuatu yang nampak mustahil, maka hampir dapat dipastikan yang dia sanggup melaksanakan hal itu sebelum dia meninggal dunia. - Henry Bulwer.

Kesabaran adalah bunga yang tidak tumbuh di semua kebun. - Tanpa Nama.

Bahagia itu adalah baik perangai, kuat ingatan, bijaksana akal, tenang dan sabar menuju cita-cita. - Yahya Bin Kahlid Al Barmakil.

Kesukaran dengan dunia ini adalah orang bodoh berasa yakin, sedangkan orang cerdas selalu diliputi rasa ragu-ragu. - Bertrand Russel.

Hancurnya kebahagiaan bukan kerana kecelakaan besar melainkan kerana hal-hal kecil yang membahayakan yang datang berulang-ulang. – E. Dimnet.

Kebahagiaan tumbuh di dalam rumah kita sendiri dan tidak dapat dipetik daripada taman orang lain. - D. Jerrold.

Kebaikan dan pahala itu ialah cantik akhlak manakala keburukan dan dosa itu ialah sesuatu yang tidak tenang pada hatimu dan kamu membenci manusia melihatnya. – Nabi Muhammad S.A.W.



P.S: Pelbagai Koleksi Terbaru Yang Menarik di MANGO

                                                                        Road test these bloggers' driving skills with a Ford Fiesta! -->











Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved