Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Buang Ego Tingkatkan Intim

on Saturday, 16 March 2013



Bahagian Penyelidikan Jakim mendapati tiada persefahaman adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam dari 2003 hingga 2004.   

Di pihak suami, tiada persefahaman merupakan punca utama perceraian iaitu 43.33%; tidak bertanggungjawab (32.93%); masalah akhlak dan sosial (12.03%); masalah pihak ketiga (5.54%) dan masalah ekonomi (2.62%).  

Bagi pihak isteri pula, punca perceraian kerana tiada persefahaman 69.44%; tidak bertanggungjawab (17.68%); masalah akhlak dan sosial (5.84%); masalah pihak ketiga (4.42%) dan masalah seksual (1.38%).  

Rekod menunjukkan 135,136 umat Islam berkahwin pada 2009 sementara bilangan yang bercerai pula 27,116 orang. (UM 9 Dis 10)   

Uh, ramai sungguh? Selain apa yang digariskan oleh Jakim itu, saya ingin menambah satu lagi iaitu ego. Sama ada ego seorang suami atau ego seorang isteri atau kedua-duanya sekali, hal ini bukan olok-olok untuk disampingkan begitu sahaja.  

Maklumlah, zaman sekarang ramai orang berpendidikan tinggi. Apabila kelulusan tinggi jawatannya juga jadi tinggi. Suasana di pejabat selalu dibawa-bawa ke rumah. Apabila sama-sama berjawatan tinggi dan berkelulusan tinggi, cara bercakap pun menjadi begitu tinggi.  

Sepatutnya apa pun kedudukan anda di tempat kerja, di rumah anda adalah suami isteri. Cara suami isteri berbicara tidak sama seperti seorang bos berbicara kepada orang bawahannya.  

Terbaru saya didatangi seorang wanita lulusan universiti di Amerika dan suaminya juga demikian. Mereka jatuh cinta di sana lalu berkahwin setelah kembali ke tanah air. 

Sekarang wanita ini beriya-iya minta dilepaskan. Alasan pertamanya tiada keserasian, tiada persefahaman.  

“Apa yang saya cakap walaupun betul suami tak nak terima. Saya pun tak boleh nak terima cakap dia walaupun saya tahu dia betul.” Itu kata-kata wanita berkenaan sewaktu mengadu pada saya. Dia adalah salah seorang peserta program motivasi saya tahun lalu.  

Anda fikir mengapakah kedua-duanya saling tidak dapat menerima meskipun kata-kata itu adalah betul? Jawapannya ego. Mengapa ego? Sebab masing-masing lulusan Amerika dan sekarang menjawat jawatan tinggi dengan kerajaan.  

Kalau sayangkan rumah tangga kurang-kurangkanlah rasa ego. Bertukarlah sewaktu berada di rumah, sebagaimana iguana menukar warnanya mengikut warna di mana ia berada. Untuk selamat banyak haiwan kecil menukar warna masing-masing; ada yang berupa daun, berupa ranting, kulit kayu dan sebagainya, lalu selamat.  

Apabila pulang ke rumah, biarpun anda seorang bos paling besar letakkan kembali diri anda pada heiriki rumah tangga sebenar. Jika suami, jadilah suami bukan bos besar lagi; jika isteri, jadilah isteri penyayang bukan pengarah yang hanya tahu mengarah.  

Ketahuilah, ego juga boleh meningkat disebabkan:  
✐Kecurangan atau wujudnya ‘kekasih gelap’.  
✐Menganggap agamawan, kaunselor dan motivator bukan orang yang layak untuk mendengar masalah mereka.   
✐Jahil dalam agama.  
✐Terlebih keperluan asas dunia, dalam kata lain banyak harta.  
✐Campur tangan pihak ketiga sebagai penghasut, selalunya juga terdiri daripada ibu bapa dan kawan karib.   

Dari Aisyah R.A katanya, “Pada suatu waktu ketika aku sedang haid, aku minum. Kemudian gelasku kuberikan kepada Nabi S.A.W, baginda meletakkan bibirnya di bekas mulutku lalu baginda minum pula. Pernah ketika aku sedang haid, aku makan sepotong daging. Setelah kugigit daging itu kuberikan kepada Nabi S.A.W lalu baginda menggigitnya pula dibekas gigitanku.” (Muslim)  

Jadi, apa pendapat anda sekarang? Sekarang buanglah ego, bangkitkan intim – yang untung anda juga.


Sumber: mingguanwanita




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved