Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Lubang-Lubang Paku

on Sunday, 3 March 2013




Dihikayatkan dari satu mulut ke satu mulut yang lain, di  satu sudut dunia terkisah sebuah cerita tentang seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun  hanya disuap dengan satu masalah yang kecil. 

Pada suatu hari, ayahnya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. 

Timbul persoalan di hati anak muda tersebut lantas bertanya, “untuk apakah paku-paku ini duhai ayah?” 

“Begini anakku. Setiap kali kamu berasa marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu,” jawab ayahnya. Persetujuan dicapai.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, dia mendapati  adalah lebih mudah mengawal kemarahannya daripada mengetuk paku menembusi tembok seperti sebelumnya. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak berasa marah dalam hari-harinya. 

Gembira dengan perkara itu, dia memaklumkan perkara tersebut kepada ayahnya. Lantas, ayahnya mengucapkan tahniah dan menyuruhnya mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa rasa kemarahan. 

Hari berganti dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada ayahnya dengan perasaan bangga. Ayahnya memimpin tangan pemuda itu ke tembok di hadapan rumahnya lalu berkata, “Tahniah anakku. Engkau telah melakukannya dengan baik sekali, anakku. Tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.” Ayahnya mengusap perlahan tembok tersebut. 

“Biarpun sudah tiada paku, tembok ini tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Apabila engkau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka kepada yang menerimanya sama seperti ini.” 

“Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatammu, namun lukanya masih tetap ada. Adapun, luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal dan sukar sekali untuk sembuh.” 

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. 

“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.”



Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa seseorang telah berkata kepada Nabi S.A.W, “Nasihatilah aku.” Lalu Nabi S.A.W bersabda, “Jangan marah,” maka berulang-ulang orang itu meminta dinasihati, jawab Nabi, “Jangan marah.”  

Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi S.A.W bersabda, “Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.”



Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Satu kisah yang amat menarik. Moga jadi pedoman.


11 March 2013 at 09:03
Unknown said...

Marah kalau salah diarah boleh jadi parah; boleh jadi barah


7 July 2013 at 23:58
 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved