Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Berpalinglah Apabila Kerap Dipuji

on Saturday 12 January 2013


Setiap kali anda didatangi seseorang yang tidak dikenali, dan dia menawarkan suatu yang membolehkan anda untung tetapi dalam masa yang sama anda dikehendaki membayar sesuatu harga, hindarilah dia. Dia boleh jadi seorang yang licik. Kerjanya adalah menipu untuk kesenangan hidup secara mudah.

Orang begini selalunya berketerampilan menarik, pandai bercakap dan kerap memuji-muji. Usah terlalu mudah percaya jika sayang akan harta. Keupayaan orang begini luar biasa sekali, dalam salah satu kes, dia berupaya membebaskan diri dari saman RM20 juta tanpa membayar apa-apa pun hanya dengan mendatangi orang yang memfailkan saman itu bersama seorang berpengaruh di negara kita.

Tahukah anda, bomoh ‘kelentong’ turut tersenarai dalam carta 10 jenayah komersil paling banyak berlaku di negara kita, selain sindiket penipuan lelaki Nigeria, penyelewengan pelaburan dan cabutan bertuah Macau.

Awas Taktik Bomoh Kelentong

Dari Januari hingga Ogos lalu, 174 kes penipuan bomoh dilaporkan kepada polis dengan jumlah kerugian mencapai RM5 juta. Berdasarkan jumlah kerugian mangsa, kegiatan bomoh kelentong ini berada pada kedudukan kelima dalam senarai 10 jenis jenayah komersil paling banyak sepanjang tempoh sama.

Jumlah kerugian paling banyak pula ialah kes penyelewengan pelaburan membabitkan RM61 juta daripada 247 kes.

Di tangga kedua penipuan lelaki Nigeria dengan 774 kes dengan jumlah kerugian mangsa sebanyak RM24 juta.

Secara keseluruhan sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini, jumlah kes dilaporkan membabitkan 10 jenis jenayah komersil ialah 3,935 dan jumlah kerugian mangsa sebanyak RM122 juta.

Bomoh kelentong terbahagi kepada tiga jenis iaitu bomoh Cina, perubatan Melayu dan nombor ramalan. Taktik penipuan bomoh Cina ialah memberitahu mangsa mendapat sial dan perlu menyerahkan barang kemas serta wang untuk upacara menyeru bagi membuang sial berkenaan.

Bomoh perubatan Melayu pula menipu mangsa dengan meyakinkan mangsa tentang kuasa yang ada pada sesuatu azimat seperti batu, tangkal dan sebagainya. Bomoh nombor ramalan pula beroperasi dengan menghantar surat kepada mangsa dan meminta mangsa memasukkan wang ke dalam akaun sebagai kos upacara sembahyang untuk memenangi perjudian nombor ekor.

Bukankah kelakar, taraf pendidikan rakyat negara kita membanggakan sekali, tetapi mereka mudah dikelentong oleh orang yang tidak pernah bersekolah pun. Jadi, apakah anda seorang yang bijak? Anda bijak andainya dapat menangkis semua tipu helah seperti ini. Motivasi kadang-kadang tidak jalan tatkala anda telah kerugian beribu-ribu ringgit.

Seperti yang saya ceritakan tadi, andainya ada orang boleh menukar RM20 juta yang terpaksa dibayarnya kepada kosong ringgit, bukankah itu bermakna dengan kata-kata sahaja seseorang itu boleh untung sekian banyak?

Terbaru kisah sepasang suami isteri yang terpaksa berhempas pulas bekerja lebih masa semata-mata untuk menjelaskan hutang ceti. Mereka adalah pasangan yang bermotivasi tinggi untuk memulakan perniagaan, namun apabila perniagaan tidak menjadi, mereka dibebani hutang yang amat banyak. Langkah elak ditipu.

Elakkan mudah tertipu dengan langkah-langkah berikut :-

i. Apabila anda dipujuk beria-ia untuk buat pelaburan dalam pelbagai perniagaan sama ada pertanian, jualan langsung atau bisnes internet dengan dijanjikan pulangan lumayan, ingat ia mungkin tidak benar sama sekali.
ii. Apabila anda diminta membayar sekian-sekian banyak untuk sesuatu barang oleh individu yang mengaku ejen menjual barang rampasan kastam, polis dan lain-lain.
iii. Apabila anda dikatakan memenangi hadiah tanpa sekali pun anda menyertai mana-mana peraduan. Sila abaikan sahaja.

Sumber: mingguanwanita


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved