Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Terawet Kaku Tatkala Seks

on Wednesday, 23 January 2013


Bukan semua lelaki sukakan wanita, begitu juga bukan semua wanita sukakan lelaki. Memang ada spesies di muka bumi ini golongan yang meminati sesama jenis. Umat Nabi Luth A.S misalnya adalah golongan yang keterlaluan dalam soal ini hingga akhirnya musnah.

Sudah banyak kesan negatif ditunjukkan Allah oleh minat yang songsang begini tetapi sehingga hari ini masih ramai yang tidak mahu mengambil sebarang pelajaran. Mereka melihat dari sudut hak dan minat semata-mata. Maka itu, mereka tidak segan-segan memperjuangkan ‘hak dan minat’ itu di tengah masyarakat.

Syukurlah, kita bukan spesies yang begitu. Jika kita bukan sebenar-benarnya wanita mustahil kita sudi membaca majalah ini. Pasangan kita juga semestinya juga seorang lelaki sejati, jika tidak dia pun tidak ingin mengambil kita sebagai isteri.

Tetapi percayakah anda kalau saya katakan, memang ada orang yang berkahwin tetapi masih meminati sesama jenis. Seorang wanita mengadu kepada saya bagaimana suaminya asyik berkurung dengan lelaki muda di dalam bilik hingga berjam-jam lamanya.

Seorang lelaki pula bercerita kepada saya isterinya tidak pernah mengabaikan dirinya tetapi dia terjumpa pelbagai peralatan bantuan seks sesama wanita milik isterinya itu. Saya sendiri terkejut apabila seorang lelaki yang pernah terlibat sebagai urus setia pertandingan membaca al- Quran sebuah negeri satu ketika dulu dahulu sebenarnya seorang gay.

Dia mengajak saya balik ke rumahnya kemudian dia melakukan mukadimah untuk hubungan songsang. Saya benar-benar terkejut, maklumlah dia seorang yang berpendidikan dan memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Mengizinkan Azab Menimpa 

Maknanya cerita hubungan sejenis ini bukanlah dongeng. Ia benar-benar ada dan terjadi.

Homoseksual lebih kepada orientasi seksual yang berkait rapat dengan emosi yang mereka ‘cipta’ sendiri bagi menterjemahkan kebebasan serta kenikmatan yang tersasar dari agama. Sejarah menceritakan isteri Nabi Luth A.S sendiri pun seorang lesbian, setelah diberikan peringatan masih ingkar hingga ALLAH menurunkan hujan batu yang panas berapi serta gempa bumi dengan kekuatan bunyi yang menggegar pada waktu matahari terbit.

Apakah kita tidak takut azab serupa tertimpa ke atas kita? Andainya kita membiarkan keadaan begini berleluasa, kita seolah-olah mengizinkan azab sedemikian tertimpa atas kepala kita juga. Mirip apa yang tertimpa ke atas umat Nabi Luth A.S ialah tragedi Pompeii dalam Empayar Rom. Lebih 1900 tahun lalu, seluruh bangunan serta penduduknya tertanam lebih 18 meter di dalam lava gunung berapi.

Mereka dikatakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang mana meyakini bahawa persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara berselindung, tetapi terbuka.

Sehingga 1594, ketika kerja menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius dijalankan mereka dikejutkan dengan penemuan puluhan tubuh manusia yang sudah membatu dalam keadaan memalukan.

Masyarakat Pompeii dipercayai menjadikan kota itu sebagai pusat utama aktiviti pelacuran dan seks bebas. Sungguh mengejutkan apabila banyak sekali artifak manusia yang terawet berada dalam posisi sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat.

Allah S.W.T berfirman, “Sebab itu, setelah datang keputusan KAMI lalu KAMI jadikan yang di atasnya jatuh ke bawah dan kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang terbakar dengan berturut-turut.” (Surah Hud ayat 82). Yang pasti, jika terdapat hanya segelintir golongan yang melakukan kemaksiatan maka bala akan menimpa ke atas semua tanpa mengira mereka melakukan dosa atau sebaliknya. Apakah kita tidak takut? Semestinya kita takut. Jadi, mengapa tidak kita sama-sama banteras aktiviti yang sungguh tidak bermoral serta jijik ini.

Tahukah anda Zoo Toronto telah memisahkan dua ekor penguin jantan di zoo berkenaan selepas kedua-dua haiwan tersebut menonjolkan perlakuan gay. – (Reuters 10 Nov 11) Tetapi kita masih tidak berbuat apa-apa?

Sumber: mingguanwanita


Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Unknown said...

mashaAllah...selamatkanlah saudara-saudara seIslamku.. :(


23 January 2013 at 15:56
ismi nurash said...

nauzubillahiminzalik..moga2 kita dijauhkn drpd bala bencana..


25 January 2013 at 07:14
MyFreeMinded said...

Antara kita ni masih tak serik dengan kisah zaman nabi kita dulu.


26 January 2013 at 00:22
 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved