Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Jerat Cinta Lelaki Muda

on Wednesday, 2 January 2013




Biar setua mana pun usia anda, syahwat tidak pernah tua. Syahwat akan sentiasa muda. Pada usia emas keupayaan seksual masih pada tahap sama, malah kadang-kadang semakin memuncak.  

Ini bukanlah asing, sebenarnya ia adalah fenomena yang bakal dialami oleh semua orang. Andainya panjang umur dan sihat, lihatlah syahwat anda terus di situ sebagaimana anda muda-muda dahulu. Bezanya cita rasa anda mungkin berbeza, kalau dulu terangsang oleh melihat teruna, maklum ketika itu pun dara, tetapi kini beralih pada lelaki muda penuh keterampilan pula.  

Dalam saat beginilah ramai wanita akhirnya menjadi mangsa. Apabila terlalu meminati dia akan berkahwin lagi, kadang-kadang pasangannya jauh lebih muda. Meskipun ada yang jujur tetapi tidak kurang lelaki muda yang lebih terangsang oleh harta benda.  

Saya menulis begini kerana trend wanita berharta akhirnya tertipu oleh lelaki muda semakin banyak. Sekurang-kurangnya boleh dikatakan setiap tiga bulan saya akan mendapat kes begini, selalunya setelah ‘nasi menjadi bubur’, iaitu sudah pun berkahwin.  

Antara kes terbesar ialah seorang jutawan wanita yang amat berjaya. Dia memiliki kilang sendiri tetapi akhirnya diisytiharkan mufl is akibat muslihat suami. Dia pada mulanya menjadi penjamin suami ketika membuat pinjaman bank berjumlah hampir RM5 juta, tetapi disebabkan suaminya gagal menjelaskan hutang, dia menjadi buruan institusi kewangan sehingga semua hartanya disita selepas diisytiharkan muflis.  

Ketika hidupnya terumbang-ambing, dia diceraikan hanya dengan SMS dan pada masa sama bekas suaminya itu membina hidup baru dengan membuka perniagaan serta berkahwin lain juga.  

Gambaran Kesedihan 

Bukanlah semestinya lelaki muda itu tidak baik, malah sewaktu saya remaja saya pernah berjiran dengan seorang wanita tua berusia 60-an sedang suaminya anak muda berusia 20-an sahaja. Kelihatannya mereka sangat bahagia dan setia. Dari cakap-cakap penduduk setempat sebenarnya anak muda itu kekasih kepada anak isterinya sekarang, tetapi entah macam mana wanita yang sepatutnya menjadi ibu mentuanya itu telah jatuh cinta terhadapnya lalu mereka berkahwin.  

Bayangkan bekas kekasih kini adalah anak tiri dan mereka tinggal serumah bersama-sama.  

Sememangnya saya lihat ada gambaran kesedihan di wajah anak gadis itu. Dia jarang keluar rumah dan apabila keluar misalnya menyidai pakaian, membuang sampah dan sebagainya, jarang senyum. Kemurungan jelas terpapar di wajahnya.  

Ya, memang sesuatu yang amat menyedihkan. Saya kagum dengan gadis berkenaan kerana masih dapat meneruskan hidup di bawah satu bumbung meskipun sakit. Saya selalu membawakan kisah ini kepada gadis yang mirip-mirip meng hadapi kisah serupa, menghubungi saya untuk mendapatkan motivasi dan kekuatan diri.  

Nyata dia sangat kuat kalau dibandingkan dengan kisah seorang lelaki berusia 30-an yang memotong alat sulitnya sendiri berhampiran sebuah restoran di Danau Kota, Setapak. Dia dikatakan putus cinta.  

Bukan Kerana Harta 

Pesanan buat semua wanita berjaya yang hidup bersendiri sekarang, berpada-pada apabila anda seperti terasa jatuh cinta semula. Anda akan selalunya terjatuh cinta dengan lelaki muda. Semak betul-betul latar belakangnya, uji keikhlasannya dan berpuas hatilah dengan bukti-bukti yang ditunjukkannya, bahawa dia juga mencintai anda sejujurnya, bukan oleh harta benda yang anda miliki itu. Perkahwinan kali kedua seperti ini harus menjadi sebab untuk lebih berjaya dan kaya.  

Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat Muslim)  

Anda juga harus memandang hati tidak sekali-kali ketampanan serta kegagahan yang anda lihat hari ini, sebab sekali anda telah bergelar seorang isteri, segala-galanya boleh terjadi andainya dia tidak memiliki sekeping hati yang betul-betul boleh dipanggil hati.


Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

nursuriani said...

pernah fall in love dengan lelaki muda 5 tahun dari saya! huhuhuhu


2 January 2013 at 01:54
-tikah- said...

tabah btol gadis tu ddk serumah dgn ex-bf dia..


7 January 2013 at 17:46
Huda Engku said...

kalau org bawah 30 tapi berminat dgn lelaki yg lebih muda pula bagaimana ye?


9 January 2013 at 21:22
Anonymous said...

Kesian gadis tu


11 December 2013 at 09:24
 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved