Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Cinta Gelap Yang Menguntungkan

on Thursday, 11 October 2012




Apabila semua orang mengatakan meminati seseorang tatkala sudah berpunya itu salah (ya memang salah) namun dari sudut lain ia memberi kebaikan juga apabila si yang meminati itu akan cuba mengekalkan kemudaannya dengan pelbagai cara. Mereka yang ada hati terhadap orang lain biasanya akan kisah dengan keadaan dirinya, dia mahu pinggangnya sentiasa ramping, lantas tidak pernah bosan menyertai aerobik agar tubuhnya langsing, dia tidak jemu-jemu merawat wajahnya agar sentiasa kelihatan cantik dan dia juga tidak pernah lupa untuk menjaga makan agar kesihatannya tuntas.

Ini memberi kebaikan kepada dirinya sendiri dan juga pasangannya yang sedia ada. Yang untung suami dia juga, sebab meminati seseorang dari jauh memang payah hendak dibancuh dengan perlakuan-perlakuan salah.

Bayangkan seseorang itu tinggal di Johor Bahru, sedangkan orang yang diminatinya itu status suami orang dan tinggal di Kuala Kangsar pula. Macam mana hendak merealitikan ‘maksiat’? Sudah tentu tidak boleh, tetapi apabila dia terlalu meminati dia akan terlalu kisah dengan keadaan dirinya.

Walaupun dia tahu tidak mungkin dapat bertemu apalagi berkahwin, namun dia akan patuh pada kehendak nurani untuk menjaga tubuh. Dia akan kerap melakukan senaman agar sentiasa anggun, kerap bersolek meskipun di rumah, selalu romantik bersama suami. Yang untung tidakkah suaminya juga?

Melihat dari sudut yang berbeza, meminati seseorang secara serius itu dalam keadaan tidak boleh ada positifnya juga. Tatkala dia ‘bersama’, dia tidak seperti patung bernyawa atau batang pisang sahaja bukan, boleh jadi dia bertindak ‘ganas’ kerana membayangkan pasangannya itu adalah orang yang diminatinya. Yang untung pasangannya juga.
Walaupun ini salah, tetapi kalau dibandingkan dengan seorang isteri yang tidak kisah perutnya semakin hari semakin membuncit, bukan oleh sebab hamil tetapi kerana malas menjaga tubuh badan, mungkin perasaan-perasaan liar sebegitu memberi impak ‘benefit’ pada pasangan sedia ada.

Kebanyakan pasangan bercerai oleh penampilan selekeh yang dipamerkan, harihari dengan kain batik yang sudah lusuh, jarang bermekap, malas hendak bermanjamanja kerana merasakan secure, kadangkadang ini adalah ‘kerugian’ nyata pada seorang suami.

Setakat meminati mungkin tidak begitu salah, maklum, tiada siapa dapat mengelak daripada meminati sebagaimana orang biasa meminati artis, atau seorang artis meminati ahli politik, atau orang politik meminati anak sultan, atau anak sultan meminati orang biasa.

Apabila terpandang kadang-kadang hati terdetik untuk mengatakan, ‘Aku suka dia.’ Perasaan ini adalah biasa. Maka, apabila perasaan ini mula terdetik, ia akan menyuruh diri bertindak merawat wajah. Asalnya tidaklah anggun, tetapi oleh sebab mula meminati lelaki misteri, menjadi anggun pula oleh usaha yang dilakukan ke arah itu.

Dulu, suaminya selekeh dan serabai, janggut tidak bercukur, misai dibiarkan panjang tumbuh tidak rata, rambut pun tidak pernah diminyak dan disikat tatkala di rumah, tiba-tiba itu semua berubah, sekarang kemas sentiasa. Mungkin ada seseorang yang diminatinya di luar sana, maka penampilannya pun berubah baik. Yang untung isterinya juga. Mohon suami yang begini kawal-kawallah perasaan anda jangan sampai angau. Kalau terlalu meminati nanti akan jadi macam orang gila talak, ini salah.

Terbaik ialah tatkala anda merasakan hati seperti menyukai seseorang sedangkan anda sudah pun berpunya, layanlah perasaan itu dengan memperbaiki diri anda di mata pasangan anda, niatkan begitu dan dalam keadaan mendesak, layan saja imaginasi.

Ingat, layan seadanya saja, jangan sampai bertindak hingga berjumpa sendirisendiri, ini adalah mukadimah perhubungan sulit, jika dibiarkan boleh menyebabkan dosa-dosa besar mengambil tempat.

Sekadar minat tidaklah salah apabila minat itu pasangan sah yang menikmati hasilnya. Yang salah minat diiyakan dan niatnya memang hendak melampiaskannya dalam bentuk perlakuanperlakuan salah andainya bertemu nanti. Niat untuk menggoda orang lain oleh penampilan yang diusahakan hari ini mesti dihentikan. Apakah anda faham?

Sumber: mingguanwanita

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved