Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Mereka Yang Memberi Inspirasi

on Saturday, 6 October 2012

Orang yang yakin dan penuh harap akan nampak ros dan bukan durinya. Tetapi mereka yang putus harap selalu akan nampak duri dan tidak bunga rosnya.  -Kahlil Gibran- 


Lirik Lagu Bersabarlah – Warisan

Bersabarlah dan bertawakallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya


Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang


Hatiku memahami derita yang kau rasakan
Diriku menyayangi oh dirimu
Linangan airmatamu
Hanya tuhan yang tahu
Pedih yang kau tanggungi tak terkata
Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa


Kasih yang kau harapkan
Menanti di hadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka di akhirat


Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni



1✐ Patrick Henry Hughes 


Pemuzik yang boleh memainkan pelbagai alat muzik ini dilahirkan buta dan lumpuh sebahagian badan pada 10 Mac 1988. Seorang pesakit anophthalmia dua hala dan displasia pinggul dari lahir ini sentiasa disokong oleh bapanya yang memperkenalkan Patrick Henry Hughes dengan piano pada usia seawal 9 bulan. Pada 2006, Hughes telah menjadi tumpuan media apabila dia memainkan trumpet dalam Louisville Marching Band semasa dia menjadi pelajar di Universiti of Louisville di mana bapanya telah membantu menolaknya di atas kerusi roda. Apabila bakat luar biasanya didedahkan, beliau sering dijemput untuk membuat persembahan diseluruh negara.  

2✐ Liz Murray


 Elizabeth Murray adalah anak pasangan yang menagih dadah, dilahirkan pada 23 September 1980 di sebuah apartment yang kotor. Pada umur 15 tahun, beliau merempat apabila ibunya mati akibat AIDS dan bapanya berpindah ke tempat perlindungan untuk yang tiada rumah. Ada kalanya Liz Murray tidur di kerusi di taman, dan ada ketikanya dia menghabiskan masa atau berlindung di bawah jambatan diselubungi persekitaran yang kotor, tapi Liz tidak pernah melepaskan peluang untuk membaca encyclopedia yang dikutip dari tong sampah. Didorong oleh katabahan dan kerja keras, tidak pernah mengaku kalah dan berusaha dengan cara tersendiri, Liz Murray akhirnya disenaraikan di Universiti Havard. Kini Elizabeth Murray menjadi penceramah terkenal yang memberikan inspirasi kepada ramai orang, dan sebagai seorang pengarah sebuah syarikat, beliau memberi dorongan kepada anak muda untuk membuat sesuatu yang inovatif dalam hidup mereka.   

3✐ Jessica Cox 


Jessica Cox dikenali sebagai juruterbang pertama menerbangkan kapal terbang dengan menggunakan KAKI SAHAJA kerana beliau dilahirkan tanpa tangan, tetapi itu bukanlah satu halangan untuk wanita ini mencapai matlamatnya. Seorang graduan dalam psikologi, pemegang tali pinggang hitam taekwondo, dan seorang yang suka memandu laju. Jessica juga boleh menaip 25 patah perkataan seminit menggunakan kakinya dan paling menakjubkan, dia boleh pasang contact lens di mata menggunakan kakinya. Bekerja sebagai penceramah motivasi dan menggalakkan orang kurang upaya mengubah mentaliti mereka.   

4✐ Sudha Chandran


Seorang wanita yang penuh azam, seorang penari Bharatanatyam yang sangat dipuja di benua kecil India, dan pemegang ijazah sarjana dalam Ekonomi. Pada 1981, kaki kanan Sudha Chandran dipotong kerana gangren selepas terlibat dalam satu kemalangan. Tapi itu tidak membuat azamnya pudar, dia mendapatkan kaki palsu dan selepas 2 tahun, dia kembali ke dalam kerjayanya dan mendapat tepukan gemuruh seluruh dunia. Selain kemahiran tariannya itu, dia juga dikenali kerana persembahan mengagumkan dalam filem-filem dan siri televisyen India.   

5✐ Randy Pausch


Ia bukan tentang bagaimana untuk mencapai impian anda, ia adalah tentang bagaimana untuk memimpin hidup anda. Jika anda menjalani kehidupan anda dengan cara yang betul, karma akan menjaga dirinya, impian akan datang kepada kamu. Profesor sains komputer di Universiti Carnegie Mellon ini disahkan menghidap kanser pankreas pada September 2006 dan meninggal dunia pada 25 Julai 2008. Apa yang membuatkan dia menjadi terkenal adalah kerana ceramahnya, “Really Achieving Your Childhood Dreams” di auditorium CMU pada 18 September 2007. Persembahanya itu menarik perhatian berbilion penonton di Internet dan menjadi semakin hangat serta menarik minat media antarabangsa. Ceramahnya itu seterusnya diadaptasi ke dalam buku, dan telah diterjemah kepada 35 bahasa berbeza.  

 6✐ Sean Swarner


       Boleh dikatakan sebagai keajaiban perubatan, Sean Swarner disahkan mengalami 2 kanser peringkat kematian iaitu penyakit Hodgkin pada umur 13 tahun dan sarcoma Askin pada umur 15 tahun. Beliau membuktikan kemenangan melawan penyakit itu apabila menjadi pesakit kanser pertama yang mendaki Gunung Everest. Bagaimanapun, dia masih berkata, “Sebenarnya saya pun tak tahu kenapa saya masih hidup,” tapi Sean Swarner tidak pernah melepaskan peluang untuk memberi ceramah dan ekspedisi yang dianjurkan untuk memberi harapan kepada pesakit kanser.   

7✐ Helen Keller 


Menjadi inspirasi kepada filem “The Miracle Worker”, Helen Keller adalah orang yang bisu dan pekak pertama yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera. Beliau merupakan ahli Parti Sosialis Amerika yang berwibawa, beliau secara terbuka mengkritik dasar Woodrow Wilson. Helen Keller merupakan pengarang bagi 12 buku dan pemenang Pingat Presiden Kebebasan, beliau seterusnya mengabdikan hidupnya untuk bekerja untuk Yayasan Amerika untuk orang buta.   

8✐ Nick Vujicic


Nick mengalami penyakit yang jarang ditemui, sindrom Tetra-amelia, yang dicirikan sebagai ketiadaan ke semua empat anggota. Nick Vujicic dilahirkan di dalam keluarga Serbia pada 4 Disembar 1982 di Australia. Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau berusaha mengatasi mentaliti teruk masyarakat dan pada umur 17 tahun, Nick Vujicic menubuhkan sebuah NGO “Life Without Limbs”. Selepas menamatkan pengajian dalam Perancangan Perakaunan dan Kewangan, Nick Vujicic memulakan perjalanannya sebagai penceramah motivasi subjek berkisar dengan makna kehidupan, harapan dan kurang upaya.   

9✐ Ludwig van Beethoven


Jika anda tercari-cari siapakah pencipta lagu Beethoven, inilah penggubahnya. Ludwig van Beethoven menjadi satu komposer fenomena muzik romantik dan klasik terkenal, dilahirkan dalam keluarga pemuzik di Jerman. Semasa zaman remajanya, pendengarannya semakin berkurang dan akhirnya menjadi pekak. Tapi itu tidak menghalangnya untuk terus mengubah lagu. Beliau memperkenalkan okestra simfoni moden dan memantapkan dirinya sebagai lagenda induk dalam arena Muzik.   

10✐ Stephen Hawking


Pesakit neuronmotor yang genius ini telah mengubah dunia menerusi teori revoulisnya. Lumpuh keseluruhan, tangan, kaki dan suara, Stephen Hawking berhubung dengan komputer yang beroperasi suis kelipan inframerah, yang disambungkan dengan kerusi rodanya. Seorang ahli kosmologi terkenal dan ahli terhormat Persatuan Diraja Sastera dikagumi di kalangan pakar teknologi kerana karya-karya beliau berkaitan keajaiban graviti, lubang hitam termasuk karya mendapat jualan hangat, A Brief History of Time.  


Terjemahan
AL-INSYIRAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?


(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.


 Belum Terinspirasi boleh baca di sini dan boleh juga singgah di sini.

Diedit dan selepas ditokok tambah: alongxp.com

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved