Berdiri kita di sini
Bukan mencari silap siapa
Bukan untuk menentukan siapa juara
Bukan untuk menentukan siapa juara
Tapi mengapa sapi mendapat nama
Andai lembu yang diperah susunya
Berdiri kita di sini
Andai lembu yang diperah susunya
Berdiri kita di sini
Bukan untuk membangga diri
Tidak juga untuk dibiarkan dicaci
Kita bukan selamanya menongkat langit
Selepas mati kita akan dibangkit
Tidak juga untuk dibiarkan dicaci
Kita bukan selamanya menongkat langit
Selepas mati kita akan dibangkit
Berdiri kita di sini
Bukan untuk mendabik dada
Bukan mahu ditatang manja
Bukan mahu ditatang manja
Mengapa ditaburkan pasir ke periuk nasi orang
Sedangkan diri diulit kenyang
Berdiri kita di sini
Bukan untuk menegakkan benang yang basah
Kalau sendiri yang punya salah
Mengapa setelah terantuk baru kini nak terngadah
Sedangkan diri diulit kenyang
Berdiri kita di sini
Bukan untuk menegakkan benang yang basah
Kalau sendiri yang punya salah
Mengapa setelah terantuk baru kini nak terngadah
Lee Aziz
Teratak Bisu
PS: Karya ini pernah diterbitkan ke dalam majalah Bisik-Bisik. Ke mana menghilang majalah ni pun aku tak tahu. Mungkin dia berbisik orang tak berapa tahu keberadaan majalah ini di pasaran kot.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment