Siang hang bang pelempang. Malam suruh dia kankang. Ishh! Tak patut..tak patut. Tanpa banyak ngomel apa kata kita baca pendapat Dr. Tuah yang bernas.
Kena tampar memang sakit. Tidak mengapa dipukul di tempat lain tetapi tampar di muka, jangan. Lihatlah ahli gusti, apabila kena tampar kemarahannya boleh naik mendadak. Walaupun dia dipukul dengan teruknya tiba bab tampar, dia boleh jadi terlalu marah. Serta merta tenaganya bertambah berkali-kali ganda dan tindak balasnya selepas itu sangat ganas. Dia akan membalas sama ada dengan tamparan juga ataupun pukulan yang lebih kuat lagi.
Itulah kesan tamparan. Jadi, kalau hendak memukul usah menampar. Pukullah di bahagian-bahagian yang tahan sakit, sekuat mana pun kesannya tidaklah terlalu sakit berbanding menerima tamparan di pipi.
Sedaya mungkin janganlah memukul tetapi kalau hendak memukul juga janganlah menampar di muka. Apalagi jika yang hendak ditampar itu adalah isteri. Boleh seseorang isteri itu dipukul dengan syarat tidak mencederakan terutama muka dan tujuannya hendak mendidik, itu pun kalau isteri terlalu degil atau terlalu bersalah.
Memaafkan adalah lebih baik, tetapi kalau hendak memukul juga pukullah di lengan, ataupun tangan ataupun di belakang. Usah sekali-kali di muka, ia sangat dilarang.
“Apabila seseorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan yang dibenarkan syarak) hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya.” (Bukhari dan Muslim)
Suami yang paling lemah adalah suami yang menampar muka isterinya biar sejahat mana isteri itu.
Sebenarnya sebelum seseorang isteri itu boleh dipukul, ia perlu melalui beberapa proses nusyuz iaitu menasihati dahulu dengan cara penuh hikmah, penuh kelembutan, penuh kesabaran dan penuh kasih sayang.
Firman Allah SWT, maksudnya, “Isteri yang kamu takuti kederhakaan mereka, maka berilah nasihat kepada mereka. (Surah An-Nisa ayat 34) Kalau setelah dinasihati sedikit pun tidak memberi kesan, tinggalkanlah dia tidur seorang diri. Jangan pukul dahulu tetapi pisahkan tempat tidur dahulu. Kalau nasihat itu tidak sedikit pun memberi kesan, maka hendaklah suami berpisah tidur sebagaimana firman Allah SWT bermaksud, “... Dan tinggalkan dari seketiduran dengan mereka.” (sambungan ayat 34 Surah An-Nisa)
Kalau setelah dipisahkan tidur pun tidak memberi apa-apa kesan, barulah harus memukul tetapi dengan syarat pukulan itu tidak sekali-kali mencederakan ataupun memberi bekas seperti lebam, calar dan sebagainya, sebagaimana fi rman Allah SWT maksudnya, “... dan pukullah mereka (isteri).” (sambungan ayat 34 Surah An-Nisa)
Itu pun jika suami merasakan cara itu boleh memberi kesan kesedaran. Jika isteri memang seorang yang biasa kena pukul oleh ibunya sewaktu kanak-kanak atau ketika anak dara oleh kedegilannya, atau mungkin juga oleh bekas suaminya dahulu, dan dipercayai pukulan boleh jadi tidak memberi apa-apa kesan, maka elakkan sajalah.
Sebagaimana saya perkatakan tadi, kena tampar ini kesannya lain daripada kena pukul. Walaupun tamparan di muka itu tidaklah kuat mana tetapi apabila namanya menampar atau menempeleng, kesannya berbeza. Biar dipukul sekuat mana pun, kalau ditampar atau ditempeleng memang tidak akan diterima
.
Kepada para suami yang panas baran, jangan senang-senang menampar isteri anda sebab pipi adalah bahagian tubuh manusia yang paling sensitif dan lembut. Ia mudah cedera sedangkan kecantikan seseorang isteri itu juga terletak pada pipinya yang licin, gebu lagi kenyal. Kuat manalah seorang suami yang menunjukkan kekuatannya dengan menampar isteri? Sebenarnya itulah lambang paling lemah sebab yang ditampar adalah kawasan paling ditegah.
Orang yang suka menampar sememangnya harus ditampar supaya dia merasai betapa sakit dan hina rasanya, agar dengan itu dia sentiasa berfikir banyak kali sebelum sedap-sedap hendak menampar.
Sumber: mingguanwanita
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment