Kembali Dara

Kembali Dara

Jam Mati

on Thursday, 9 August 2012


Pusing berapa putaran sekali pun
Aku tak ambil pusing
Tak ambil peduli
Apa nak jadi dengan dunia ini
Perut mesti di isi

Pusing seberapa laju
Mengalahkan roller coaster
Aku tak akan kisah
Walau muka tersembam bumi
Selagi jantung masih berfungsi
Aku akan tetap di sini

Mereka punya wang
Hendak masa 25 jam sehari
Berikan kepada mereka masa itu
Aku tetap tak peduli

Tika usia merentasi senja
Baru ku sedar
Emas permata bukan tukaran
Jam itu tak akan berhenti
Akan berpusing sebelum dunia ini mati 

Lee Aziz
Apartment Chempaka

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved