Setelah berusaha keras dan berfikir sebegitu lama, akhirnya Formula 3E (Extra MIND, Extra MILD, Extra MILE) telah dapat dijelmakan sebagai produk, yang boleh di rasa, dilihat dan digunakan untuk mendapat seluruh kebaikan motivasi kaedah 3E. Bagaimana ini mungkin?
Sememangnya ia sesuatu yang mustahil sehinggalah pada suatu hari saya berkenalan dengan pengasas Jershima Intergrated sebaik sahaja selesai satu rancangan di TV1. Bermula dari situ, kira-kira tiga bulan kemudian satu produk istimewa yang saya namakan 3E BEST dapat diedarkan ke tengah-tengah masyarakat.
Apa istimewa dan lainnya 3E BEST? Selain bertindak sebagai bahan kesihatan dan penyembuhan, ada 1001 lagi kegunaan untuk penyempurna dan penguat motivasi diri, pengawal emosi, membetulkan psikologi termasuk mengatasi pengaruh jin, insya-Allah.
Kadang-kadang terjadi apabila saya didatangi orang bermasalah, setelah dinasihati selama berbulan-bulan lamanya masih juga digelut masalah. Setelah disuruh membaca ke semua buku motivasi saya, perasaannya masih terbelah. Kadang-kadang saya temui orang begini dalam program complete 3E yang saya jalankan. Memang ada orang yang tidak jalan oleh apa-apa cadangan dan saranan sehinggakan zikir Al-Mathurat pun mereka kata tiada berkesan untuk mengembalikan keyakinan dan kebahagiaan.
Lalu apa lagi? Maka itulah, setelah berfikir sebegitu lama untuk menjelmakan Formula 3E menjadi satu bentuk produk yang boleh digunakan secara mudah, ia adalah alternatif yang boleh dicuba oleh semua orang.
Setakat hari ini saya telah mendapat beberapa testimoni. Seorang anak muda penghidap resdung semenjak kecil, dengan izin ALLAH sembuh setelah menyapu minyak 3E BEST ke bahagian hidung selama beberapa minggu sahaja. Seorang lelaki berusia 50-an apabila tidur akan berasa sakit di bahagian punggung belah kiri. Ini menyebabkan dia tidak dapat bergerak untuk mengalih-alih kedudukan baringnya. Setelah menggunakan produk ini beberapa hari kemudian penyakitnya telah hilang.
Menariknya 3E BEST dihasilkan secara tradisi, malah proses pembungkusan dilakukan secara manual dengan mengekalkan kaedah pembuatan ubat zaman silam.
Mengeluarkan produk secara manual memang lambat tapi pengeluaran 3E BEST bukan semata-mata bermatlamatkan duit, ia lebih pada tuntutan fardu kifayah, bahawa umat Islam hanya boleh menggunakan produk yang suci lagi halal. Sihat memudahkan ibadah.
3E BEST adalah inti pati minyak dari campuran buah zaitun, habbatus sawda, minyak bunga matahari, minyak bijan dan beberapa bahan lagi. Proses merelau pula hanya dilakukan pada sebelah malam, siang hanyalah kerja-kerja pembungkusan.
Kelebihan dan kelainan 3E BEST adalah pembacaan doa pada setiap botol sebelum dibungkus kembali sebelum dihantar menggunakan khidmat penghantaran kepada pengguna. Botol hidraulik yang digunakan ini diimport khas dari China adalah yang tercanggih, dan ia adalah plastik, tidak mudah pecah untuk penghantaran yang jauh dan lasak.
Rasulullah saw bersabda, ”Bahawa ALLAH telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” (Abu Daud)
Motivasi sememangnya sukar tumbuh dalam tubuh yang sakit, malah terkadang kesakitan menyebabkan tercabutlah iman. Tatkala sihat seseorang itu boleh melakukan apa sahaja, apabila diterapkan motivasi ia sangat-sangat menjadi tetapi apabila sakit motivasi kadang-kadang menjadi sesuatu yang dibenci.
Berusahalah sihat, 3E BEST salah satu caranya. Oh ya, bukan itu sahaja, 3E BEST juga berkesan untuk ‘hubungan suami isteri’ yang penuh berkualiti. Lawat www.shop.drtuah.com untuk mengetahui.
Sumber: mingguanwanita
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment