Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Motivasi: Berbeza Itu Serasi Namanya

on Friday, 31 August 2012



Amat jarang seorang wanita banyak mulut, jodohnya juga seorang lelaki yang banyak mulut atau seorang wanita yang sangat pendiam, jodohnya pula seorang lelaki yang sangat pendiam. Selalunya sifat semula jadi pasangan adalah berlawanan atau bertentangan.

Apakah itu dikira serasi? Ya, itu adalah serasi. Bayangkan anda seorang yang kuat bising sedangkan suami juga seorang yang kuat melalak, bagaimana keadaan rumah tangga anda? Selalunya rumah tangga seorang pemarah akan distabilkan oleh pasangannya yang cukup penyabar.

Amat jarang suami isteri merupakan pasangan penjenayah, selalunya kalau suami ‘syaitan’, isterinya ‘malaikat’. Suaminya sangat zalim dan sampai hati, isterinya sangat berbudi dan baik hati. Seorang pelawak selalunya tidak berpasangan dengan pelawak juga. Lihatlah para pelawak di negara kita, rata-rata pasangan masing-masing bukanlah pelawak. Mereka adalah orang biasa yang berkahwin dengan pelawak. Bukankah baik andainya pelawak berkahwin sesama pelawak supaya gegak gempita rumah tangga oleh hilai tertawa.

Sekarang lihatlah pasangan anda, bagaimanakah dia? Jika anda seorang suami yang pendiam, redhalah dengan isteri yang bising, sebab itu memang kebiasaan. Bahkan isteri Sayidina Umar, seorang khalifah merupakan seorang yang kuat mengomel.

Pada zaman baginda, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Tidak tahan, si suami pun pergi berjumpa Sayidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya itu. Sebaik sahaja sampai dia terdengar isteri Sayidina Umar, sedang membebel tidak berhenti-henti. Tidak terdengar pula suara Sayidina Umar membalas.

Katanya dalam hati, kalau isteri khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku. Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Sayidina Umar, memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab, “Aku datang hendak mengadu hal isteri ku, tapi aku lihat isteri mu pun berkelakuan demikian terhadap mu.”

Sayidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

Isteri memang suka berleter
Sementara itu, satu kajian terbaru mendapati isteri tidak berasa bersalah berleter terhadap suami mereka manakala si suami secara rahsia merasakan bahawa mereka sentiasa betul.

Golongan isteri juga dianggarkan menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun untuk berleter kepada suaminya mengenai rutin rumah tangga dan soal kesihatan mereka. Ia bersamaan dengan dua jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau hampir enam hari setahun.

Satu kajian membabitkan lebih 3,000 orang oleh kumpulan kempen kesihatan Everyman merumuskan, perkara biasa yang dileteri wanita tentang pasangan mereka adalah tidak membantu mengemas rumah. Aduan lain termasuk tidak membantu membersihkan pinggan mangkuk, terlalu banyak minum dan tidak mendapatkan rawatan doktor.

Majoriti wanita tidak berasa malu suka berleter dengan 87% mengakui sukar untuk memastikan pasangan melakukan sesuatu. Manakala lelaki pula berkata, mereka tidak mengakui perkara itu dengan 83% berasakan mereka sentiasa betul. (Agensi 20 Jun 10) 

Begitulah hidup, ibarat tangan kanan dengan tangan kiri, yang kanan biasanya lebih kuat daripada yang kiri, tapi andainya kedua-dua tangan boleh bekerjasama banyak kerja selesai dengan sempurna.

Sumber:  mingguanwanita
try buat duit

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

nursuriani said...

suka entry neh! bygkan kalau dua2 memang ramah tamah mcm mak dan abah saya? termasuk laa dengan saya? rumah neh kdg2 org igt ada 2,3 puluh org. padahal kami bertiga jer tak sependapat. hahaha kelaka betoi.


31 August 2012 at 17:59
 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved