Iklan Sat

Kembali Dara

Kembali Dara

Ahli Sunat Wal Jumaat

on Saturday, 1 September 2012

Fitri bangun seperti hari-hari sebelumnya. Dia mendahului Suboh. Tanpa membasuh muka dia duduk di meja makan sambil mengunyah karipap dengan lahapnya.

Mak Embun yang ralit di dapur menegur dengan ekor mata.

“Amboi anak bertuah, muka tak cuci, terus bersantap yer, sayang.”  

“Dah sembahyang subuh?” tanya Mak Embun.

Fitri melihat jam di dinding. “Sembahyang subuh apanya? Dah pukul 8:30. Sembahyang Dhuha boleh la.”  

“Ada hati nak sembahyang Dhuha. Sembahyang subuh entah ke mana.”

Pak Jumaat kerling dengan ekor mata.

“Sudah-sudah la Suboh, bangun pi cari kerja. Asyik membuta sahaja kerja dia. Malam jadi kelawaq. Baik kerja jadi guard. Dapat juga duit. Try suruh Zaini Ahmad rekemen.”

Suboh menolak selimut. Rasa mengantuk terus hilang disergah Mak Embun.

“Apa nak jadi dengan orang dalam rumah ini. Nama sahaja Suboh. Sembahyang subuh culas. Yang nama Fitri, sembahyang raya aidilfitri saja buat. Yang nama Jumaat, seminggu empat kali saja sembahyang.” 

Pak Jumaat menolak basikal cepat-cepat di bawah rumah. Dia tak tahan mendengar isterinya berleter. Dia terus mengayuh basikal tuanya ke kedai Kak Ju.

Dari jauh dia mendengar isterinya masih berkhutbah, “Dah nak jadi Ahli Sunat Wal Jumaat kot.”



Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Dear Jim said...

hahahha ahli sunat wal jumaat....
betul tue...kadang2 pelik jugak yang sunat dibuat yang wajib ntah kelaut


1 September 2012 at 17:26
 
© Celoteh Lee Aziz All Rights Reserved