Ini bukan cerita yang sengaja diada-adakan, tetapi ini adalah cerita benar tentang seorang perokok tegar yang berhenti merokok hasil daripada membaca buku berkenaan. Siapa tahu suami, kekasih atau tunang anda itu juga berhenti merokok hanya dengan membaca buku yang sama.
Untuk sesuatu perkara itu terjadi, ia hanya memerlukan sebab. Kita tidak pernah tahu ayat manakah yang akan menyentap hati nuraninya lantas berhenti menagih, sebab itulah menghadiahkannya sebuah buku yang sesuai adalah munasabah.
Kisah benar ini sememangnya sesuatu yang menakjubkan juga sebab buku berkenaan bukanlah ditulis fokusnya untuk menghentikan orang daripada ketagihan, tetapi maklum balas yang diterima mendapati, bukan sahaja ketagihan telah dapat diselesaikan malah seratus satu masalah masa kini turut dapat dileraikan.
“Saya bukan berlawak tapi ini betul-betul,” kata orang itu kepada saya. Dia seorang perokok tegar selama 15 tahun. Bermacam-macam cara telah dilakukannya untuk menghentikan ketagihan namun tidak berjaya.
“Apabila saya habis baca buku berkenaan, tiba-tiba sahaja saya rasa hendak berhenti merokok dan terus berhenti hingga hari ini.”
Ketika mula-mula mendengarnya saya sangka beliau bergurau atau sengaja mengada-adakan cerita tetapi apabila berkali-kali dia mengulang, “Saya dah tak merokok dah sekarang. Dah betul-betul berhenti. Masuk hari ini dah seminggu dah tak merokok.
“Tiba-tiba saja boleh berhenti. Tiba-tiba sahaja setelah habis baca buku itu hati saya terdorong untuk berhenti buat perkara sia-sia.”
“Betul ke ni?” tanya saya.
“Betul, ini bukan berlawak, ini betul-betul,” katanya bersungguh.
Sebulan kemudian ketika saya terserempak kembali dengannya, segera saya tanyakan, “Dah kantoi ke belum?”
“Belum,” jawabnya dan demikianlah masuk bulan kedua.
Ketika artikel ini saya tulis, telah masuk bulan ketiga, dia masih tidak merokok. Jika tiga bulan berturut-turut boleh berhenti merokok memang akan kekallah begitu, syabas.
Bagaimanakah perkara seperti ini menjadi mungkin? Buku berkenaan, memang mengajak pembacanya menelusuri nurani jauh ke dalam lalu membersihkannya.
Setelah nurani menjadi bersih ia tidak akan mahu dikotori lagi. Seorang perokok di negara ini membelanjakan secara purata RM180 sebulan untuk membeli rokok.
Angka itu berdasarkan laporan Kaji Selidik Tembakau Dunia (GATS) Malaysia 2011 dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawasan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat terhadap 4,250 responden.
Seramai 4.7 juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas adalah perokok yang kebanyakannya didominasi oleh kaum lelaki. Sebanyak 87% perokok sedar mengenai kempen anti merokok menerusi tv dan radio, manakala 46% terfikir untuk berhenti disebabkan amaran bergambar oleh Kementerian Kesihatan, namun mereka tetap tidak berhenti. (NST 13 Jun 12)
Jika suami anda, kekasih mahupun tunang atau sesiapa sahaja yang anda sayangi sedang mereka itu ketagihan rokok, dadah, arak atau yang seumpama, hadiahkanlah mereka senaskhah buku berkenaan dan sarankan mereka membaca sehingga selesai. Siapa tahu ia menjadi penyebab untuk jiwa yang lebih bersih.
Kalau ada orang boleh berhenti setelah ketagihan selama 15 tahun, tidak mustahil mereka juga mendapat manfaat serupa. Yang penting mencuba dahulu bukan? Kalau tidak mencuba manakan tahu hasilnya. Hati nurani di dalam diri kita adalah bahagian diri yang bijaksana.
Sang bijaksana ini adalah tokoh spiritual ataupun figura yang kita hormati di dalam diri kita sendiri. Itulah yang menyebabkan mengapa pesan dari hati nurani biasanya bersifat positif, selalunya kita akur terhadapnya andainya ia adalah lebih besar daripada si jahat yang juga sedang bertakhta di situ. Oleh itu, penting setiap daripada kita menelusuri nurani kita sendiri. Tidakkah anda rasa begitu?
{ 1 comments... read them below or add one }
jika anda berada di 'zon' dibawah ini, pasti anda tidak akan berani merokok tanpa perlukan sebarang tip. percayalah! heheh!
http://haizulravage.blogspot.com/2012/09/blog-anti-rokok.html
12 September 2012 at 07:26
Post a Comment