Kata-Kata Bermutiara
Orang yang yakin dan penuh harap akan nampak ros dan bukan durinya. Tetapi mereka yang putus harap selalu akan nampak duri dan tidak bunga rosnya. -Kahlil Gibran- |
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. -William J. Siegel- |
Waspadalah terhadap tiga orang: pengkhianat, pelaku zalim, dan pengadu domba. Sebab, seorang yang berkhianat demi dirimu, ia akan berkhianat terhadapmu dan seorang yang berbuat zalim demi dirimu, ia akan berbuat zalim terhadapmu. Juga seorang yang mengadu domba demi dirimu, ia pun akan melakukan hal yang sama terhadapmu. |
Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga. -Dr. Mahathir Mohamad- |
Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu. -Pepatah Arab- |
Sesungguhnya, engkau bukan kekurangan rezeki. Engkau hanya kurang bertindak.-Mario Teguh- |
Orang yang suka berkata jujur akan mendapatkan 3 hal, iaitu : KEPERCAYAN, CINTA dan RASA HORMAT. -Sayidina Ali Bin Abi Talib- |
Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
|
Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka berkerut, kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut pekerjaan itu. -HAMKA- |
Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar. -Umar Bin Kattab- |
Bila dua orang wanita berbicara, mereka tidak mengatakan apa-apa; tetapi jika seorang saja yang berbicara, dia akan membuka semua tabir kehidupannya. -Kahlil Gibran- |
Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. -Saidina Ali Abu Talib- |
Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu pahit hati menjadi rawan. Kalau selalu manis hati menjadi bosan. -HAMKA- |
Ranking: 5
{ 2 comments... read them below or add one }
best la quotes ni...bermanfaat utk semua...good job!
14 September 2012 at 19:23
kata kata mutiaranya menggungah gairah semangatku kawan :)
tambah lagi ya kata-katanya
17 September 2012 at 14:10
Post a Comment